di sudut meja itu...
aku duduk sambil memesan
segelas kopi o
dan juga sekeping roti bakar
di sudut meja itu...
aku memerhatikan
manusia yang keluar masuk
dengan pelbagai ragam dan gaya
di sudut meja itu...
aku merenung sepasang mata
yang datang ke mejaku
sambil menunjukkan
jualan ikan masin
di sudut meja itu...
aku memerhatikannya
berjalan dari meja ke meja
sambil merayu kepada pelanggan yang sedang makan
tanpa menghiraukan rasa malu
dia terus berjalan
dan merayu
agar jualannya dibeli
dari sudut meja itu
aku memerhatikan
dia keluar dari kedai ini
dengan langkah lesu
mungkin memikirkan rezekinya
belum ada lagi...
papar
1 muharram 1435/5 jun 2013
aku duduk sambil memesan
segelas kopi o
dan juga sekeping roti bakar
di sudut meja itu...
aku memerhatikan
manusia yang keluar masuk
dengan pelbagai ragam dan gaya
di sudut meja itu...
aku merenung sepasang mata
yang datang ke mejaku
sambil menunjukkan
jualan ikan masin
di sudut meja itu...
aku memerhatikannya
berjalan dari meja ke meja
sambil merayu kepada pelanggan yang sedang makan
tanpa menghiraukan rasa malu
dia terus berjalan
dan merayu
agar jualannya dibeli
dari sudut meja itu
aku memerhatikan
dia keluar dari kedai ini
dengan langkah lesu
mungkin memikirkan rezekinya
belum ada lagi...
papar
1 muharram 1435/5 jun 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan