SURAH AL'ASR -

SURAH  AL'ASR -

11.21.2013

Sajak buat engkau ...

bila kau bercakap di depan ramai
kau kata kaulah sahaja yang terhebat
bila kau berkata di depan pendengar setiamu
kau kata kaulah yang terbaik
bila kau merancang sesuatu
kau kata itulah yang dunia mahu
bila ada orang bantah
maka kau kata pemnbantah itu tidak suka kemajuan
tidak ada pandangan masa depan
hakikatnya
apa yang engkau cakap
apa yang engkau rancang
apa yang engkau war-warkan
hanyalah
indah kabar dari rupa
tak boleh diguna pakai
macam tong kosong
hakikatnya
kau memang
kaki penipu dan kaki kelentong
cakap tak serupa bikin...

8.15 pm/21 november 2013/papar 


 

Tiada ulasan:

Powered By Blogger