SURAH AL'ASR -

SURAH  AL'ASR -

12.27.2009

PERLINDUNGAN TANAMAN (BAH. 1)...

Perlindungan tanaman bermaksud memelihara, menjaga, mempertahankan dan mengekalkan kesihatan, keselamatan serta kesempurnaan fizikal tumbuhan yang memberi kepentingan kepada manusia dari pencerobohan dan ancaman musuh atau penyakit yang boleh menyebabkan kerosakan, kebinasaan, kecacatan, gangguan kesihatan, kemerosotan kualiti dan nilai atau sebarang akibat yang merugikan manusia.

Perlindungan tanaman boleh dikatakan sebagai sains pengkajian tentang aspek-aspek yang berkaitan dengan perosak dan penyakit tanaman. Kajian tentang perlindungan tanaman meliputi aspek pengenalpastian, pengurusan perosak penyakit, penilaian serangan dan penaksiran kerugian.

Kajian penyakit tanaman dikenali sebagai patalogi tanaman. Ianya meliputi kajian berbagai-bagai jenis organisma yang menyebabkan penyakit tanaman. Antara ialah virus, bakteria, kulat dan cacing nematod. Semua organisma ini dikenali sebagai patogen.

Pengurusan perosak dan penyakit merupakan satu aspek yang penting dalam perlindungan tanaman. Terdapat tiga elemen utama yang mesti ada bagi membolehkan perosak atau penyakit bertapak iaitu:

  1. perosak atau patogen
  2. tumbuhan perumah - contoh ; rumpai
  3. persekitaran yang menggalakan pertumbuhan perosak atau penyakit

Pengurusan perlindungan tanaman melibatkan empat pihak iaitu :

  1. perosak atau patogen
  2. tumbuhan perumah
  3. persekitara
  4. manusia (pengurusan tanaman)

Kesan hubungan persekitaran (ekologi) dengan manusia, tanaman dan perosak atau penyakit :
  • Perosak/penyakit : menyebabkan ancaman dan akibat yang buruk
  • Tanaman : menjadi sasarannya
  • Manusia : mengalami kerugian
  • Persekitaran : ruang antara ketiga-tiga dan kedinamikan yang merangkumi perkaitan antara ketiga-tiganya dikenali sebagai ekologi.

PEROSAK DAN PENYAKIT

DEFINISI PEROSAK

Menurut Hill dan Waller (1982) - perosak bermaksud sebarang haiwan atau tumbuhan yang boleh memudaratkan atau menyebabkan kerosakan terhadap manusia, haiwan, tanaman atau harta benda atau dengan hanya menganggu.


Horn(1988) pula menyatakan perosak ialah sebarang haiwan atau yang kepadatan populasinya melebihi suatu paras pegangan (treshold) yang diaktif secara arbitari (berlebihan). Apabila populasi berkenaan melebihi had, ianya akan menganggu kesihatan, kelegaan, keselesaan dan keuntungan manusia.


Flint dan Bocht (1981) pula menyatakan bahawa perosak ialah suatu makhluk yang mengurangi ketersediaan, kualiti atau nilai sesuatu sumber.



Berdasarkan dari ketiga-tiga pendapat tersebut, pendapat Hill dan Waller (1982) lebih keras mengenai istilah perosak berbanding dengan Horn(1988) dan Flint/Bocht(1981).


Manakala istilah perosak dari segi pertanian pula bermaksud organisma apabila kepadatan populasinya melebihi had tertentu yang diaktif secara arbitari (berlebihan) akan menyebabkan gangguan, ketidakselesaan, kemudaratan, kerosakan, pengurangan kuantiti serta kualiti dan nilai tanaman. Ini akan menyebabkan kerugian output dan akhirnya mengakibatkan kehilangan keuntungan kepada petani.


PENYAKIT


Istilah penyakit bermaksud penyimpangan mudarat daripada fungsi fisiologi yang biasa terhadap tanaman. Berpunca daripada tindakan organisma hidup, kesan fizikal mekanikal atau kimia dan akhirnya akan menyebabkan implikasi yang lebih kurang sama dengan implikasi perosak.


Tumbuhan akan dianggap berpenyakit apabila ianya tidak berkembang atau membiak secara biasa dengan mempertimbangkan keadaan pertumbuhannya.


Menurut Shurtleff (1966) sesuatu tumbuhan terganggu secara berpanjangan oleh beberapa faktor yang menganggu struktur atau aktivitinya yang biasa dan tumbuhan itu dikatakan berpenyakit.


Takrif yang dipersetujui oleh : Committee on Terminology of the American Phytopathological Society and British Mycological Society ; suatu proses salah fungsian yang disebabkan oleh iritasi berpanjangan, berkesudahan dengan beberapa kesengsaraan dan mengeluarkan simptom-simptom. (Horsefall dan Cowling; 1977).

JENIS-JENIS PEROSAK DAN PENYAKIT

  • Vertebrat (tikus, tupai, babi, pelanduk)
  • Moluska ( siput babi, siput paya)
  • Serangga (Kumbang, afid, rama-rama)
  • Nematod (cacing)
  • Bakteria
  • Virus
  • Mikoplasma
  • Kulat
  • Rumpai (lalang, rumput kerbau, rumput sambau)
  • Agen cuaca (suhu, air, angin dan kilat)
  • Penyakit akibat kekurangan atau ketoksikan nutrien
  • Penyakit akibat tindakan bahan kimia

Terdapat dua golongan penyakit iaitu :

  1. Biotik
  2. Abiotik

BIOTIK

Berpunca daripada organisma tertentu seperti nematod dan serangga. Ianya bersifat hidup dan biasanya berjangkit.

ABIOTIK

Berpunca daripada dua masalah utama, iaitu;

  1. Kekurangan nutiren seperti nitrogen (N), fosforus (P), kalium (K), Kalsium (Ca), magnesium (Mg) klorin (Cl) dan sebagainya.
  2. Kesan fizikal atau mekanikal seperti dahan patah, kemusnahan kulit akibat dimakan oleh haiwan, rekahan kulit akibat cuaca yang terlalu panas atau kelemahan genetik sesuatu tanaman.
Penyakit yang disebabkan oleh abiotik boleh berlaku akibat tindakan bahan-bahan kimia samaada di akibat penggunaan racum makhluk perosak yang berlebihan ke atas tanah pertanian atau akibat pencemaran daripada perindustrian di atmosfera.

KESAN DARIPADA PEROSAK DAN PENYAKIT

Implikasi perosak dan penyakit terjadi dalam tiga peringkat yang berturutan, iaitu :
  1. Menganggu dan melemahkan fungsi dan proses fisiologi - gangguan terhadap sistem pertumbuhan seperti pembahagian sel, perbezaan dan perkembangan dan sebagainya.
  2. Akibat dari gangguan atau kelemahan, terjadi pula gejala-gejala fizikal yang dapat dilihat dengan mata kasar - kebantutan, kekerdilan, kerosakan atau kecacatan, penurunan kualiti dan nilai tanaman dan sebagainya.
  3. Memberi implikasi terhadap ekonomi manusia - peningkatan kos pertanian , kerugian dan kemusnahan output pertanian
Kesan yang lebih besar lagi akibat perosak dan penyakit ialah menyebabkan kekurangan bahan makanan dan menyebabkan kebuluran. ianya juga mboleh menyebabkan implikasi psikologi seperti keresahan, kebimbangan dan sebagainya akibat serangan yang berpanjangan sehingga mengancam kedudukan ekonomi petani.

Tiada ulasan:

Powered By Blogger