SURAH AL'ASR -

SURAH  AL'ASR -

10.25.2008

TANAMAN SAYURAN SISTEM HIDROPONIK

HIDROPONIK.

DEFINISI:

Secara am ialah sains menanam pokok tanpa tanah dengan hanya memberi unsur-unsur makanan dan mineral dalam larutan air.

HIDROPONIK diambil dari perkataan Yunani ‘HUDOR’ bererti air, ‘PONOS’
bererti kerja. Apabila disatukan perkataan ini ia membawa maksud “kerja air”.


SEJARAH HIDROPONIK.

Eksperimen pertama bermula tahub 1699 oleh John Woodward,
seorang Fellow dari Royal Society, England.Ia berjaya menanam pokok
dalam air yang telah ditambah berbagai jenis tanah.Beliau ingin memastikan
sama ada air atau tanah yang diperlukan untuk tumbesaran pokok.
Penyelidikan oleh dua saintis Jerman Julius Von Sachs (1860)
ahli botani dan W. Knop (1861-1865) ahli kimia pertanian adalah amat
penting.Ia dianggap suatu permulaan sebenar sains hidroponik.Dalan tahun
1860-an mereka mencipta cecair mengandungi nutrien yang diperlukan
untuk tumbesaran pokok berupaya menjadi dewasa dalam cecair tersebut


KEBAIKAN SISTEM HIDROPONIK.

• Bersih dari kekotoran yang biasa dikaitkan dengan tanah dan selamat
dimakan.
• Cara pengambilan baja oleh tumbuhan lebih cekap kerana baja diserap melalui larutan.
• Serangan perosak dan penyakit kurang dibandingkan dengan tanah yang menjadi pelindung
organisasi merbahaya.
• Sistem ini tidak perlu penyelenggaraan rapi.
• Hasil diperolehi dengan cepat dan lebih banyak serta berkualiti
tinggi.
• Tumbuhan lebih ringan dan mudah alih.Keupayaan ini penting untuk
penanaman dalam bangunan yang selalu di ubah kedudukannya.
• Tumbuhan tidak perlu disiram.
• Tumbuhan boleh ditanam dalam berbagai jenis bekas yang menarik.
• Tumbuhan boleh ditanam di kawasan yang tiada tanah atau tidak
subur, berbatu, berpasir atau tidak mempunyai saliran yang baik.
• Pengawalan rumpai tidak perlu dilakukan.
• Pencemaran alam dari racun-racun dapat dielekkan.
• Hasil pengeluaran adalah seragam.


KEBURUKAN HIDROPONIK.
• Kos pembinaan memerlukan modal yang lebih dari penenaman biasa.
• Dari segi teknikal, pengetahuan mendalam perlu terutama dalam
pengurusan nutrien.
• Jika sistem yang menggunakan pam untuk menjalankan saliran air,
tenaga elektrik diperlukan.Dalam keadaan bekalan terputus atau
sistem rosak lebih dari masa yang ditentukan pokok akan mati.
• Dari segi jenis tanaman, sayuran berakar panjang atau berubi tidak
sesuai seperti lobak, ubi kentang dan ubu keladi.


STRUKTUR PEMBINAAN HIDROPONIK.
Komponen asas yang perlu disediakan untuk kaedah hidroponik adalah
seperti berikut:-
• Bekas Takungan
• Medium
• Larutan Zat
• Air
• Alatan Khas

BEKAS TAKUNGAN.
• Takung ialah suatu bekas di mana larutan disimpan atau tempat medium
diisi.
• Takung boleg dibuat daripada konkrit, papan atau boleh dibeli siap seperti
plastik atau fiberglass.
• Bentuk dan saiz takung ikut keperluan sendiri.
• Elak guna takung diperbuat dari zink, tembaga, besi atau keluli.
• Bahan yang sesuai ialah plastik, tembikar, kaca, konkrit dan fiberglass.
• Bahan yang lutsinar perlu dicat untuk mengelakkan pertumbuhan alga.


MEDIUM.
• Medium ialah bahan untuk menyokong pokok dan sebagai tapak untuk
menyemai biji benih.
Bahan-bahan yang sesuai mempunyai ciri-ciri berikut:-
a.Bahan bukan organan atau tidak mudah reput.
b.Berupaya menahan kelembapan.
c.Mempunyai saliran yang baik.
d.Mempunyai ruang rongga untuk pengudaraan.
e.Tidak mengeluarkan bahan beracun.
f.Senang untuk dicuci.


LARUTAN ZAT.
Larutan zat ( nutrien ) mengandungi makanan seimbang untuk tanaman.
Tanaman memerlukan unsur nutrien untuk hidup.Unsur-unsur yang
diperlukan ialah:-
• NITROGEN - Pembentukan daun dan batang.
• FOSFORUS - Pembentukan bunga, buah dan akar, cepat matang dan
menguatkan tangkai tanaman.
• KALIUM - Mempercepatkan tumbesaran tisu, mengawal pergerakan
stoma, tahan penyakit dan menambah kebernasan.
• KALSIUM - Tumbesaran pucuk dan akar, juga bantu proses menyerap
unsur Magnesium.
• MAGNESIUM - Satu komponen klorofil.Aktif dalam proses penyebaran
Fosforus dalam tumbuhan.
• SULFUR - Pengeluaran tenaga dan pembentukan protien.
• FERUM - Pembentukan klorofil.
• MANGANUM - Membantu penyerapan Nitrogen.
• ZINK - Komponen yang diperlukan dalam proses pemindahan
tenaga.
• BORON - Perlu, tetapi proses khusus belum ditemui.
• KUPRUM - Pembentukan Klorofil.


AIR.
Sumber air yang bersih adalah penting dalam penanaman hidroponik.
Kandungan klorin dalam air paip perlu diberi perhatian.Jika kandungan
klorin tinggi biarkan air disinari cahaya matahari beberapa waktu dan ia
akan hilang atau boleh diuji dengan kimia Ortho-Tolidine

ALATAN KHAS ( OPSIONAl )
Alatan yang diperlukan ialah:-
a.Pam Air - untuk menentukan peredaran larutan zat sekata
- pengudaraan lebih berkesan.
- mengawal suhu larutan.
b.Pam Udara – membantu menambah kandungan oksigen dalam larutan.
c.Penyukat Jangka ( timer ) – mengawal waktu perjalanan pam air.


PENGURUSAN HIDROPONIK DAN TANAMAN.
Persediaan Sebelum Menanam:-
1.Pembersihan
- semua peralatan mesti dicuci untuk menghilangkan bekas-bekas akar
atau kotoran.
2.Sterilisasi
- semua peralatan perlu disterilisasi untuk menghapuskan organisma
yang mengakibatkan serangan penyakit.
3.Menanam
- a. Semaian Terus
- b. Biji benih dipracambah
4.Pemilihan Anak Benih
5.Persediaan Baja.

Tiada ulasan:

Powered By Blogger