SURAH AL'ASR -

SURAH  AL'ASR -

Memaparkan catatan dengan label umum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label umum. Papar semua catatan

12.02.2013

سورت الفاتهه... SURAH AL-FATIHAH

سورة الفاتهه
سكيرا تردافت كسيلافن ساماد باريس اتو ايجأن, منتا كرجسام ايميل ساي .

11.20.2013

SELEPAS HUJAN 18/11/2013...

Setelah agak lama tidak beraksi... sempena cuti sekolah... dan selepas hujan... 
mencari lokasi yang sesuai untuk beraksi... dapatlah sedikit buah tangan... 
itu pun terkial-kial juga disebabkan dah lama tidak beraksi... akhirnya dapat 
jugalah hasil yang tidak seberapa ni...

Apabila lalat beraksi...


bunga kacang panjang

mencari rezeki... semut

bunga

sicantik

rezeki semut

titis air selepas hujan

selepas hujan

exora merah

macam cantik je... macam comel je...

9.07.2013

Wajah anak-anak kita..

Bagaimanakah kehidupan mereka akan datang... Pertanyaan yang perlu kita semua fikirkan...

7.27.2012

KUNJUNGAN SAHABAT LAMA...

Sahabat lama dari Segamat... saudara Mohd Dali Jasmin dan keluarga... banyak perkara yang kami ceritakan.... apapun terima kasih kerana sudi ke rumah...

6.27.2009

RENUNG SEJENAK...

Agak lama blog ni tak diupdate. Bukan apa, agak sibuk sedikit dalam dua tiga minggu ni. Hampir setiap sabtu ada je aktiviti di sekolah... Sehingga minggu depan aktiviti akan berjalan. Lagipun tengah sibuk dengan study aku. Sambung lagi... Semalam, Ya datang rumah. Amacam... ok tak Sabah... Ya. Harap-harap jangan kau serik nak datang sini lagi.
Buat Azaran... bila lagi nak ke sini. Setakat tempat tinggal jangan risau. Ditanggung beres. Tambang tak mahal, rajin-rajin kau orang check kat web MAS atau AIRASIA. Kalau ada rezeki, kau dapat tambang murah. Tapi nak kena rajin check.
OK aku stop dulu. Ada masa nanti posting baru akan menyusul. Nak siapkan sedikit presentation untuk seminar besok.

10.02.2008

RAYA KEDUA...

Hari ni, raya kedua. Letih jugalah. Semalam seharian di rumah menyambut kedatangan family wife aku. Kalau kau orang nak tengok uniknya sambutan raya datanglah ke Sabah. Muhibbah di kalangan mereka memang cukup tinggi. Bukannya nak memuji tapi itulah realitinya. Kalau kau orang tak caya, datanglah ke sini. Banyak tiket murah bang. Buat kawan aku yang sorang kat Yong Peng tu (mengajar kat Chaah), sedarlah yang wife kau tu asalnya dari Sabah. Jangan lupakan asal-usul wife kau tu, kesian dia beb. Buanglah sifat hipokrit kau tu.
Dalam kesibukan sempat juga aku menjengah rumah dua kawan sekampung aku. Seorang tu aku selalu jumpa kat Papar. SELAMAT HARI RAYA BUAT CHIEF INSP. MOHD FAUZI SAHAT (IPD PAPAR). Sorang lagi dah hampir 25 tahun aku tak jumpa. Walaupun sekampung, tapi kalau nak jumpa memang payah disebabkan masing-masing sibuk dengan tugas dan family.
juga ucapan, SELAMAT HARI RAYA BUAT USTAZ ROSMAT RABU (UiTM KOTA KINABALU).
Buat kekawan walau kat mana pun, aku nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. Maaf zahir dan batin. adios...

6.29.2008

Kembali semula... harga minyak naik...

Sudah agak lama aku tak update blog aku ni... Bukan apa banyak kerja yang hendak dibuat. Lagi pulak semenjak harga mintak naik ni... macam-macam hal yang terjadi... Kesan dari kenaikan harga minyak, aku sekarang ni kenalah berjimat-cermat. Kalau dulu isi tangki RM60.00 dah penuh wira aku, la ni hampir dua kali ganda aku kena bayar. Itulah kesan penangan kenaikan minyak... Semalam aku pergi belanja dapur dengan wife dan anak-anak aku. Rasanya barang yang aku beli tu sama je tiap bulan... tak ada lebih, tapi... bila aku bayar di kaunter ... terperanjat juga kerana naik hampir 20% daripada biasa.

Kadang kala aku rasa macam nak marah... tapi tak tau nak marah kat sapa... aku tak tahulah sampai bila keadaan akan jadi begini... Bila aku fikir-fikirkan semula, tak guna aku sesakan kepala aku dengan masalah kenaikan minyak ni. Hidup aku kena diteruskan, anak-anak aku nak sekolah, makan dan pakai. Aku kena cari satu alternatif lain untuk tambah pendapatan keluarga aku...

Cuma aku nak bagitau, bahawa kesan kenaikan minyak ni membuatkan aku perlu tabah untuk menghadapi hidup. Doa aku agar mereka-mereka yang menaikan harga ni, cuba-cubalah merasa duduk di bawah ni. Rasakan bagaimana dengan naik basikal ke, atau naik motosikal... Jenguklah ke kampung-kampung dan lihat sendiri bagaimana keadaan mereka yang bertarung untuk hidup sekarang ni...

Kalau aku boleh sampaikan pendapat aku kat mana-mana... aku cuma nak bagitau kat mereka yang ada kuasa... cubalah faham akan keperitan hidup rakyat sekarang ni... Bukannya nak menyalahkan satu sama lain. Hentikan segala macam tuduh menuduh... Carilah suatu jalan penyelesaian bagaimana nak mengurangkan kadar keperitan hidup sekarang ni. kalau anda semua boleh buat kerja dengan baik dan nak tolong rakyat. Insya Allah rakyat akan memilih anda di lain kali. Tapi kalau anda semua hanya tahu bercakap sahaja tak mustahil anda akan ditolak di lain kali. Buatlah kerja demi Allah bukan kerana nak cari pangkat dan kedudukan. Dan ingatlah bahawa bila kita mati semua itu akan ditinggalkan kecuali amalan kita semasa di dunia dan doa dari anak-anak yang soleh. marilah kita semua berdoa agar harga minyak ni akan turun ke atau apa ke... kerana tidak ada kuasa yang boleh membantu kita semua kecuali ALLAH s.w.t.
amin...

4.24.2008

Berita dari Johor...

Tengahari tadi aku dapat miss call dari sukur. Lepas tu alu call dia balik. Ingatkan ada cerita penting. cuma sekadar nak tanya kabar... ini posting aku yang pertama menggunakan celcom broadband. Tadi pagi aku register dan beli device kat pejabat celcom. sebelum ni aku posting gunakan tmnet.

Tapi kadangkala aku nak buat posting terpaksa balik baru boleh buat. Pas ni, tak perlu balik rumah kalau nak post gambo atau cerita yang menarik. kat mana-mana je boleh buat post. Ok sukur bila kau nak guna broadband... save sikit kalau nak serve internet tiap-tiap ari beb... ok ajip... pasal dah lama tak update blog kau tu. tak benda yang sama je. boringlah woi...

OK buat member-member kat sk simpang renggam 2 ( Dato On Jaafar) macam wak sudin, seman, rahim, kak nor, alex, boh, wan, ijal, ustaz, amin dan ramai lagi, amacam... kat simpang. Jadi tak turun ke Sabah cuti bulan Mei ni. Kalau jadi email atau contact aku. Kalau keje tu berpada-pada beb, ingat diri sendiri tu. Buat Alex dapat tak kau pindah bulah Jun ni? Usaha kena lebih beb kalau nak pindah sini... Boh dah kawin ke belum kau tu... tak kan nak kena timbang kilo kot...

4.05.2008

Untuk ajeep...

Pagi tadi aku check email ajeep. Ok aku dah balas email kau... check jangan tak check email tu...

Apa-apa hal kau email atau sms je aku... welcome to the club...


kita meriahkan alam maya kita dengan berblog...




3.29.2008

Tahniah...

Tak terlambat aku nak ucap tahniah kat ani ngan yahya... kat Pt. Sulong,
Bee Pee, coz dah dapat anak lelaki...
amacam ngan hero baru kau orang tu...
tambah lagi rakyat Malaysia...

tahniah... tahniah

3.22.2008

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA ...

Thanks ajeep coz info kau... jadi renungkanlah bersama...


Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?" Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.

" Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?" Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.

" Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam." Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.

Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat." Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?

" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"
  • 1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyangberjamaah.
  • 2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
  • 3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA...

Thanks to ajeep coz bagi aku bahan untuk posting... kalau ada yang menarik tu kau attach je kat email. Nanti aku postingkan kat blog ni...
Sama-samalah kita renungkan...

Assalamualaikum.....

Tahukah anda mengamal minum secawanair teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. IsyaAllah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akanberkurangan (memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:

  • 1. Mandi awal pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkanlemak berkumpul. Kita boleh saksikan org mengamal mandi awal pagikebanyakan badan tak gemuk.

  • 2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. MujarabnyaInsyaAllah jauh dari penyakit. (susah nak kena sakit).

  • 3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurangkurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening @ migrin. Ini terbukti oleh para saintis yg membuat kajian kenapa dalamsehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeterruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud, maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

  • 4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur denganmakanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu, dikhuatiriakan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimanadalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungiion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindakanbalas biokimia yng terhasil yg boleh merosakkan usus kita.

  • 5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklahmenjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.(enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA...


Inilah kehidupan kita sekarang... renungkanlah...

3.20.2008

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA...

Email ni aku terima pada 07 Oktober, 2006. Kalau betul kau orang ikutlah dan kalau tak betul kau orang janganlah ikut. Jadi renungkanlah bersama...


40 Kesilapan ibubapa

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
9. Kurang melahirkan kasih sayang
10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak
11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
21. Tidak menggunakan bahasa yang betul
22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak
23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
39. Tidak tegas mendidik anak-anak
40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama

3.19.2008

ESOK...

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL KEPADA SEMUA UMAT ISLAM.



3.04.2008

Cerita tentang PRU12

Malam ni hujan lebat dari tengahari tadi. Balik je dari kerja, selepas ambil anak di SMK Takis, aku pun buatlah apa yang patut. Selepas isyak, aku pun bukalah laptop dan masuklah ke laman-laman web politik. Macam-macam cerita yang aku baca. Sebenarnya aku dah lama tak tengok berita di tv, dari hari penamaan calon hingga hari ini. Bukan apa, naik bosan tengok semua berita tentang PRU12. Wartawan kat Malaysia ni dah macam tak ada kerja lain. Asyik-asyik muka-muka tu je yang keluar tv. Dah naik muak aku tengok muka dia orang. Cari-carilah muka orang lain ke. Barulah sedap mata memandang.


Buat kekawan aku kat Benut macam abang Sukor, ajip dan wak aji selamat berkempen. Buat yang lelain man dan lan kat pontian, imah dan sidah kat Kulai, ani dan pinah kat BP, ros kat KL aku nak ucapkan selamat mengundi pada 8hb. ni. Buat pilihan yang tepat.



2.10.2008

Sebuah luahan hati...



Sebenarnya saya baru dua bulan setengah berpindah dari Johor ke Sabah. Saya berasal dari Segamat Johor tetapi isteri saya berasal dari daerah Papar Sabah.


Mentari petang di Pantai Tanjung Resang, Mersing

Walaupun begitu, baru-baru ni sahaja saya cuba-cuba untuk menulis dalam blogs ni. Dulu ada juga saya cuba-cuba menghantar pendapat ke majalah Mastika. Tetapi disebabkan kekangan masa saya pendamkan hasrat untuk menulis. Sebenarnya saya minat untuk menulis, tetapi kadang kala banyak perkara yang nak dibuat, maka hasrat untuk menulis tertinggal begitu saja.



Bukan apa saja mengisi masa lapang disebabkan cuti panjang sempena Bahun Baru Cina. Kebetulan dah dua hari hujan turun di Papar ni. Maka saya pergunakanlah untuk menulis.

Sebelum menjadi seorang guru, saya pernah bertugas sebagai anggota PDRM di PPH(sekarang PGA) Lahad Datu, Sabah dari tahun 1988 sehingga 1991. Pada Jun 1991, saya memasuki Maktab Perguruan Gaya, Kota Kinabalu, Sabah.

Saya mula bertugas di SMK Tenom, di daerah Tenom, Sabah pada 1 Disember 1993. Pada 1 Januari 1995 saya bertukar ke SMK Benoni, Papar sehingga 31 Disember 1997. 1 Januari 1998, saya mula bertugas di SMK Labis, di daerah Segamat, Johor. Pada bulan Februari 2001, saya bertukar lagi ke SMK Tenang Stesen, Segamat, Johor. Pada tahun November 2002, saya menyambung pengajian secara separuh masa di UTM, Skudai sehingga Julai, 2007.

Disebabkan jarak yang jauh lebih kurang 200 kilometer yang terpaksa saya tempuhi untuk menghadiri kuliah setiap minggu, maka sekali lagi saya mohon ditukarkan ke Simpang Renggam. Kali ni saya bertugas di SK Simpang Renggam 2, Kluang, Johor. Setelah habis pengajian tahun lepas, saya pun memohon bertukar ke kampung isteri saya di Kg. Sungai Padang, Papar, Sabah.

Sebenarnya apabila saya memohon pindah ke Sabah, ramai orang bertanya kepada saya kenapa dan mengapa saya mohon perpindahan ke sini. Suatu soalan yang amat sukar aku luahkan melalui perkataan dan hanya boleh aku nyatakan bahawa isteri saya berasal dari Sabah. Sebenarnya banyak sebab mengapa saya memohon pertukaran ke Sabah dan akan saya ceritakan di masa akan datang.


Hampir 15 tahun saya bertugas sebagai seorang guru, terlalu banyak pahit getir yang saya lalui. Banyak perkara yang saya terpaksa pendamkan walaupun kadang kala ianya boleh membuatkan saya rasa tension yang teramat sangat. Bermula dari ragam pelajar, ibu bapa dan pentadbir semuanya terpaksa ditelan walaupun pahit.

Antara pengalaman pahit manis yang pernah saya lalui ialah ketika bertugas di SMK Tenang Stesen, rumah saya pernah dibaling dengan mercun oleh pelajar disebabkan saya menghukum mereka di sekolah atas kesalahan disiplin. Disebabkan saya mengajar berdekatan dengan kampung asal saya (saya tinggal berlainan rumah dengan orang tua) kebanyakkan pelajar yang saya ajar datangnya dari kampung saya. Masalah yang dihadapi ialah apabila saya menghukum pelajar yang melakukan kesalahan disiplin, ada kalangan ibu bapa yang tidak berpuashati dan datang ke rumah ibu bapa saya bertanyakan mengapa anak mereka dihukum.

Kadang kala saya rasa nak biarkan sahaja anak-anak mereka itu melakukan kesalahan. Tetapi atas dasar tanggungjawab dan tidak mahu melihat anak bangsa saya terus hanyut, maka menjadi tanggungjawab saya untuk mengambil tindakan disiplin walaupun banyak onak dan durinya.

Walau macam mana perit pun kesan yang saya terima, alhamdulillah saya masih lagi dapat bertahan dalam bidang yang telah saya ceburi ini...

Sepanjang dua bulan setengah saya bertukar ke Sabah, saya bertemu semula dengan rakan lama di PPH pertengahan Januari lalu. Banyak cerita lama yang kami bualkan setelah hampir 16 tahun tidak bertemu. Dari cerita rakan-rakan lama sehinggalah ke cerita bagaimana kami bertemu semula di Papar. Rakan saya ini berasal dari Terengganu dan berkahwin dengan seorang jururawat di Hospital Papar.

Akhir kalam, semoga minat saya untuk menulis ini akan berterusan. Insya Allah.








2.07.2008

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA...






Buat tatapan teman-teman...


Cabaran hidup adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan oleh setiap manusia yang hidup di muka bumi ini. Untuk mencapai kesempurnaan dan kebahagiaan hidup, kita terpaksa menghadapi berbagai rintangan dan cabaran. Oleh itu selagi kita hidup, masih ada harapan. Kalau nak hidup mesti tahu cara nak hidup. Jangan kata nak hidup tapi tak tahu cara nak hidup.


Apa yang penting ialah kita hidup atas identiti dan keistimewaan sendiri. Jangan meniru orang lain. Berbanggalah dengan diri kita sendiri dan bertindaklah mengikut kemampuan kita. Insya Allah kita akan berjaya.


Wang bukan menjadikan manusia, tetapi manusia yang menjadikan wang.


Jangan buat apa yang orang lain katakan, cuma boleh dengar sahaja. Tapi buat apa yang kamu fikirkan terbaik.


Semua itu adalah hidup kamu, kenapa memberikan peluang kepada yang lain mengaturkan hidup kamu sendiri.



Kita mudah putus asa apabila orang lain memberikan pendapat yang negatif tentang diri kita. Jangan terpengaruh atau tersinggung dengan pendapat tersebut kerana ianya boleh membantut motivasi kita untuk mencapai kejayaan. Apa yang penting ialah pendapat kita sendiri. Tanyalah kepada diri kita sendiri :


  1. Apakah kita yakin dengan diri kita sendiri?

  2. Apakah kita percaya atas kebolehan kita?

  3. Adakah kita telah berusaha sebaik mungkin untuk mencapai kejayaan?

Jika jawapan yang diberikan positif, rancang hidup kita dengan sebaik mungkin. Laksanakanlah apa yang telah kita fikirkan perlu dan munasabah.




Tindakan yang diambil perlulah kita buat secara rasional dan logik. Fikirkan dengan semasak-masaknya sebelum sesuatu tindakan kita ambil. Harta yang paling berharga yang dikurniakan oleh Allah swt. ialah akal fikiran. Gunakan akal fikiran dengan sebaik-baiknya agar kita tidak sesat dalam usaha menuju kejayaan. Kesabaran juga merupakan suatu hikmah yang dapat membantu seseorang itu mencapai kejayaan.



Untuk hidup, kita perlulah mempunyai semangat yang kuat, penuh ketabahan dan gunakan akal yang waras. Anggap apa sahaja masalah yang datang sebagai satu dugaan dan ujian dari Allah swt.



Jadilah manusia yang optimistik dan berfikiran positif kerana ianya akan menentukan kejayaan atau kegagalan dalam kehidupan kita di dunia. Kesalahan atau kesilapan yang kita buat akan mendatangkan manfaat dalam menghadapi cabaran yang lebih besar.



Sekian, wassallam.
Powered By Blogger