SURAH AL'ASR -

SURAH  AL'ASR -

2.07.2008

KULTUR TISU

KULTUR TISU

DEFINISI KULTUR TISU
Bidang kultur tisu telah mengalami perkembangan ynag begitu pesat, begitu jugalah di negara kita, Malaysia. Idea dan metodologi baru telah diperkenalkan dan berikutan dengan ini pelbagai terminologi dan definisi baru digunakan.
Kultur tisu ini digunakan secara umumnya untuk menghuraikan semua jenis kultur in vitro. Kultur membawa maksud jaga atau didik, manakala in vitro bermaksud " di dalam kaca" . la digunakan untuk merujuk kepada sebarang pengkulturan tisu yang dijalankan dalam keadaan steril.


JENIS-JENIS KULTUR TISU

Terdapat pelbagai jenis kultur tisu di antaranya ialah :

Kultur Kalus

Kalus merupakan kumpulan tisu yang tidak berorganisasi dan tidak mempunyai bentuk. la dihasilkan oleh pembahagian sel yang giat. Di dalam suatu kultur, proses terbentuknya kalus diaruh dengan meletak kepingan kecil tisu atau eksplan ke dalam medium yang mengandungi sebatian tumbesaran atau bahan kimia pengawal atur. Proses pembezaan sel tumbuhan diterbalikkan. Tisu eksplan dikatakan mengalami penyahbezaan. Kalus bertambah isipadunya, tetapi ia masih tidak berorganisasi.
Kultur Sel atau Kultur Ampaian

Sel tumbuhan yang tidak berorganisasi dapat dikulturkan bukan sahaja sebagai kalus pada medium pepejal, tetapi juga sebagai sel bebas di dalam medium cecair yang digoncangkan. Kultur sel atau kultur ampaian biasanya didapati dengan memindahkan kalus yang rapuh ke dalam medium cair. Melalui goncangan, sel tunggal akan tercerai dan membentuk rantai atau kumpulan sel apabila sel-sel itu membahagi.
Kultur sel dapat dikekalkan sebagai:


Kultur Sekelompok

Ini adalah suatu bentuk kultur sel, iaitu sel disimpan di dalam sesuatu medium yang mempunyai isipadu yang tetap sehingga pertumbuhan berhenti. Tumbesaran berhenti kerana setelah habisnya nutrien di dalam medium, atau berkumpulnya metabolit yang merencatkan tumbesaran.
Kultur Selanjar

Dalam kaedah ini medium steril dibekalkan secara berterusan.
Kultur Sel Tunggal

Kultur ini boleh dimulakan daripada sel tunggal tumbuhan. Ini dilakukan denean cara menaois airmaian sel melalui satu nenanis. Hanva sel tuneeal dan kumpulan sel yang kecil sahaja yang dapat melalui penapis itu. Ampaian yang diperoleh kemudiannya diplatkan ke atas medium pepejal di dalam piring petri. Koloni kalus yang berasingan dapat dikesan di bawah mikroskop dan dipindahkan ke dalam medium baru. Suatu strain atau klon sel tunggal dapat diperoleh dengan cara ini.

Kultur Protoplas

Protoplas terdiri daripada sitoplasma dan nukleus tanpa dinding sel. la amat mudah mengalami kerosakan kimia atau fizikal. Protoplas berupaya menumbuhkan semula dinding sel yang baru dan kemudian membahagi. Setiap protoplas dapat menghasilkan satu koloni sel, dan kemudian suatu koloni kalus. Suatu tumbuhan keseluruhan, dapat dihasilkan daripada kalus yang berasal daripada kalus yang berasal daripada suatu protoplas tunggal.



Kultur Organ

Organ tumbuhan juga dapat dikulturkan. Organ tumbuhan yang digunakan terdiri daripada dua jenis:

Organ determinat

Tisu yang telah pun membentuk struktur khas yang mempunyai saiz dan bentuk yang khusus, contohnya daun, bunga dan buah.
Organ inderminat
Tisu yang belum membeza dan tidak terhad pertumbuhannya contohnya meristem apeks daripada akar dan pucuk.
Beberapa jenis kultur ogan ialah:

Kultur Meristem atau Kultur Hujung Pucuk

Apeks pucuk yang terdiri daripada meristem apeks dengan beberapa primordium daun dipencilkan dan dikulturkan. Kadangkala, meristem tunas aksil juga digunakan.
Pengkulturan hujung pucuk dapat menghasilkan pucuk yang kecil dan berorganisasi, dan kemudian proses terbentuknya akar dapat diaruh. Pengkulturan apeks meristem juga merupakan satu cara untuk membebaskan tumbuhan darinada penyakit atau jangkitan virus.

Kultur Nod Tunggal

la merupakan pengkulturan satu atau dua bahagian nod dengan tunas.
Kultur Embrio

Embrio dipencilkan daripada biji yang berkembang dan dikulturkan secara in-vitro sehingga terbentuk anak pokok.
Kultur Hujung Akar

Eksplan akar dapat dipencilkan daripada hujung akar yang diperoleh daripada akar primer atau akar sisi. Sekiranya meristem akar terus berkembang di dalam medium yang sesuai, suatu sistem akar yang terdiri daripada akar primer dan sisi akan terbentuk. Tunas pucuk tidak akan terbentuk. Kultur akan terpencil telah digunakan untuk pelbagai tujuan penyelidikan, terutamanya untuk kajian tentang jangkitan nematod. la juga digunakan untuk mengkulturkan kulat pembentukan nodul oleh bakteria pengikat nitrogen, Rhizobium, di dalam tumbuhan legum.

Kultur Haploid atau Kultur Anter
Kultur anter ialah pengkulturan keseluruhan anter yang mengandungi mikrospora yang belum matang. Tujuannya ialah memperoleh tumbuhan haploid melalui pembentukan embrio somatik, secara langsung daripada debunga. Kadangkala, debunga yang telah diasingkan daripada anter dikulturkan. Ini dinamakan kultur debunga.
Kultur Haploid atau Kultur Anter

Kultur anter ialah pengkulturan keseluruhan anter yang mengandungi mikrospora yang belum matang. Tujuannya ialah memperoleh tumbuhan haploid melalui pembentukan embrio somatik, secara langsung daripada debunga. Kadangkala, debunga yang telah diasingkan daripada anter dikulturkan. Ini dinamakan kultur debunga.


KELEBIHAN DAN KELEMAHAN


Kelebihan


1. Pengkulturan tisu dapat memberikan kadar pembiakan yang cepat iaitu
daripada bilangan yang kecil kepada bilangan yang banyak iaitu beribu-ribu
anak tumbuhan dapat diperolehi dalam satu jangka masa.

2. Kaedah pengkulturan tisu hanya memerlukan kepingan tisu yang kecil sebagai
tisu permulaan. Ini bermakna sedikit sahaja bahan tumbuhan induk yang
diperlukan.

3. Kerja pengkulturan dilakukan dalam keadaan steril. Ini bermakna anak
tumbuhan yang dihasilkan itu bebas daripada organisma yang dpat
menyebabkan penyakit kepada pokok.

4. Penghasilan bahan tumbuhan ini dijalankan dalam keadaan terkawal dan dapat
dijalankan sepanjang tahun. Ia tidak bergantung kepada keadaan musim dan
cuaca. Penghasilan anak tumbuhan dapat juga diaturkan atau diubahsuai
mengikut kehendak.

5. Dalam kes tertentu dan untuk tumbuhan tertentu, kaedah kultur tisu mungkin
merupakan satu-satunya cara yang digunakan untuk menghasilkan bahan klon,
contohnya pokok betik.

6. Benihnya mudah didapati dalam kuantiti yang banyak

7. Mudah dikendalikan di ladang

8. Kurang risiko penyakit.


Kelemahan

1. Kerjanya dilakukan di dalam makmal. Oleh yang demikian, ia memerlukan
pekerja yang terlatih dan peralatan yang lengkap serta ruang khas untuk
operasi yang berjaya.

2. Teknik kultur diperolehi oleh pengalaman. Oleh itu, keberkesanan kos
operasi itu harus dipertimbangkan.

3. Teknik kultur tisu memerlukan kos yang tinggi untuk menyediakan peralatan
dan bahan-bahan, jadi tidak semua pihak mampu mengadakan satu makmal
tisu yang lengkap.

4. Tisu kultur merupakan kaedah yang saintifik, jadi ia sangat
memerlukan kepakaran yang sangat tinggi untuk menjayakannya. Di
Malaysia kaedah tisu kultur merupakan perkara yang masih baru, jadi kita
masih kekurangan pakar di dalam bidang ini.

5. Tisu kultur ini adalah tidak ekonomik digunakan bagi perusahaan secara
kecil-kecilan kerana adalah tidak berbaloi dengan kos yang dikeluarkan.

6. Kelemahan tisu kultur kadangkala menghasilkan klon yang tidak sesuai
dengan persekitaran dimana ia beracun.

5 ulasan:

♥ Cik Puan Pinky ♥ berkata...

thanks for the info~ :)

msmuri berkata...

cutebabygirl> kembali... sama-sama kita berkongsi ilmu

Unknown berkata...

boleh share rujukan tak?

Tanpa Nama berkata...

boleh share rujukan?

msmuri berkata...

nurhafezah & tanpa nama... boleh

Powered By Blogger