SURAH AL'ASR -

SURAH  AL'ASR -

2.07.2008

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA...






Buat tatapan teman-teman...


Cabaran hidup adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan oleh setiap manusia yang hidup di muka bumi ini. Untuk mencapai kesempurnaan dan kebahagiaan hidup, kita terpaksa menghadapi berbagai rintangan dan cabaran. Oleh itu selagi kita hidup, masih ada harapan. Kalau nak hidup mesti tahu cara nak hidup. Jangan kata nak hidup tapi tak tahu cara nak hidup.


Apa yang penting ialah kita hidup atas identiti dan keistimewaan sendiri. Jangan meniru orang lain. Berbanggalah dengan diri kita sendiri dan bertindaklah mengikut kemampuan kita. Insya Allah kita akan berjaya.


Wang bukan menjadikan manusia, tetapi manusia yang menjadikan wang.


Jangan buat apa yang orang lain katakan, cuma boleh dengar sahaja. Tapi buat apa yang kamu fikirkan terbaik.


Semua itu adalah hidup kamu, kenapa memberikan peluang kepada yang lain mengaturkan hidup kamu sendiri.



Kita mudah putus asa apabila orang lain memberikan pendapat yang negatif tentang diri kita. Jangan terpengaruh atau tersinggung dengan pendapat tersebut kerana ianya boleh membantut motivasi kita untuk mencapai kejayaan. Apa yang penting ialah pendapat kita sendiri. Tanyalah kepada diri kita sendiri :


  1. Apakah kita yakin dengan diri kita sendiri?

  2. Apakah kita percaya atas kebolehan kita?

  3. Adakah kita telah berusaha sebaik mungkin untuk mencapai kejayaan?

Jika jawapan yang diberikan positif, rancang hidup kita dengan sebaik mungkin. Laksanakanlah apa yang telah kita fikirkan perlu dan munasabah.




Tindakan yang diambil perlulah kita buat secara rasional dan logik. Fikirkan dengan semasak-masaknya sebelum sesuatu tindakan kita ambil. Harta yang paling berharga yang dikurniakan oleh Allah swt. ialah akal fikiran. Gunakan akal fikiran dengan sebaik-baiknya agar kita tidak sesat dalam usaha menuju kejayaan. Kesabaran juga merupakan suatu hikmah yang dapat membantu seseorang itu mencapai kejayaan.



Untuk hidup, kita perlulah mempunyai semangat yang kuat, penuh ketabahan dan gunakan akal yang waras. Anggap apa sahaja masalah yang datang sebagai satu dugaan dan ujian dari Allah swt.



Jadilah manusia yang optimistik dan berfikiran positif kerana ianya akan menentukan kejayaan atau kegagalan dalam kehidupan kita di dunia. Kesalahan atau kesilapan yang kita buat akan mendatangkan manfaat dalam menghadapi cabaran yang lebih besar.



Sekian, wassallam.

1 ulasan:

mangkuk berkata...

wokei!!!!!!
Banyak informasi, Tambah ruangan utk chatting long.
Idup Along..................

Powered By Blogger