SURAH AL'ASR -

SURAH  AL'ASR -

2.07.2008

Rumput : tumbuhan sensitif

Pearlgrass



10 Faedah menanam rumput :



  1. MENGHALANG HAKISAN TANAH. Hakisan tanah oleh air akan kurang berlaku di kawasan berumput berbanding di tanah botak tanpa sebarang tanaman hiasan.
  2. HABUK BERKURANGAN. Berbanding kawasan botak, halaman berumput tidak mudah berhabuk atau berdebu ketika cuaca panas dan kering.
  3. LARIAN PERMUKAAN DAPAT DIELAKKAN. Aliran air hujan yang banyak di atas permukaan tidak berumput akan membawa debu, tanah atau sampah bersamanya.
  4. MENAPIS AIR. Rumput mampu bertindak sebagai penapis air yang mengalir ke dalam tanah atau sungai, tasik dan sebagainya.
  5. MENYERAP BAHAN PENCEMARAN UDARA. Permukaan daun rumput (dan tumbuhan lain) boleh memerangkap sebahagian jenis cameran udara terutamanya dari jenis partikel-partikel besar.
  6. MEMBEKALKAN OKSIGEN. Melalui proses fotosentisis tumbuhan hijau akan menyerap karbon dioksida (CO2) dan membebaskan oksigen.
  7. PENDINGIN PASIF. Berbanding dengan tanah kosong atau simen konkrit, dengan keluasan yang sama, rumput hiasan berfungsi baik menyejukkan kawasan berhampirannya.
  8. LAMAN NAMPAK CANTIK. Walau semahal dan sehebat mana sekalipun kemasan lantai anda sama ada daripada jubin, granit, marmar atau simen, dalam cuaca panas, hanya kawasan berumput yang terjaga baik sahaja yang mampu menyejukkan pandangan.
  9. MENAIKKAN NILAI HARTANAH KEDIAMAN. Samada anda mempunyai halaman kecil seperti di teres unit tengah atau banglo atau tanah lot, rumput hiasan yang dijaga baik mampu memberi pulangan terbaik untuk anda sekiranya dijual.
  10. KAWASAN RIADAH SEKELUARGA. Rumput yang sesuai boleh digunakan untuk kawasan riadah atau bermain anak-anak. Ia juga lebih selamat berbanding halaman berbatu atau berjubin yang keras dan berbahaya jika terjatuh.






AGAR RUMPUT LAMAN SECANTIK PADANG GOLF


Seranggon grass

Pemilik kediaman boleh membuat jadual secara bertulis aktiviti yang perlu dilakukan untuk menjaga rumput halaman, iaitu :

  1. Potong rumput sekurang-kurangnya 2 minggu sekali. Potongan yang terbaik ialah kira-kira 1/2 inci tinggi daripada permukaan tanah. Rumput yang pendek kurang diserang penyakit dan ini juga melancarkan peredaran udara di celah-celah rumput tersebut.
  2. Baja hendaklah dilakukan 2 bulan sekali.
  3. jangan terlalu kerap menggunakan baja kimia. Gilirkan penggunaan baja dengan baja organik.
  4. Jika menggunakan baja kimia, penyiraman yang banyak amat diperlukan.
  5. Sekiranya ingin menyemburkan racun, campurkan dengan baja daun atau foliage fertilizer. Cara ini dapat menjimatkan masa berbanding terpaksa melakukan dua kali kerja jika dilakukan berasingan.
  6. Kawasan yang mendapat cahaya panas, gunakanlah baja organik NPK 8:8:8, supaya kandungan nutrien baja yang seimbang antara nitrogen, fosforus dan kalium.

Tiada ulasan:

Powered By Blogger