SURAH AL'ASR -

SURAH  AL'ASR -

7.31.2009

DEMI SESUAP NASI...

Demi sesuap nasi, manusia akan melakukan apa jua kerja. Gambar-gambar ni aku shot di Pantai Lok Kawi dan Kg. Sg. Padang. Setiap gambar mempunyai seribu makna. Kerana gambar tidak akan menipu kita. Kecuali yang suka dengan kerja-kerja menipu...











7.30.2009

PERBANDINGAN PERPEKTIF PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DI ANTARA EUROPEAN COMMISSION DAN AUSTRALIA.

1. PENGENALAN

Sejak kita dilahirkan, kita akan sentiasa belajar. Pembelajaran bukan setakat kita habis di peringkat sekolah menengah, kolej ataupun universiti. Pembelajaran adalah berterusan. Mungkin ada yang menyatakan bahawa setelah habis belajar di universiti, mereka tidak akan menjejakkan kaki ke universiti lagi. Tetapi harus diingat bahawa itu hanyalah secara formal sahaja. Pembelajaran di sekolah, kolej atau universiti mungkin tamat. Tetapi itu adalah anggapan yang salah. Yang selesai hanyalah sesi persekolahan sahaja bukannya pembelajaran. Pembelajaran berterusan akan memberikan kesan terhadap kehidupan seseorang. Bukan sahaja terhadap kerjaya tetapi juga kesan terhadap kesihatan dan juga kehidupan.

2. PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT.

Manusia merupakan makhluk yang istimewa. Manusia akan membesar dan berkembang. Manusia akan cuba mencari satu kehidupan yang terbaik. Selagi manusia itu cuba berusaha untuk mencari suatu kehidupan yang terbaik dalam dirinya, selagi itu dia akan terus belajar. Ini akan berlaku sama ada dia menyedarinya atau tidak.

Dalam dunia yang serba mencabar ini, pembelajaran sepanjang hayat merupakan suatu cara yang paling sesuai bagi mencari perubahan dalam kehidupan. Pembelajaran yang berterusan akan mempengaruhi sesuatu masyarakat dan setiap individu yang hidup di dalam masyarakat tersebut perlulah menyesuaikan diri secara langsung dengan situasi yang baru.


3.KONSEP PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Pendidikan bukan hanya bersekolah sahaja, Pendidikan bermula apabila seseorang itu dilahirkan sehinggalah dia meninggal dunia. Ini bergantung kepada sejauh mana dia dapat menerima proses pembelajaran tersebut. Oleh yang demikian, proses pembelajaran akan berlaku berterusan tanpa berhenti sama ada di dalam diri individu itu sendiri, keluarga atau masyarakat sekeliling.

Sekolah merupakan suatu institusi formal. Manakala persekitaran seseorang itu merupakan institusi pembelajaran yang tidak formal. Pembelajaran di sekolah merupakan tempat di mana seseorang individu itu menjalani proses sosial yang seterusnya selain keluarga. Selain sekolah individu itu akan menjalani proses sosial yang seterusnya di peringkat kolej, universiti ataupun di tempat kerja. Ini bergantung kepada sejauh mana seseorang individu itu sanggup meneruskan pembelajaran itu sama ada secara formal atau tidak formal.

Pendidikan di sekitar masyarakat merupakan suatu bentuk pembelajaran yang berada di luar keluarga atau sistem perbelajaran secara formal. Bentuk pembelajaran seperti ini lebih memfokuskan kepada pencarian pengetahuan dan pengalaman sama ada secara khusus dan dipraktikan secara langsung dan ianya memberikan manafaat kepada sesebuah masyarakat.
Keluarga merupakan ruang pertama dan utama bagi proses perkembangan seorang individu sekaligus merupakan penentu kepada dasar keperibadian anak. Pendidikan anak diperoleh terutama melalui interaksi antara orang tua dan anak. Ketika berinteraksi dengan anak, orang tua akan menunjukkan sikap dan perlakuan tertentu sebagai menandakan wujudnya pendidikan terhadap anak.

Pembelajaran di sekolah merupakan lanjutan dari proses pembelajaran yang diberikan oleh keluarga. Sekolah merupakan tempat di mana terjadinya proses sosial yang kedua setelah keluarga. Ianya boleh mempengaruhi peribadi anak dan perkembangan sosialnya. Sekolah diselenggarakan secara formal. Di sekolah anak akan belajar apa yang ada di dalam kehidupan, dengan erti kata lain sekolah harus mencerminkan kehidupan sekelilingnya. Oleh karena itu, sekolah tidak boleh dipisahkan dari kehidupan dan keperluan masyarakat sesuai dengan perkembangan budayanya. Dalam kehidupan moden ini, sekolah merupakan suatu keperluan, kerena tuntutan kewajipan yang diperlukan bagi perkembangan anak sudah tidak mungkin akan dapat dipenuhi oleh keluarga. Pembelajaran yang didapati di sekolah berkait rapat dengan perkembangan peribadi anak, berteraskan nilai moral dan agama, selaras dengan perkembangan sains dan teknologi, serta pengembangan kemahiran tertentu yang diperlukan untuk pengisian terhadap diri individu itu.

Apabila individu itu melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi, maka proses pembelajarannya akan lebih berkembang. Tidak kira di mana dia belajar, dia akan sentiasa cuba mendapatkan seberapa banyak pengetahuan bagi menyediakan dirinya dalam menghadapi cabaran di masa akan datang. Cabaran itu datang tidak kira di mana dan dalam bentuk yang tidak dapat diduga.
Sebagai kesimpulan kepada pembelajaran sepanjang hayat, Selagi individu itu hidup di dunia ini, selagi itu dia akan terus belajar sama ada secara formal atau tidak formal sehinggalah dia meninggal dunia.


4.PERBANDINGAN SECARA UMUM DI ANTARA KESTUAN EROPAH DAN AUSTRALIA

Kesatuan Eropah adalah satu kesatuan antarabangsa yang dianggotai oleh kebanyakkan negara di Eropah. Ianya mula diasaskan pada tahun 1957 melalui Perjanjian Rom. Kesatuan ini ditadbir oleh satu badan eksekutif pentadbiran yang dipanggil European Commission.
European Commission ini diketuai oleh seorang presiden dan mempunyai seramai 27 orang pesuruhjaya dan berfungsi sebagai kabinet menteri. Walau bagaimanapun, ianya bukanlah sebuah kerajaan persekutuan tetapi ianya berdasarkan kepada prinsip subsidiariti.

Walaupun wilayah di Eropah tidak luas, tetapi taburan penduduknya amat tinggi. Jumlah penduduk yang tinggi disebabkan berlakunya migrasi dari penduduk di negara yang berjiran dengan Eropah seperti Turki dan juga dari Asia. Ianya memberi kesan kepada wujudnya pelbagai kaum dan budaya di Eropah.

Pada mulanya Kesatuan Eropah di dianggotai oleh 6 buah negara iaitu: Belgium, Perancis, Jerman Barat, Itali, Luxembourg dan Belanda. Dan sehingga tahun 2004, keahlian kesatuan ini telah menjadi 27 buah negara. Negara-negara tersebut ialah : Denmark, Ireland, United Kingdom, Greece, Portugal, Sepanyol, Austria, Finland, Sweden, Cyprus, Rep. Chezh, Estonia, Hungary, Latvia, Lithuania, Malta, Poland, Slovakia, Slovenia, Bulgaria dan Romania.
Secara umum Kesatuan Eropah merupakan sebuah negara yang terletak di benua Eropah. Benua Eropah merupakan benua yang kedua terkecil di dunia. Pada tahun 2004, mata wang Euro mula diperkenalkan dan digunapakai oleh 13 buah negara ahlinya dan diberi gelaran Eurozon.

Bahasa rasmi kesatuan ini ialah Bahasa Inggeris dan Perancis, manakala bahasa kerja yang diguna pakai ialah bahasa Jerman, Itali dan Russia.

Manakala Australia pula terletak di sebelah Asia Tenggara dan dikelilingi oleh Lautan Hindi, Laut timur, Lautan Pasifik dan Laut Tasman. Terpisah dengan Tasmania oleh Selat Bass. Kebanyakan penduduk Australia keturunan peneroka-peneroka abad ke-19 dan ke-20. Kebanyakannya adalah dari Great Britain dan Ireland. Jumlah penduduk Australia telah berganda empat kali sejak akhir Perang Dunia I, didorong oleh rancangan migrasi yang hebat. Selain dari penduduk yang bermigrasi Australia juga mempunyai penduduk asal iaitu orang asli tanah besar dan kaum Kepulauan Selat Torres.

Australia terbahagi kepada 7 buah negeri dan satu wilayah ibu kota iaitu :
i. Australia Barat
ii. Wilayah Utara
iii. Australia Selatan
iv. Queensland
v. New Souh Wales
vi. Victoria
vii. Tasmania
viii. Wilayah Ibu Kota Australia

Sebahagian besar Australia terdiri daripada gurun dan tanah separa gersang. Keluasan Australia 7,686,848 km persegi. Australia adalah benua terkering yang didiami manusia, serta benua yang paling datar, dan mempunyai tanih-tanih yang tertua serta yang paling kurang subur. Matawang Australia ialah Dolar Australia (A$).

Bahasa rasminya ialah Bahasa Inggeris dan dikenali sebagai bahasa Inggeris Australia. Jenis pemerintahannya ialah demokrasi berparlimen. Parlimen Australia mengandungi :
· Dewan Perwakilan Rakyat (Majlis Rendah) 127 anggota
· Senat (Majlis Tinggi) 64 anggota
Sistem perundangan berdasarkan Base on Enlish Common Law dan di ketuai oleh Perdana Menteri.

Berdasarkan perbandingan di atas, apa yang dapat dihuraikan ialah kedua-dua kawasan hampir mempunyai persamaan dari segi keluasan, mengalami migrasi dari kawasan lain dan mewujudkan pelbagai etnik dan budaya serta bahasa yang digunakan hampir sama.
Perbezaan yang amat ketara ialah dari segi sejarah di mana Kesatuan Eropah wujud akibat kesan dari Perjanjian Rom manakal Australia pula merupakan sebuah pulau yang mengalami proses migrasi pada abad ke 19 dan 20. Dari segi institusi pemerintahan pula Kesatuan Eropah merupakan satu kumpulan negara-negara eropah yang bersetuju membentuk satu kesatuan di samping negara masing-masing mengamalkan corak pentadbiran mereka sendiri. Berbanding dengan Australia merupakan sebuah pulau yang dikelilingi oleh beberapa buah lautan dan bandar-bandar utamanya terletak di kawasan pantai Apa yang dapat saya huraikan ialah kesemua perbandingan di atas akan memberikan impak terhadap sistem pembelajaran sepanjang hayat di EU dan Australia dalam perbincangan seterusnya.




4. PERBANDINGAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DI ANTARA EUROPEAN COMMISSION DAN AUSTRALIA.

4.1 PENGENALAN

(i) European Commission

Secara umum satu memorandum telah dibuat oleh Lisbon European Council iaitu suatu perubahan perlu dilakukan oleh anggota Kesatuan Eropah bagi menjayakan pembelajaran seanjang hayat. Memorandum tersebut menyatakan bahawa Lisbon and Feira European Council’s diberi mandat untuk mengkaji pelaksanaan pembelajaran sepanjang hayat. Kajian telah dibuat dan menjadi satu perdebatan yang agak hangat di kalangan negara-negara Kesatuan Eropah. Antara isi tujuan perdebatan tersebut ialah untuk mencari satu strategi yang komprehensif bagi melaksanakan lifelong learning sama ada di peringkat individu, institusi dan di semua lingkungan kehidupan awam dan kehidupan persendirian.

Satu definisi telah dibuat oleh European Commission bahawa lifelong learning memberikan keutamaan untuk mempertingkatkan asas kemahiran seseorang individu dengan mengambil kira untuk memperbaiki pengetahuan, kemahiran dan kecekapan individu.
European Commission juga menggariskan bahawa pembelajaran sepanjang hayat merupakan satu aspek dalam pendidikan dan latihan. Ianya mestilah menjadi rujukan utama bagi meneruskan pembelajaran sepanjang hayat dalam konteks pendidikan.

Bagi menghadapi dekad yang akan datang EC telah menyarankan bahawa semua rakyat di Europe perlu merebut peluang dan tiada yang berkecuali untuk bersaing bagi merebut peluang untuk menghadapi cabaran terhadap kehidupan sosial dan perubahan ekonomi serta mengambil bahagian secara aktif bagi membentuk europe di masa akan datang.
Kesan dari perbincangan dan perdebatan yang berlaku, satu kata putus telah dibuat bahawa semua negara dalam EU perlu bertanggungjawab untuk berbincang mencari kata putus di setiap negara masing-masing dan bukan hanya di peringkat Europe sahaja. Pembelajaran sepanjang hayat berkaitan dengan kehidupan setiap individu.

Laporan tersebut telah dijadikan sebagai rujukan bagi menggubal kaedah serta kerjasama yang dipersetujui oleh Lisbon Europen Council.

Polisi pelaksanaan pembelajaran sepanjang hayat yang dicadangkan oleh Europen Commission ialah :

i. menambah serta memperbaharui kemahiran yang diperlukan sejajar
dengan pengetahuan masyarakat.
ii. Menaik taraf nilai sumber manusia kerana mereka adalah aset yang paling berharga.
iii. Membina satu kaedah yang efektif dalam melaksanakan pembelajaran sepanjang hayat.
iv. Menggalakkan penyertaan dan menilai serta menghargai pembelajaran sepanjang hayat.
v. Memastikan maklumat dan nasihat dapat disampaikan dengan baik
vi. Sediakan peluang untuk mengikuti pembelajaran sepanjang hayat dengan sebaik
mungkin.

Secara praktikal, pembelajaran sepanjang hayat ini akan dapat :

i. memberi peluang kepada masyarakat mendapat pendidikan yang berkualiti.
ii.Ubahsuai cara pelaksanaan agar ianya sejajar dengan keperluan dan kehendak individu.
iii. Bagi menjamin dan mencapai kualiti pendidikan yang terbaik dalam segala bidang
selaras dengan perubahan masa kini
iv. Menggalakkan rakyat menjalani hidup yang aktif dalam segala bidang.

(ii) AUSTRALIA

Satu kajian telah dibuat oleh Australian Catholic University pada tahun 2001 di bawah tajaan Department of Education, Training and Youth Affairs Under the Evalution and Investigation Program (EIP). Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan tentang tugasan dan tanggungjawab pendidik dalam melaksankan pembelajaran sepanjang hayat agar ianya dapat dijadikan realiti.

Tiga tujuan utama kajian ini ialah :

i. Menyelidik polisi, pelaksanaan dan keutamaan sejajar dengan tujuan dan tanggungjawab untuk setiap individu layak untuk dapat mengikuti pembelajaran sepanjang hayat.
ii.Mengenalpasti dan menganalisa perubahan tugas dan tanggungjawab sejajar dengan penekanan kehendak masa kini.
iii. Menentukan kesan terhadap kerajaan, swasta, sekolah dan universiti di mana menjadikan pembelajaran sepanjang hayat suatu realiti kepada semua.

Konsep pembelajaran sepanjang hayat adalah berkaitan dengan kecekapan dan kemahiran untuk membangunkan kebolehannya melalui program ini. Dengan erti kata lain, ianya menentukan bagaimana seorang pekerja itu dapat menguasai kerja-kerja tertentu yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya dan bagaimana pengetahuan asas dan spesifik yang dimilikinya serta kecekapan mereka dapat diguna pakai untuk melaksanankan tugasan yang diberi.

Selain dari itu, ianya juga mengambil kira bagaiman pendidikan sepanjang hayat ini akan dapat membantu kedudukan ekonomi individu yang terlibat.
Dengan adanya pembelajaran sepanjang hayat ini, ianya secara tidak langsung akan menjadikan seseorang itu dapat meningkatkan pengetahuannya serta individu itu akan merasa gembira dengan menjalankan tugasannya.

Bagi melaksanakan pelan ini beberapa agenda telah dikenalpasti:
i. Susun serta melaksanakan seminar di peringkat nasional, berkaitan dengan pembelajaran sepanjang hayat.
ii.Sokongan dari kerajaan adalah penting bagi mebantu pembelajaran sepanjang hayat.
iii.Kajian semula terhadap polisi pembangunan serta membuat perubahan terhadap pelaksanaan sistem pendidikan di Australia.
iv.Menentukan matlamat pelaksanaan pembelajaran sepanjang hayat dapat dilaksanakan oleh pihak universiti.

6. PENUTUP

Apa yang dapat disimpulkan terhadap konsep pembelajaran sepanjang hayat di antara European Commission dan Australia, ialah terdapat persamaan yang tidak begitu ketara iaitu meningkatkan tahap pengetahuan, kecekapan serta kemahiran di kalangan rakyat mereka.

Selain dari itu, secara tidak langsung akan dapat menaikan taraf ekonomi serta dapat bersaing di peringkat yang lebih jauh.Walau bagaimana pun, pelaksanaannya pastilah berbeza kerana di peringkat Europen Commission pelaksanaannya adalah di negara-negara anggota yang menyertai komuniti tersebut, manakala di Australia ianya bergantung kepada kerajaan yang memerintah.

7.12.2009

KEINDAHAN ALAM...

Gambar-gambar ni aku shot di Pantai Tg. Aru. Ombak agak kuat, dan kebetulan baru habis kuliah. Jadi nak release tension aku pun cari lokasi untuk ambil gambar. Jadi petang ni aku postingkan. Tapi gambar yang paling aku rasa ok, gambar kayu hanyut tu. Pada aku hidup ni jangan jadi kayu hanyut, bergantung kepada ombak. Kalau nak hidup biarlah jadi sebatang pokok yang rimbun agar dapat dijadikan tempat bernaung atau tempat berteduh bagi makhluk lain... fikirkanlah sendiri beb...






















Hidup jangan jadi kayu reput...