SURAH AL'ASR -

SURAH  AL'ASR -

4.11.2009

PERCAMBAHAN

Percambahan hanya akan berlaku jika ada air, oksigen, cahaya (bagi sesetengah biji benih) dan juga suhu yang sesuai.

Dua jenis percambahan:

(a) Epigeal
(b) Hipogeal


EPIGEAL

Hipokotil akan memanjang, membengkok dan terus menarik serta melepaskan kotiledon yang melindungi plimul ke bahagian atas permukaan tanah.

Kotiledon terbuka untuk mendedahkan plumul yang seterusnya tumbuh membesar menjadi bahagian pucuk

Kotiledon mampu melakukan fotosintesis pada peringkat awal untuk digunakan dalam pertumbuhan bahagian pucuk

Akhirnya kotiledon akan mengecut dan gugur.


HIPOGEAL

Bahagian hipokotil tidak memanjang sebaliknya bahagian epikotil yang memanjang dan menembusi tanah dan membawa bahagian plumul ke atas permukaan tanah.

Bagaimanapun terdapat beberapa jenis monocot jenis epikotil tidak memanjang.



Dalam kebanyakan jenis hypogeal, bahagian kotiledon tetap berada di bawah permukaan tanah.

Koleoptil ialah selaput sementara untuk melindungi bahagian plumal semasa menembusi permukaan tanah.

Banyak terdapat dalam biji benih monokotiledon dan sebilangan dari jenis dikotiledon.


STRUKTUR BIJI BENIH

Persenyawaan di antara ovum dan debunga akan menyebabkan bahagian ovari menjadi buah, manakala ovul menjadi biji benih.

Pada amnya, biji benih terdiri daripada 3 bahagian utama iaitu:

· Embrio
· Tisu penyimpanan
· Kulit biji


Embrio

Terdiri daripada paksi embrio dan kotiledon. Bagaimanapun tidak semua biji benih mempunyai embrio yang lengkap khususnya jenis monokotiledon seperti padi dan jagung. Kotiledonya tidak sempurna dikenali sebagai skutelum.

Biji benih yang mempunyai kotiledon lengkap pula mempunyai bilangan kotiledon yang berbeza sama ada 1, 2 atau banyak seperti pokok pinus.



Embrio lengkap adalah terdapat pada pokok jenis kekacang seperti kacang panjang dan kacang buncis.

Paksi embrio terdiri daripada dua bahagian penting iaitu Plumul dan Radikel

Hipokotil ialah bahagian yang menyambung plumul dan radikel dan tempat terlekatnya kotiledon pada biji benih berkenaan.

Biji benih bijirin seperti padi dan jagung, plumulnya ditutupi sarung jernih disebut koleoptil dan radikel pula ditutupi selaput dipanggil koleoriza.

Plumul akan tumbuh menjadi daun pertama, manakala radikel akan menjadi bahagian akar.


TISU PENYIMPANAN

Terdapat tiga jenis tisu penyimpanan

· Endosperma (paling biasa didapati)
· Perisperma
· Gametofit

Endosperma sempurna terdapat dalam biji benih jenis monokotiledon seperti padi dan jagung.
Bagi biji benih jenis dikotiledon endospermanya kecil dan tidak penting dan fungsi endosperma ini diambil alih oleh kotiledon.

Endosperma biji benih monokotiledon terdiri daripada sel-sel mati kecuali lapisan luarnya disebut lapisan Aleuron. Lapisan ini mengandungi granul protein.

Endosperma dikotiledon biasanya terdiri sel hidup

Biji benih kopi pula terdiri daripada tisu penyimpanan dipanggil perisperma yang berasal daripada tisu nuselus yang terdapat dalam ovul.

Tisu penyimpanan pinus pula disebut megagametofit.

Tisu penyimpanan boleh terdiri daripada satu jenis tisu sahaja atau campuran beberapa jenis tisu berlainan (misalnya campuran endosperma dengan kotiledon dan endosperma dengnan perisperma).

Tisu penyimpanan merupakan bahagian penting membekalkan makanan kepada bahagian embrio yang akan membesar menjadi anak benih.

Bahan simpanan terdiri daripada karbohidrat, lemak, minyak serta protein.


KULIT BIJI

Kulit biji berasal daripada bahagian ovul disebut testa

Bagaimanapun, biji jagung, padi serta oat, kulit biji berasal dari dinding ovari disebut perikarpa yang berasal daripada dinding ovari.

Tempat melekat biji dengan biji tangkai yang terdapat pada kulit disebut hilum.

Fungsi kulit adalah melindungi embrio terdedah kepada persekitaran dan kerosakan.


Kulit biji diselaputi sejenis bahan seperti lilin, lemak, lignin dan suberin. Bahan ini dapat melindungi biji daripada pergerakan gas, air dan mikroorganisma masuk ke dalam biji benih dan menghalang biji benih bercambah pada masa yang tidak sesuai

Tiada ulasan:

Powered By Blogger