SURAH AL'ASR -

SURAH  AL'ASR -

5.01.2008

Berita menarik...

Berita ini aku ambil dari Mingguan online... Sekadar sebagai renungan kita semua...


Aliran Vokasional lebih awal atasi masalah keciciran pelajar - Najib
30/04/2008 7:40pm

KUALA LUMPUR 30 April — Kementerian Pelajaran diminta menambah dan memperkenalkan aliran vokasional kepada pelajar lebih awal bagi mengatasi masalah keciciran 83,000 pelajar dari sekolah rendah sehingga tingkatan lima dalam sistem persekolahan di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan juga memutuskan satu unjuran guna tenaga untuk keperluan negara dibuat secara lebih khusus dan terperinci bagi kategori tertentu di institusi latihan dan pendidikan negara.
"Ia supaya setiap latihan institusi dapat menentukan peranan masing-masing bagi menampung keperluan guna tenaga negara termasuk bidang industri dan sektor perkhidmatan.
"Kita ambil kira perkembangan ekonomi negara yang menghala kepada perkembangan industri perkhidmatan. Oleh itu peranan insitusi kita mestilah mengambil kira aliran sedemikian,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Kebangsaan Mengenai Pendidikan dan Latihan hari ini.
Mengenai keciciran pelajar yang berada di luar sistem persekolahan, Najib berkata jumlahnya adalah dua peratus daripada keseluruhan lima juta yang berada dalam sistem persekolahan di semua peringkat di seluruh negara.
"Mereka yang tidak ada minat dalam bidang akademik dengan itu boleh memulakan dalam aliran itu (vokasional) dengan lebih awal,” katanya.
Najib berkata mesyuarat hampir tiga jam itu juga menekankan supaya kerjasama institusi swasta dengan sektor awam akan diperluaskan lagi.
Katanya elaun dalam Skim Latihan Dual Nasional (SLDM) diberi nafas baru dengan kerajaan meluluskan kadar elaun sebanyak RM300 bagi seorang perantis yang mengikuti program SLDM melalui syarikat kecil dan sederhana (SME).
“Dengan ini bererti program ini akan mendapat sambutan yang lebih meluas dan akan menampung keperluan tenaga mahir terutama sekali di SME,” katanya.
Elaun sebelum ini ialah RM200.
— BERNAMA

Tiada ulasan:

Powered By Blogger