SURAH AL'ASR -

SURAH  AL'ASR -

11.20.2012

ASAS ADOBE PHOTOSHOP CS5... bahagian 1



Foto 1 (klik gambar untuk paparan lebih besar).

Adobe Photoshop...perkataan yang biasa kita dengar dari photographer atau graphic design. Apabila seseorang itu menyebut perkataan photoshopped... semua orang akan faham dengan segera sama ada foto tersebut telah diupgradekan atau dimanipulasi dengan menggunakan komputer. Saya bukanlah seorang yang pro dalam bidang ini, tetapi untuk berkongsi ilmu saya akan cuba memberikan beberapa penerangan tentang asas penggunaan adobe photoshop ini secara mudah. Sebenarnya terdapat banyak versi adobe dan setiap satunya mempunyai kelebihan yang tersendiri... Asasnya semua adalah sama cuma kita perlu memahami beberapa ikon dan layer bagi memudahkan kita menggunakan perisian ini. Bagi permulaan saya akan menerangkan tentang ikon yang terdapat pada perisian ini :

1. Perlu ada perisian adobe photoshop... jika tiada bagaimana hendak buat kerja...
2. Perlu mengetahui serba sedikit ikon yang terdapat pada paparan

Foto 2 (klik gambar untuk paparan lebih besar).
3. Perhatikan pada gambar foto 2 di atas... terdapat tiga anak panah yang telah saya labelkan.
4. Anak panah A : menunjukkan ikon-ikon asas dan perlu diketahui serba sedikit fungsi-fungsinya.
    Anak panah B  : butang untuk melukis dan megedit.
    Anak panah C  : Ikon Layer (lapisan)

Foto 3 (klik gambar untuk paparan lebih besar).
 

5. Apabila kita klik pada ikon "File" : paparan adalah seperti di atas

Foto 4 (klik gambar untuk paparan lebih besar).


6. Klik ikon " Image" : paparan adalah seperti di atas
7. Klik pada ikon seterusnya seperti bahagian A di gambar foto 2 maka anda akan dapati pelbagai paparan 
    lagi dan jangan takut untuk mencuba.


Foto 5 (klik gambar untuk paparan lebih jelas)

8. Apabila anda klik di sebelah kanan tetikus pada ikon pada anak panah B; maka paparan seperti foto 5 
    akan dipaparkan.
9. Ikon pada bahagian B digunakan bagi memudahkan mengedit gambar.


Foto 6 (klik gambar untuk paparan lebih jelas)

10. Paparan pemilihan warna yang diperlukan apabila anda klik pada warna di bahagian B.

1 ulasan:

lehfopingu berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Powered By Blogger