SURAH AL'ASR -

SURAH  AL'ASR -

12.26.2008

KEHIJAUAN ALAM...

Sebenarnya pagi ni aku tengah marah coz broadband aku lembab giler dah dua hari. Aku dah report tapi bila dia jawab dua perkara yang akan ditanya check akaun, kedua akan buat laporan. rasanya macam aku nak tukar lain je. sabar ... hampeh betul dia orang ni. Nasib baik line tmnet au masih aktif. jadi aku gunalah. dail up lebih laju dari broadband tak ke haru beb... ok nak sejukkan hati tengok benda-benda yang indah... hargailah kehijauan dan keindahannya.










12.25.2008

Nilailah sendiri...

Gambar ni diambil semasa perjalanan balik ke Taman Kempas Indah semasa cuti sekolah ni. Apa yang menarik bebudak ni sepatutnya duduk kat rumah. Tapi mereka melilau kat trafik light di LHDN/Plaza Angsana JB. Di manakah pengawasan ibubapa semasa cuti sekolah... Nilailah sendiri gambar ini...

10.25.2008

TANAMAN SAYURAN SISTEM HIDROPONIK

HIDROPONIK.

DEFINISI:

Secara am ialah sains menanam pokok tanpa tanah dengan hanya memberi unsur-unsur makanan dan mineral dalam larutan air.

HIDROPONIK diambil dari perkataan Yunani ‘HUDOR’ bererti air, ‘PONOS’
bererti kerja. Apabila disatukan perkataan ini ia membawa maksud “kerja air”.


SEJARAH HIDROPONIK.

Eksperimen pertama bermula tahub 1699 oleh John Woodward,
seorang Fellow dari Royal Society, England.Ia berjaya menanam pokok
dalam air yang telah ditambah berbagai jenis tanah.Beliau ingin memastikan
sama ada air atau tanah yang diperlukan untuk tumbesaran pokok.
Penyelidikan oleh dua saintis Jerman Julius Von Sachs (1860)
ahli botani dan W. Knop (1861-1865) ahli kimia pertanian adalah amat
penting.Ia dianggap suatu permulaan sebenar sains hidroponik.Dalan tahun
1860-an mereka mencipta cecair mengandungi nutrien yang diperlukan
untuk tumbesaran pokok berupaya menjadi dewasa dalam cecair tersebut


KEBAIKAN SISTEM HIDROPONIK.

• Bersih dari kekotoran yang biasa dikaitkan dengan tanah dan selamat
dimakan.
• Cara pengambilan baja oleh tumbuhan lebih cekap kerana baja diserap melalui larutan.
• Serangan perosak dan penyakit kurang dibandingkan dengan tanah yang menjadi pelindung
organisasi merbahaya.
• Sistem ini tidak perlu penyelenggaraan rapi.
• Hasil diperolehi dengan cepat dan lebih banyak serta berkualiti
tinggi.
• Tumbuhan lebih ringan dan mudah alih.Keupayaan ini penting untuk
penanaman dalam bangunan yang selalu di ubah kedudukannya.
• Tumbuhan tidak perlu disiram.
• Tumbuhan boleh ditanam dalam berbagai jenis bekas yang menarik.
• Tumbuhan boleh ditanam di kawasan yang tiada tanah atau tidak
subur, berbatu, berpasir atau tidak mempunyai saliran yang baik.
• Pengawalan rumpai tidak perlu dilakukan.
• Pencemaran alam dari racun-racun dapat dielekkan.
• Hasil pengeluaran adalah seragam.


KEBURUKAN HIDROPONIK.
• Kos pembinaan memerlukan modal yang lebih dari penenaman biasa.
• Dari segi teknikal, pengetahuan mendalam perlu terutama dalam
pengurusan nutrien.
• Jika sistem yang menggunakan pam untuk menjalankan saliran air,
tenaga elektrik diperlukan.Dalam keadaan bekalan terputus atau
sistem rosak lebih dari masa yang ditentukan pokok akan mati.
• Dari segi jenis tanaman, sayuran berakar panjang atau berubi tidak
sesuai seperti lobak, ubi kentang dan ubu keladi.


STRUKTUR PEMBINAAN HIDROPONIK.
Komponen asas yang perlu disediakan untuk kaedah hidroponik adalah
seperti berikut:-
• Bekas Takungan
• Medium
• Larutan Zat
• Air
• Alatan Khas

BEKAS TAKUNGAN.
• Takung ialah suatu bekas di mana larutan disimpan atau tempat medium
diisi.
• Takung boleg dibuat daripada konkrit, papan atau boleh dibeli siap seperti
plastik atau fiberglass.
• Bentuk dan saiz takung ikut keperluan sendiri.
• Elak guna takung diperbuat dari zink, tembaga, besi atau keluli.
• Bahan yang sesuai ialah plastik, tembikar, kaca, konkrit dan fiberglass.
• Bahan yang lutsinar perlu dicat untuk mengelakkan pertumbuhan alga.


MEDIUM.
• Medium ialah bahan untuk menyokong pokok dan sebagai tapak untuk
menyemai biji benih.
Bahan-bahan yang sesuai mempunyai ciri-ciri berikut:-
a.Bahan bukan organan atau tidak mudah reput.
b.Berupaya menahan kelembapan.
c.Mempunyai saliran yang baik.
d.Mempunyai ruang rongga untuk pengudaraan.
e.Tidak mengeluarkan bahan beracun.
f.Senang untuk dicuci.


LARUTAN ZAT.
Larutan zat ( nutrien ) mengandungi makanan seimbang untuk tanaman.
Tanaman memerlukan unsur nutrien untuk hidup.Unsur-unsur yang
diperlukan ialah:-
• NITROGEN - Pembentukan daun dan batang.
• FOSFORUS - Pembentukan bunga, buah dan akar, cepat matang dan
menguatkan tangkai tanaman.
• KALIUM - Mempercepatkan tumbesaran tisu, mengawal pergerakan
stoma, tahan penyakit dan menambah kebernasan.
• KALSIUM - Tumbesaran pucuk dan akar, juga bantu proses menyerap
unsur Magnesium.
• MAGNESIUM - Satu komponen klorofil.Aktif dalam proses penyebaran
Fosforus dalam tumbuhan.
• SULFUR - Pengeluaran tenaga dan pembentukan protien.
• FERUM - Pembentukan klorofil.
• MANGANUM - Membantu penyerapan Nitrogen.
• ZINK - Komponen yang diperlukan dalam proses pemindahan
tenaga.
• BORON - Perlu, tetapi proses khusus belum ditemui.
• KUPRUM - Pembentukan Klorofil.


AIR.
Sumber air yang bersih adalah penting dalam penanaman hidroponik.
Kandungan klorin dalam air paip perlu diberi perhatian.Jika kandungan
klorin tinggi biarkan air disinari cahaya matahari beberapa waktu dan ia
akan hilang atau boleh diuji dengan kimia Ortho-Tolidine

ALATAN KHAS ( OPSIONAl )
Alatan yang diperlukan ialah:-
a.Pam Air - untuk menentukan peredaran larutan zat sekata
- pengudaraan lebih berkesan.
- mengawal suhu larutan.
b.Pam Udara – membantu menambah kandungan oksigen dalam larutan.
c.Penyukat Jangka ( timer ) – mengawal waktu perjalanan pam air.


PENGURUSAN HIDROPONIK DAN TANAMAN.
Persediaan Sebelum Menanam:-
1.Pembersihan
- semua peralatan mesti dicuci untuk menghilangkan bekas-bekas akar
atau kotoran.
2.Sterilisasi
- semua peralatan perlu disterilisasi untuk menghapuskan organisma
yang mengakibatkan serangan penyakit.
3.Menanam
- a. Semaian Terus
- b. Biji benih dipracambah
4.Pemilihan Anak Benih
5.Persediaan Baja.

10.23.2008

ISU-ISU SEMASA DI MALAYSIA...




Sejak akhir-akhir ini, banyak isu-isu semasa terhidang baik di tv ataupun di dada-dada akhbar. Kadangkala bila membacanya naik takut juga rasanya dengan kemungkinan-kemunkinan yang ada. Sejak dari PRU 12 hinggalah sekarang, tak habis-habis negara tercinta dilanda dengan pelbagai isu. Hinggakan kadangkala boleh mengundang pelbagai spekulasi dan kontroversi. Sebagai rakyat marhaen, aku tak nak komen lebih-lebih. Tetapi aku perlu ambil tahu serba sedikit mengenai isu-isu tersebut.


Apa yang penting sekarang bagaimana aku nak survive untuk hidup. Aku masih menunggu pengumuman baik dari pak menteri tentang penurunan harga barang yang bakal diumumkan esok (kalau aku tak silap). Minyak petrol tak turun lagi ke? Harga dah bi bawah USD80. Tak kan nak rakyat nak bagi subsidi pula kat kerajaan. Dengo kata pak menteri Malaysia ekonomi Malaysia ok. Jadi kalau ok, bila lagi... turunkan lagi harga minyak tu... bukan je harga minyak, beras, susu bebudak dan macam-macam lagilah. Jangan cakap je... Maaflah kalau terlepas tulis.


Lagi satu tentang penyatuan Melayu kat Malaysia ni. Banyak dah seminar, kolokium dan ntah apa-apa lagi yang telah dianjurkan oleh badan-badan NGO atau kerajaan. Dan yang terbaru malam tadi aku tengok kat tv ada ntah seminar apa. OKlah tu... berseminarlah kita bersama-sama, carilah pelbagai formula dan cara untuk menyatukan Melayu... Agar Melayu akan terus gah di mata dunia... Apa yang penting kat sini macamana Melayu nak survive untuk hidup dalam keadaan ekonomi yang kata pak menteri tu ok.


Satu lagi isu yang terbaru kes dua student perempuan Melayu UPM yang dihalau dari kolej kediaman. Bebudak tu pulak antara student yang pandai beb. Satu lagi isu yang sensasi beb... tapi apa-apa pun lu pikirlah sendiri macamana nak hidup sekarang ni...


Satu lagi isu ialah melamine dalam susu bebudak. Anak aku dah tiga tahun. Jadi takut juga aku bila kata ada malamine dalam susu. Jadi kena berhati-hatilah untuk memilih susu untuk anak beb...


oklah aku ada keje nak buat lagi... adios...

10.02.2008

RAYA KEDUA...

Hari ni, raya kedua. Letih jugalah. Semalam seharian di rumah menyambut kedatangan family wife aku. Kalau kau orang nak tengok uniknya sambutan raya datanglah ke Sabah. Muhibbah di kalangan mereka memang cukup tinggi. Bukannya nak memuji tapi itulah realitinya. Kalau kau orang tak caya, datanglah ke sini. Banyak tiket murah bang. Buat kawan aku yang sorang kat Yong Peng tu (mengajar kat Chaah), sedarlah yang wife kau tu asalnya dari Sabah. Jangan lupakan asal-usul wife kau tu, kesian dia beb. Buanglah sifat hipokrit kau tu.
Dalam kesibukan sempat juga aku menjengah rumah dua kawan sekampung aku. Seorang tu aku selalu jumpa kat Papar. SELAMAT HARI RAYA BUAT CHIEF INSP. MOHD FAUZI SAHAT (IPD PAPAR). Sorang lagi dah hampir 25 tahun aku tak jumpa. Walaupun sekampung, tapi kalau nak jumpa memang payah disebabkan masing-masing sibuk dengan tugas dan family.
juga ucapan, SELAMAT HARI RAYA BUAT USTAZ ROSMAT RABU (UiTM KOTA KINABALU).
Buat kekawan walau kat mana pun, aku nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. Maaf zahir dan batin. adios...

9.28.2008

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI



MAAF ZAHIR DAN BATIN

Salam aidil fitri buat semua rakan dan family di mana sahaja kalian berada. Semoga aidil fitri yang bakal menjelang tak lama lagi akan menjadikan kita semua tabah dan sabar dalam menghadapi apa jua rintangan dan cabaran. Sekiranya selama ini ada yang tersalah dan tersilap kemaafan jua yang dipinta. Jika ada yang termakan dan terminum harap dapat dihalalkan.



SALAM AIDIL FITRI DARI KAMI SEKELUARGA
PAPAR, SABAH.


9.22.2008

Salam

Semalam aku dapat sms dari Cikgu Nazri di Simpang Renggam. Tahniah aku ucapkan kerana dapat sambung KDP 14 mingu. Moga tabah menghadapi cabaran semasa belajar.

Untuk Ajeep, tahniah kerana dapat DG41. Harap-harap makin rajin bekerja.

ok... adios

9.14.2008

Salam Ramadhan...


Hari ni dah 14 hari berpuasa. Tak terlambat aku nak ucapkan salam Ramadhan buat kekawan lama. Semoga Ramadhan ini membuatkan kita lebih tabah untuk menghadapi segala macam dugaan dalam kehidupan. Apa yang penting ialah keimanan kita dapat dipertingkatkan lagi. Buat Sukor amacam, projek Pulau Pisang dah selesai ke? Masih bisnes kat pasar Ramadhan. Aku rindu nasi beriani kaulah. Buat Ajeep, Ros kat KL, Mah kat Kulai thanks pasal masih rajin sms aku. Amacam persediaan raya tahun ni? dah settle ke? Yang lain sunyi sepi je. Aku macam biasa tengah sibuk dengan projek rumah aku kat Papar. Ingatkan sebelum raya boleh siap, tapi ak boleh juga. Kena tunggu lepas raya. Kalau rumah dah siap barulah senang hati beb... Apa-apa hal pun selamat menyambut Ramadhan buat semua. Adios...


6.29.2008

Kembali semula... harga minyak naik...

Sudah agak lama aku tak update blog aku ni... Bukan apa banyak kerja yang hendak dibuat. Lagi pulak semenjak harga mintak naik ni... macam-macam hal yang terjadi... Kesan dari kenaikan harga minyak, aku sekarang ni kenalah berjimat-cermat. Kalau dulu isi tangki RM60.00 dah penuh wira aku, la ni hampir dua kali ganda aku kena bayar. Itulah kesan penangan kenaikan minyak... Semalam aku pergi belanja dapur dengan wife dan anak-anak aku. Rasanya barang yang aku beli tu sama je tiap bulan... tak ada lebih, tapi... bila aku bayar di kaunter ... terperanjat juga kerana naik hampir 20% daripada biasa.

Kadang kala aku rasa macam nak marah... tapi tak tau nak marah kat sapa... aku tak tahulah sampai bila keadaan akan jadi begini... Bila aku fikir-fikirkan semula, tak guna aku sesakan kepala aku dengan masalah kenaikan minyak ni. Hidup aku kena diteruskan, anak-anak aku nak sekolah, makan dan pakai. Aku kena cari satu alternatif lain untuk tambah pendapatan keluarga aku...

Cuma aku nak bagitau, bahawa kesan kenaikan minyak ni membuatkan aku perlu tabah untuk menghadapi hidup. Doa aku agar mereka-mereka yang menaikan harga ni, cuba-cubalah merasa duduk di bawah ni. Rasakan bagaimana dengan naik basikal ke, atau naik motosikal... Jenguklah ke kampung-kampung dan lihat sendiri bagaimana keadaan mereka yang bertarung untuk hidup sekarang ni...

Kalau aku boleh sampaikan pendapat aku kat mana-mana... aku cuma nak bagitau kat mereka yang ada kuasa... cubalah faham akan keperitan hidup rakyat sekarang ni... Bukannya nak menyalahkan satu sama lain. Hentikan segala macam tuduh menuduh... Carilah suatu jalan penyelesaian bagaimana nak mengurangkan kadar keperitan hidup sekarang ni. kalau anda semua boleh buat kerja dengan baik dan nak tolong rakyat. Insya Allah rakyat akan memilih anda di lain kali. Tapi kalau anda semua hanya tahu bercakap sahaja tak mustahil anda akan ditolak di lain kali. Buatlah kerja demi Allah bukan kerana nak cari pangkat dan kedudukan. Dan ingatlah bahawa bila kita mati semua itu akan ditinggalkan kecuali amalan kita semasa di dunia dan doa dari anak-anak yang soleh. marilah kita semua berdoa agar harga minyak ni akan turun ke atau apa ke... kerana tidak ada kuasa yang boleh membantu kita semua kecuali ALLAH s.w.t.
amin...

5.16.2008

Selamat Hari Guru...






Tema Hari Guru 2008
Guru Cemerlang Negara Terbilang



IKRAR HARI GURU...
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjungPerlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun NegaraPada setiap masa.

Salam buat teman-teman semua...
Tak terlambat aku nak ucapkan selamat hari gur buat semua warga guru di seluruh Malaysia...Beberapa sms yang aku terima dari kekawan di Johor. Moga apa yang dipostingkan ni, boleh dijadikan panduan buat kita semua...

sms dari Tn. Hj. Nordin Suriff (wak aji) di Pontian...

Sweet things are easy to buy,
sweet words are easy to say,
but good teacher like you difficult to find...
Happy Teacher Day.

sms dari Cikgu Othman Md Lazim (seman) di SK Simpang Renggam 2 (SK Dato Onn Jaafar)..


Guru...
Dalam ajarnya ada harapan,
Dalam tegurnya ada doa,
Dalam marahnya ada sayang,
Dalam tawa ada mesranya,
Dalam diam ada bijaksana,
Dalam tangannya kita terbina,
Berbahagialah menjadi guru...
Selamat Hari Guru, Moga ceria, sukses dan dilindungiNYA...


Sebenarnya banyak lagi sms yang aku dapat dari kekawan... tapi tak dapat nak dipostingkan.
Kepada kekawan aku di seluruh Malaysia yang seprofesion dengan aku...
aku nak ucapkan "SELAMAT HARI GURU" ...
semoga kalian semua akan terus berjuang untuk mendidik anak -anak kita...
Sajak ni aku buat secara spontan...

Suara hati seorang guru...
aku tidak meminta sebuah hadiah,
aku bukan minta kurniaan dan pujian,
dan...
aku juga tidak minta diberi pingat...

apa yang aku pinta ialah,
anak-anak didikku
akan menjadi manusia yang berilmu,
dengan ilmu yang ku berikan...
Powered By Blogger