SURAH AL'ASR -

SURAH  AL'ASR -

3.29.2008

Tahniah...

Tak terlambat aku nak ucap tahniah kat ani ngan yahya... kat Pt. Sulong,
Bee Pee, coz dah dapat anak lelaki...
amacam ngan hero baru kau orang tu...
tambah lagi rakyat Malaysia...

tahniah... tahniah

Yang indah di mata 6

Buat kekawan aku... ingat lagi amali kita kat bengkel paip...
Jenuh juga kita nak buat treat besi BG tu. Aku postingkan gambar ni bila ajeep attach kat email dia... thanks ajeep, aku tunggu mah pos cd tak sampai-sampai, ok juga kitakan...




Lan, Ros dan Mah tengah potong BG
Belakang tu sukur...
Sukur ngan Ani satu group...
Ingat tak Ani tension ngan Sukur...
kah..kah..kah...
Aku ngan Ros satu group...
Cool je group kami...

3.22.2008

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA ...

Thanks ajeep coz info kau... jadi renungkanlah bersama...


Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?" Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.

" Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?" Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.

" Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam." Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.

Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat." Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?

" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"
  • 1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyangberjamaah.
  • 2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
  • 3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA...

Thanks to ajeep coz bagi aku bahan untuk posting... kalau ada yang menarik tu kau attach je kat email. Nanti aku postingkan kat blog ni...
Sama-samalah kita renungkan...

Assalamualaikum.....

Tahukah anda mengamal minum secawanair teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. IsyaAllah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akanberkurangan (memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:

  • 1. Mandi awal pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkanlemak berkumpul. Kita boleh saksikan org mengamal mandi awal pagikebanyakan badan tak gemuk.

  • 2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. MujarabnyaInsyaAllah jauh dari penyakit. (susah nak kena sakit).

  • 3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurangkurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening @ migrin. Ini terbukti oleh para saintis yg membuat kajian kenapa dalamsehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeterruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud, maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

  • 4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur denganmakanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu, dikhuatiriakan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimanadalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungiion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindakanbalas biokimia yng terhasil yg boleh merosakkan usus kita.

  • 5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklahmenjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.(enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA...


Inilah kehidupan kita sekarang... renungkanlah...

TAHNIAH BUAT WAK...

Amacam ada gaya tak?


OK tak wak posing masa masak?


belakang tu auntie ros...


jangan marah ...

Tahniah buat kau wak... abis juga walaupun lambat satu semester dari kita orang. Tapi oklah tu. Jangan lupa attach gambar kau masa konvo utm ke 40 kalau email aku nanti.


TAHNIAH...TAHNIAH...


Yang indah di mata 5

Yang indah di mata merupakan keindahan yang dapat kita kongsi bersama.

Selepas zohor tadi aku dan family pergi ke bandar KK. Tapi tak sampai bandar pun, kami sekeluarga pergi ke Pantai Tanjung Aru. Sempat juga bergambar dengan anak-anak. Tapi tak lama pasal hujan turun. Sekarang ni hampir setiap petang hujan kat sini.







3.20.2008

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA...

Email ni aku terima pada 07 Oktober, 2006. Kalau betul kau orang ikutlah dan kalau tak betul kau orang janganlah ikut. Jadi renungkanlah bersama...


40 Kesilapan ibubapa

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
9. Kurang melahirkan kasih sayang
10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak
11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
21. Tidak menggunakan bahasa yang betul
22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak
23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
39. Tidak tegas mendidik anak-anak
40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA...

Satu lagi email yang aku terima pada 10 Oktober 2006. Kepada penghantar email ini, aku ucapkan terima kasih dan seribu kemaafan sebab aku postingkan cerita ini tanpa kebenaran anda.

Buat renungan semua...

Kisah ulamak dan Pramugari...

Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk.

Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.

Pramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki. Ini tempat basuh muka bukan basuh kaki.

Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri...) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Pramugari: (dengan sifat angkuh...) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.

Ulamak: (dengan sifat bersahaja....) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.....

3.19.2008

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA...

Cerita ni aku dapat dalam email aku bertarikh 13 Mei, 2006 semasa aku masih mengajar di SK Simpang Renggam 2 (SK Datuk Onn Jaafar, Simpang Renggam). Walaupun dah lama email ni, tapi disebabkan ceritanya yang menyentuh hati bila membacanya aku masih simpan dan kat sini aku postingkan semula tanpa sebarang edit untuk kau orang baca. Sama-samalah kita nilaikannya...

Kepada penulis asal seribu kemaafan dipinta kerana menyiarkan cerita ini tanpa meminta kebenaran anda.



Kisah Benar... Hadiah Teristimewa

Pagi 16 Mei 2005, saya dikejutkan dgn beberapa org anak murid yg meluru ke arah saya. Wajah mereka berseri-seri lalu masing-masing menghulurkan bungkusan berwarna-warni.

"Cikgu...selamat Hari Guru!" kata mereka bertepuk tangan sambil berlari-lari anak mengelilingi saya. Memang sayaterkejut kerana sebelum itu tidak pernah saya khabarkan pada anak-anakmurid tentang tarikh sambutan Hari Guru, apalagi mengingatkan mereka.

Bagi saya mereka terlalu muda dan belum dapat menilai erti sambutan Hari Guru.Rupa-rupanya saya silap. Tanpa saya menyangka pagi itu meja saya dipenuhipelbagai jenis hadiah. Hari itu saya rasakan terlalu indah. Saya rasa disanjungi, lalu pipi anak-anak murid saya kucup tanda merghargai pemberian dan ingatan mereka.

"Terima kasih...bagitau ibu, cikgu ucapkan terima kasih, ya!" pesan saya pada Arina lalu satu kucupan singgah dipipi gebunya. Di sisi Arina, saya lihat Mariam tersengih-sengih.

"Cikgu...Mariam pun nak bagi hadiah. Tapi tak bawa hari ni, lupa. Boleh cikgu, ya?" kata anak kecil itu bersungguh.

"Tak payahlah Mariam. Tak bagi pun tak apa, cikgu bukan minta hadiah, cukuplah Mariam ucap Selamat Hari Guru buat cikgu. Itu pun sudah buat cikgu gembira."

Saya cuba memujuknya kerana tidak mahu menyusahkan Mariam dan anak-anak murid yang lain. Sebagai cikgu, saya tahu serba sedikit latar belakang keluarga mereka.Kerana itu saya tidak mahu ada di antara anak-anak murid saya yang bersusah payah menyediakan hadiah, lebih-lebih lagi Mariam. Dia bukan anak orang senang, ibu bapa Mariam membesarkannya hanya dengan meraut lidi, mencari daun getah kering lalu menjualkannya.

Sebab itu saya tidak mahu Mariam rasa bersalah bila melihat teman-teman yang lain memberikan hadiah sedangkan dia tidak membawa apa-apa. Bagi saya, lebih baiklah duit yang ada itu digunakan oleh ibu bapa Mariam untuk makan minum keluarganya,atau belikan baju baru untuk Mariam buat menggantikan baju yang kusam dan masam dek peluh.

Saya gembira mendidik murid seperti Mariam. Biarpun ibu Mariam sudah lama meninggal dunia namun anak kecil itu masih bertuah kerana ibu tirinya menyayangi Mariam tidak ubah seperti anak kandung sendiri. Buktinya setiap pagi saya lihat anak kecil itu datang ke tadika sambil dipimpin ibunya, berjalan kaki sejauh 2 kilometer setiap hari. Kalau ada yang bersimpati, di tengah perjalanan ada keluarga murid-murid lain akan menumpangkan Mariam.

Kalau tidak Mariam akan terus berjalan kaki dalam panas gerimis, pergi dan balik. Begitulah setiap hari. Esoknya sekali lagi meja saya dipenuhi dgn pelbagai jenis hadiah. Kali ini datang daripada anak-anak murid yang tidak sempat memberikannya semalam. Saya hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala bila mana sambutan Hari Guru tahun ini benar-benar meriah.

Seperti biasa, ! pagi itu saya berdiri di hadapan pintu menyambut seorang demi seorang ibu bapa yang datang menghantar anak masing-masing. Di muka pintu sekolah, saya dengar seorang bapa berpesan ;

"Hadiah tu bagi kat cikgu tau." Tatkala itu saya benar-benar tersentuh kerana saya langsung tidak menyangka cukup dihargai oleh anak-anak murid yang masih kecil usianya. Dari halaman, saya lihat Mariam berpimpinan tangan dgn ibunya. Saya sambut kedua-dua mereka dgn senyuman. Sama seperti pagi-pagi sebelumnya, Mariam tiba di tabika dgn keadaan tubuh yg bermandikan peluh. Bajunya basah namun kanak-kanak itu tetap ceria, tersenyum seperti biasa.

"Cikgu! Mariam bawa hadiah untuk cikgu!" laungnya sambil ketawa.

"Kan cikgu dah pesan, Mariam tak payah bagi cikgu hadiah," kata saya lalu mengusap rambut Mariam yang bertitisan peluh, dgn rasa kasih yg mendalam.

"Tak apa....hadiah ni best cikgu!" kata Mariam bersungguh-sungguh.

Mariam meletakkan begnya di atas meja. Pantas jari-jemari comelnya membuka zip beg sekolahnya yang sudah pudar warnanya akibat dimamah cahaya matahari.

"Sekejap ya cikgu," kata Mariah yang masih tercungap-cungap kepenatan.

Saya lihat Mariam mengeluarkan sesuatu dari dalam beg. Dia tersenyum sebaik menghulurkan segumpal surat khabar yang berkecai dalam genggamannya.

"Alaaa...koyak pulak, cikgu !," rungut Mariam penuh kekesalan. Matanya membulat memandang saya yang masih setia menantinya. Beberapa anak-anak murid yang lain turut berdiri tidak sabar lihat apa yang Mariam keluarkan.

"Apa yang Mariam bawa tu?," saya tanya penuh hairan melihat sesuatu yang bulat dibungkus dengan surat khabar lama. Saya dekati anak kecil itu lalu menyelak beg yang dibawanya. Di saat itu hati tiba-tiba menjadi sebak sebaik melihat 5 biji buah bacang bertindihan dengan buku-buku tabikanya. Dada saya ini mula terasa berat, ada air yang mula bertakung dikelopaknya.

"Cikgu ambillah plastik, rumah Mariam tak ada plastik sebab tu mak bungkus dengan kertas. Tapi koyak pulak," katanya lincah sambil sebiji demi sebiji buah bacang dikeluarkannya dari dalam beg sekolah. Gelak tawa kawan-kawannya mula kedengaran namun Mariam masih
tersenyum lalu matanya merenung saya dengan pandangan yang cukup sayu.

"Cikgu...cikgu tak suka buah bacang ke?," tanya anak kecil itu bila melihat saya merenung wajahnya dan 5 biji buah bacang yang bergulingan di atas meja. Saya cuba tahan airmata supaya tidak mengalir. Terlalu sebak rasanya.
"Takkkk..cikgu...cikgu suka sangat. Balik nanti cikgu buat sambal belacan ya," kata saya, perlahan. Suara saya bagai tersekat di kerongkong. Dapat saya lihat anak kecil itu mengukir senyum. Saya peluk tubuhnya yang masih bermandikan peluh. Tidak dapat saya gambarkan bagaimana anak kecil itu membawa 5 biji buah bacang sambil berjalan kaki sejauh 2 kilometer. Saya kucup pipinya beberapa kali lalu tidak henti-henti ucapan terima kasih saya bisikkan ke telinga Mariam.

"Bagitau mak...cikgu suka buah bacang. Terima kasih, ya," ucap saya lagi. Anak kecil itu mengangguk.
"Tengok, Mariam pun bagi hadiah kat cikgu jugak," katanya kepada kawan-kawan sambil tersenyum riang.
"Eleh...buah bacang bukan hadiah. Orang bagi hadiah kena bungkus lawa-lawa, bukan dengan kertas koyak." kata seorang anak murid yang masih tidak mengerti nilai sebuah hadiah yang sebenar-benarnya.
"Tak apa...semua hadiah cikgu suka. Balut lawa atau tidak semuanya sama. Cikgu sayang semua anak-anak murid cikgu," saya ucapkan kata-kata itu agar hati dan perasaan anak sekecil Mariam tidak terguris. Dapat saya lihat Mariam sekali lagi ketawa lalu bertepuk suka.

Beberapa titis airmata yang sejak tadi saya tahan, akhirnya tumpah dipipi.Cepat-cepat saya mengesatnya bimbang anak-anak kecil yang suci dan bersihitu perasan kerana mereka belum dapat menyelami perasaan seorang insan yang bergelar guru. Buah bacang pemberian Mariam itu saya bawa pulang dengan perasaan bangga bercampur hiba.
Walaupun ia hanya 5 biji bacang, tapi hadiah itu amat istimewa. Wajah Mariam,! bajunya yang dibasahi peluh dan senyumannya yang ikhlas bermain-main diruang mata saya.
Tengah hari itu sambal belacan buah bacang menjadi santapan kami sekeluarga dan semasa menelannya, beberapa titis airmata ini tumpah lagi ke pipi. Terima kasih Mariam. 5 biji bacang itu merupakan hadiah paling bermakna buat cikgu dan cikgu tidak akan lupakan sampai bila-bila.

Cikgu Rokiah - Kulim, Kedah.

Yang indah di mata 4

Yang indah di mata merupakan keindahan yang dapat kita kongsi bersama :



MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

MASJID JAMEK KG. SUNGAI PADANG,

PAPAR, SABAH.

12 RABIULAWAL 1429


SELEPAS SOLAT MAGHRIB


19 MAC, 2008 (RABU)




Tuan Imam Masjid Jamek Kg. Sg. Padang
mengetuai bacaan yasin dan tahlil.






Bacaan doa oleh Ustaz Yaakub


Penceramah undangan
Ustaz Nurazamudin Umar










Sebahagian jemaah yang hadir.










ESOK...

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL KEPADA SEMUA UMAT ISLAM.



3.13.2008

Yang indah di mata 3

Yang indah di mata merupakan keindahan yang dapat kita kongsi bersama :


Kubah Masjid Jamek Kg. Sg. Padang, Papar



Jemaah sedang berbual selepas solat Asar




Salah sebuah rumah di Kg. Sungai Padang, Papar




Masjid Jamek Kg. Sg. Padang, Papar




Sebagai pencuci mata

HASIL KERJA ANAKKU ALONG WANI (FOLIO SASTERA)







BAHASA MELAYU


TAJUK:


FOLIO SASTERA

GEMA MENGGEGAR KOTA





DISEDIAKAN OLEH:

NUR SYAFAWANI BTE MAT SYET

TINGKATAN 1 AMANAH.

SMK TAKIS


NAMA GURU:

EN JAPRI BIN DAIT




Pendahuluan.



Terima kasih kepada cikgu.

kerana memberi saya beberapa .
hari untuk menyiapkan folio cerpen.

dengan sedaya upaya saya yang boleh.

Dan saya bersyukur kepada .
Yang Maha Esa.

kerana memberi saya kekuatan dan semangat.

Saya juga berharap cikgu akan menghargai.

Selain itu juga , saya dapat.
banyak faedah semasa membuat kerja ini dan pengalaman baru.



Disediakan oleh ;.

Nur Syafawani bte Mat Syet.

Tingkatan 1Amanah.

SMK TAKIS.


ISI KANDUNGAN M/SURAT
PENDAHULUAN i PENGENALAN CERPEN ii
TEMA 1
PERSOALAN 1
WATAK 1-2
PERWATAKAN 1-2
GAYA BAHASA 2
LATAR 2
PLOT 2-3
NILAI DAN PENGAJARAN 3
KESIMPULAN 3
BIODATA PENGARANG 4



PENGENALAN CERPEN

GEMA MENGGEGAR KOTA

CERPEN INI MENGANGKAT PERSOALAN RASA PRIHATIN DAN BERTANGGUNGJAWAB PELAJAR SERTA GAMBARAN SIKAP TENANG DAN BIJAKSANA SEWAKTU BERHADAPAN OBJEK YANG BERBAHAYA.CERPEN YANG BERLATARKAN UNSUR SEJARAH INI DIGABUNGKAN DENGAN GERAK REKREASI DI KALANGAN PELAJAR UNTUK MENGISI MASA LAPANG DENGAN AKTIVITI BERFAEDAH.




Cerpen Gema Menggegar Kota ditulis oleh : Timah Baba

Tema
Sekumpulan pelajar yang bekerjasama dan bersatu padu dalam apapun masalah

Persoalan
Ke mana pelajar – pelajar pergi
Ada apa mereka ada di Bukit Supai
Apa yang cikgu Zaidah cerita tentang sejarah
Kenapa Rasyid mahu pulang Apakah benda yang dijumpai oleh sekumpulan
pelajar di pantai

Sinopsis
Cerpen ini mengisahkan tentang sekumpulan pelajar yang telah membuat lawatan ke Bukit Supai untuk mengetahui sejarah tentang perjanjian yang telah dibuat antara Belanda dengan Bugis.Mereka diiringi oleh guru mereka iaitu cikgu Zaidah.Setelah sampai dan membuat catatan di situ, mereka pun berehat dan memakan bekalan yang di bawa dari rumah masing-masing.Malangnya, Rasyid terpaksa berkongsi makanan dengan rakan-rakannya kerana bekalnya terjatuh.Selepas makan,Rasyid,Salha dan Rahim bersiar-siar di tepi pantai.Tiba-tiba,Rasyid terjatuh di atas pasir.Salha berasa cemas lalu bertanya kepada Rasyid mengapa terjatuh.Rasyid memuncungkan bibirnya ke arah satu benda hitam yang tersembul dari dalam pasir.Rahim pun mengorek pasir di sekeliling benda hitam yang disangkanya besi buruk.Tiba-tiba dia terperanjat kerana benda hitam itu seperti ekor bom.Mereka pun melaporkan hal itu kepada cikgu Zaidah.Cikgu Zaidah terus menyuruh rahim melaporkan hal itu ke balai polis yang terdekat.Petang itu,satu pasukan tiga orang pakar bom telah diterbangkan dari ibu kota ke tempat itu.Dan,sebelum matahari terbenam,satu letupan bergema menggegarkan sekitar kota Bukit Supai.

Watak
Rasyid
Perwatakan
Suka berjenaka
Kuat makan
Seorang yang terburu-buru

Watak dan Perwatakan
Cikgu Zaidah
Mengambil berat
Suka memuji

Watak dan Perwatakan
Rahim
Suka berjenaka
Mengambil berat terhadap kawan

Gaya bahasa
Bahasa jenaka
Bahasa isyarat

Tempat

Bukit Supai
- tempat rombongan
- tempat mereka berehat
Tepi pantai
- pelajar bersiar-siar
- terjumpa bom

Masa
Pagi
- pergi rombongan
Tengahari
- berehat untuk makan
Petang
- bersiar-siar di pantai
- terjumpa bom
- pasukan pakar bom datang
- pulang ke rumah

Masyarakat
- pelajar
- penduduk kampung
- polis
- pakar bom

Permulaan
- 15 orang pelajar serta seorang guru pergi rombongan ke Bukit Supai
- Cikgu Zaidah ceritakan tentang sejarah

Pertengahan
- Pelajar dan guru berehat dan makan bekalan yang
dibawa dari rumah masing-masing
- Malangnya , bekalan Rasyid tertumpah dan dia
berkongsi makan dengan rakan-rakannya

Pengakhiran
- Selepas makan , pelajar bersiar-siar di pantai
- Rasyid terjatuh di atas pasir
- Mereka terjumpa bom
- Melaporkan hal itu kepada cikgu Zaidah dan balai polis
- Pasukan pakar bom datang
- Satu letupan bergema menggegarkan sekitar kota.

Nilai dan pengajaran
Berhati-hati
- terjumpa bom
Terburu-buru
- bungkusan bekal yang dibawa Rasyid pecah , isinya berselerak di tanah
Baik hati
- 15 orang pelajar memberi makanan kepada Rasyid


Kesimpulan
Kita harus berhati-hati dan tidak main-main dengan sebarang peralatan dan benda merbahaya.Seperti sekumpulan pelajar terjumpa sebuah bom selepas Rasyid terjatuh.

BIODATA PENGARANG

TIMAH BABA

Tarikh Lahir: 22 Ogos, 1947
Tempat Lahir: Kg Tengah , Kuala Sungai Baru , Melaka

Beliau memperoleh pendidikan sehingga peringkat SPM , di Melaka dan pendidikan latihan guru di Maktab Perguruan Perempuan Melayu , Melaka . Pernah mengajar di Pahang , Melaka dan Selangor. Kini menetap di Bandar Baru Bangi , Selangor. Beliau pernah menulis cerpen , puisi dan skrip drama radio . Karyanya telah diterbitkan .Antaranya cerpen dan cerita rakyat :

1. Matanya masih di pintu -1992
2. Senyumanmu kubawa pulang – 1992
3. Pemburu – 1997
4. Batu belah batu bertangkup – 1997
5. Si Tenggang - 1997

3.04.2008

Cerita tentang PRU12

Malam ni hujan lebat dari tengahari tadi. Balik je dari kerja, selepas ambil anak di SMK Takis, aku pun buatlah apa yang patut. Selepas isyak, aku pun bukalah laptop dan masuklah ke laman-laman web politik. Macam-macam cerita yang aku baca. Sebenarnya aku dah lama tak tengok berita di tv, dari hari penamaan calon hingga hari ini. Bukan apa, naik bosan tengok semua berita tentang PRU12. Wartawan kat Malaysia ni dah macam tak ada kerja lain. Asyik-asyik muka-muka tu je yang keluar tv. Dah naik muak aku tengok muka dia orang. Cari-carilah muka orang lain ke. Barulah sedap mata memandang.


Buat kekawan aku kat Benut macam abang Sukor, ajip dan wak aji selamat berkempen. Buat yang lelain man dan lan kat pontian, imah dan sidah kat Kulai, ani dan pinah kat BP, ros kat KL aku nak ucapkan selamat mengundi pada 8hb. ni. Buat pilihan yang tepat.



Powered By Blogger