SURAH AL'ASR -

SURAH  AL'ASR -

3.09.2009

SALAM MAULIDRU RASUL 1430H/2009M

Sambutan Maulidur Rasul 1430H/2009M perinkat Kampung Sungai Padang, Papar, telah diadakan pada 08 & 09 Mac, 2009. Pada malam 08 Mac 2009 selepas solat Maghrib telah diadakan marhaban oleh kariah Masjid. Manakala selepas solat Isyak pula, perujian berzanji pula telah dijalankan. Peserta perujian tersebut ialah seramai 7 orang.
Manakala program pada 09 Mac, 2009 pula ialah perarakan oleh penduduk kampung. Kumpulan terbahagi kepada empat zon iaitu; zon ulu, zon tengah, zon tanjung dan zon dopok. Penduduk kampung mula berkumpul seawal jam 7.00 pagi dan perarakan bermula pada jam 08.00 pagi sejauh lebih kurang 2 km. Perarakan diketuai oleh Ketua Kampung iaitu Tn. Hj. Abd Hamid dan Datuk Hj. Abu Ali.
Peserta perarakan tiba di masjid lebih kurang pukul 09.00 pagi dan selepas jamuan makan satu ceramah maulidur rasul telah diadakan. Sambutan tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Abd Rahim Hj. Ismail ADUN Pantai Manis. Sambutan berakhir pada jam 11.15 pagi.

Harapan aku agar kita menjadikan Rasulullah (s.a.w) sebagai ikon kita. Jadikan baginda sebagai contoh yang terbaik buat kita semua umat Islam. Janganlah kita semua bertelagah demi sedikit kenikmatan yang diberikan oleh Allah Subhanahuwataala. Aku nak pinjam sedikit kata-kata penceramah tadi bahawa Rasulullah sebagai pemimpin tidak mementingkan dirinya sendiri, tetapi lebih mementingkan umatnya. Tapi sekarang kita lihat pemimpin yang ada, siapakah yang dipentingkan? Yang penting gunakan akal fikiran kita untuk menilai mereka. Saban tahun kita menyambut maulidur rasul, tetapi apakah pengajaran yang kita ambil dari sambutan tersebut. Jangan hanya menyambut sahaja tetapi tidak mengambil iktibar dan pengajarannya. sekian.



Barisan Jemputan
YB Datuk Abd Rahim Ismail, Dtuk Hj. Abu Ali,
Tn. Hj. Abd Hamid, Wakil Ketua Anak Negeri dan
penceramah.


Pengerusi Sambutan
En. Yunus Hj. Matarin



Persembahan Nasyid



Penceramah dari JASA



Tetamu Khas
YB Datuk Abd Rahim Ismail,
ADUN Pantai Manis

Gambar-gambar di bawah ialah sekitar perarakan di Kampung Sungai Padang, Papar.

















































Tiada ulasan:

Powered By Blogger