SURAH AL'ASR -

SURAH  AL'ASR -

2.24.2008

PEMBIAKAN DAN PENGURUSAN TANAMAN










DEFINISI PEMBIAKAN

Proses memanjangkan kewujudan sesuatu spesis tumbuhan

Dua cara utama tumbuhan membiak:

a)Pembiakan secara seks
b)Pembiakan secara aseks

Pembiakan secara seks = biji benih
Pembiakan secara aseks = keratan, tut, cantuman dan pembiakan mikro


PENGURUSAN TANAMAN

Meliputi pengendalian proses dari awal iaitu penyediaan kawasan sehingga akhir penanaman/harvesting/jualan.

Pengurusan tanaman yang cekap dapat menambahkan hasil ladang dan memberikan keuntungan.


ANTARA PERKARA YANG DIPERLUKAN DALAM PENGURUSAN


TANAMAN ADALAH:

a) Menggunakan segala input secara optimum
b) Melakukan kerja mengikut jadual terancang
c) Menyimpan rekod
d) Menanam pada jarak yang sesuai
e) Menggunakan varieti tanaman yang baru
f) Melakukan pembajaan dengan betul
g) Mengawal perosak dan penyakit
h) Mengawal rumpai
i) Mengadakan sistem pengairan dan saliran

Penyenggaaraan tanaman penting bagi memastikan tumbuhan yang ditanam dapat hidup dengan sempurna.
Antara aktiviti yang terlibat adalah:
- Penyediaan sungkupan dan naungan
- Penyiraman
- Pengawalan rumpai
- Pembajaan
- Pengawalan perosak dan penyakit
- Pemangkasan
- Penyulaman
- Penjarangan
- Kerja-kerja penyelenggaran lain seperti memancang.



KEPENTINGAN PEMBIAKAN TANAMAN

1. Memastikan pokok-pokok atau spesis-spesis tertentu
terus wujud.
2. Menggandakan kewujudan sesuatu spesis tumbuhan
3. Mengenal pasti kaedah terbaik untuk membiak
tumbuhan
4. Penghasilan baka baru


KEPENTINGAN PENGURUSAN TANAMAN

1. Memastikan tumbuhan berada dalam keadaan sempurna
2. Memberikan hasil pulangnan yang menguntungkan
3. Mengurangkan kos perbelanjaan
4. Menggelakkan serangan perosak dan penyakit
5. Meningkatkan kecekapan ladang.


PEMBIAKAN SECARA SEKS

Proses pembiakan yang melibatkan persenyawaan di antara gamet jantan dengan gamet betina untuk membentuk zigot.

Tiga peringkat pembiakan seks.

a) Aruhan dan pembentukan bunga

- Berlaku selepas tumbuhan mencapai peringkat dewasa
- Ia dipengaruhi oleh rangsangan dari luar seperti perubahan
suhu tumbuhan
ataupun perubahan jangka masa siang
- Rangsangan ini akan menyebabkan tisu tumbuhan
menghasilkan tisu baru dan aktif membentuk bahagian-
bahagian tampang seperti pucuk. Bahagian tisu ini disebut
meristem dan akan membentuk bahagian-bahagian lain
bunga.

b) Pendebungaan

- Proses pemindahan debunga yang matang dari bahagian anter
ke bahagian permukaan stigma yang telah matang
- Proses ini dibantu oleh agen pendebungaan seperti serangga,
angin dan manusia (pendebungaan bantu)
- Debunga melekat pada permukaan stigma kemudian akan
mengeluarkan tiub bahagian ovul bunga. Gamet jantan
daripada debunga kemudiannya akan turun menerusi tiub
debunga sehingga bertemu dengan gamet betina di dalam
ovul.

Terdapat dua jenis pendebungaan:

i) Pendebungaan Sendiri
ii) Pendebungaan Kacuk

Pendebungaan Sendiri

Pemindahan debunga dari anter ke permukaan stigma pada bunga yang sama

Pendebungaan Kacuk

Pemindahan debunga dari anter sekuntum bunga stigma sekuntum bunga yang sama (monoesius/serumah) atau berlainan (diesius/dua rumah)


c) Pembentukan Embrio

- Pembentukan embrio bermula apabila gamet jantan daripada debunga bercantum dengan gamet betina di dalam ovul melalui proses yang dipanggil persenyawaan
- Persenyawaan menghasilkan pembentukan zigot yang kemudiannya menghasilkan pembentukan embrio
- Embrio membesar di dalam ovul dan ovul bertukar menjadi biji benih.


Bahagian-Bahagian Biji Benih:

Tiga bahagian: a) embrio
b) bahagian penyimpanan makanan
c) perikarpa

a) Embrio

- Embrio mempunyai bahagian plumel dan radikel
- Plumul membentuki bahagian pucuk
- Radikel membentuk bahagian akar
- Di bahagian embrio terdapat satu atau dua kotiledon
- Kotiledon merupakan daun-daun awal tumbuhan

b) Bahagian Penyimpanan Makanan

- Digunakan oleh embrio ketika membesar
- Dikenali sebagai kotiledon atau endosperma


c) Perikarpa

- Bahagian kulit biji yang terbentuk daripada dua atau
lebih lapisan.
- Lapisan luar keras, kering dan tebal
- Lapisan dalam nipis dan lutsinar
- Memberi perlindungan kepada biji benih.

Sumber-Sumber Biji Benih

- Kawasan hutan
- Kawasan taman
- Kilang memproses buahan-buahan
- Beli di kedai

Panduan Mengutip Biji Benih

- Biji benih cukup matang
- Bebas daripada tanda penyakit dan perosak
- Tidak mempunyai sebarang kecacatan
- Pastikan sepsis yang diperlukan

Rawatan Biji Benih

Tujuan: menggelakkan serangan serangga dan kulat sewaktu penyimpanan dan
mengatasi masalah kedormanan yang wujud pada setengah-setengah
biji benih.

A) Rawatan Biji Benih Semasa Disimpan

- Dapat memanjangkan hayat biji benih



Langkah-langkah rawatan:

a) biji benih dibersihkan
b) jemur selama 2-3 hari sehingga kering
c) digaul dengan racun kulat Thiram. Captan dan Benlate
d) Disimpan dalam botol, balang kedap udara
e) Disimpan di tempat sejuk dan kering 3 – 5 darjah Celcius

B) Rawatan Biji Benih Untuk Mengatasi Masalah
Kedormanan

- Keadaan apabila biji benih tidak bercambah dalam keadaan biasa. Ia merupakan satu mekanisma yang terdapat pada biji benih bagi mengelakkan biji benih bercambah sekiranya tidak wujud faktor-faktor persekitaran yang unik untuk sesuatu habitat.

Sebab-sebab kedormanan wujud

a) kulit biji benih terlalu keras dan tebal
b) embrio belum cukup membesar
c) mekanisma kawalan dalam biji benih

Cara mengatasi kedormanan

a) Mengikis kulit luar

- gunakan kertas pasir, kikir,
- meretakkan dengan tukul
- menggunakan mesin pembancuh simen bersama pasir
dan kerikil.


b) Merendam dalam air

Dapat melarutkan kimia perencat
- kaedah merendam air panas (77 - 100 darjah farenheit)
beberapa minit. Dibiarkan sejuk. Air biasa 1 – 2 jam
- Merendam dalam asid( Bagi kulit yang terlampau
Keras,

c) Melembabkan biji benih pada suhu yang rendah

- ia dikenali sebagai pelintapan untuk merangsang perubahan dari segi fisiologi.

- Hanya untuk benih yang memerlukan suhu rendah untuk
bercambah sahaja

Kaedah:

i) Rendam dalam air biasa 12 – 24 jam dan kemudiannya
digul dalam medium lembab seperti habuk papan reput.
(1 bahagian benih dan 3 bahagian medium)

ii) Campuran Diletak di tempat sejuk, lembap dan mempunyai
pengudaraan baik. Suhu antara 2 – 7 darjah Celcius selama
1 hingga empat tahun.


Tiada ulasan:

Powered By Blogger