SURAH AL'ASR -

SURAH  AL'ASR -

3.09.2009

SALAM MAULIDRU RASUL 1430H/2009M

Sambutan Maulidur Rasul 1430H/2009M perinkat Kampung Sungai Padang, Papar, telah diadakan pada 08 & 09 Mac, 2009. Pada malam 08 Mac 2009 selepas solat Maghrib telah diadakan marhaban oleh kariah Masjid. Manakala selepas solat Isyak pula, perujian berzanji pula telah dijalankan. Peserta perujian tersebut ialah seramai 7 orang.
Manakala program pada 09 Mac, 2009 pula ialah perarakan oleh penduduk kampung. Kumpulan terbahagi kepada empat zon iaitu; zon ulu, zon tengah, zon tanjung dan zon dopok. Penduduk kampung mula berkumpul seawal jam 7.00 pagi dan perarakan bermula pada jam 08.00 pagi sejauh lebih kurang 2 km. Perarakan diketuai oleh Ketua Kampung iaitu Tn. Hj. Abd Hamid dan Datuk Hj. Abu Ali.
Peserta perarakan tiba di masjid lebih kurang pukul 09.00 pagi dan selepas jamuan makan satu ceramah maulidur rasul telah diadakan. Sambutan tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Abd Rahim Hj. Ismail ADUN Pantai Manis. Sambutan berakhir pada jam 11.15 pagi.

Harapan aku agar kita menjadikan Rasulullah (s.a.w) sebagai ikon kita. Jadikan baginda sebagai contoh yang terbaik buat kita semua umat Islam. Janganlah kita semua bertelagah demi sedikit kenikmatan yang diberikan oleh Allah Subhanahuwataala. Aku nak pinjam sedikit kata-kata penceramah tadi bahawa Rasulullah sebagai pemimpin tidak mementingkan dirinya sendiri, tetapi lebih mementingkan umatnya. Tapi sekarang kita lihat pemimpin yang ada, siapakah yang dipentingkan? Yang penting gunakan akal fikiran kita untuk menilai mereka. Saban tahun kita menyambut maulidur rasul, tetapi apakah pengajaran yang kita ambil dari sambutan tersebut. Jangan hanya menyambut sahaja tetapi tidak mengambil iktibar dan pengajarannya. sekian.



Barisan Jemputan
YB Datuk Abd Rahim Ismail, Dtuk Hj. Abu Ali,
Tn. Hj. Abd Hamid, Wakil Ketua Anak Negeri dan
penceramah.


Pengerusi Sambutan
En. Yunus Hj. Matarin



Persembahan Nasyid



Penceramah dari JASA



Tetamu Khas
YB Datuk Abd Rahim Ismail,
ADUN Pantai Manis

Gambar-gambar di bawah ialah sekitar perarakan di Kampung Sungai Padang, Papar.

















































2.16.2009

KEINDAHAN ALAM CIPTAAN ILAHI...

Gambar-gambar ni aku ambil semasa dalam penerbangan dari Kota Kinabalu ke Johor Bahru pada 22 Januari 2009.













































2.11.2009

YANG INDAH DIPANDANG...

Gambar-gambar ni aku ambil pada minggu lepas. Tapi tak sempat nak postingkan. Minggu ni ada sedikit masa, jadi aku pun postingkan gamar-gambar ni.























2.07.2009

BANJIR DI PEKAN BEAUFORT...

Gambar-gambar ni aku ambil pagi tadi di Pekan Beaufort. Banjir kali ni agak besar dan banyak penduduk yang terjejas.
















































1.19.2009

KEINDAHAN CIPTAAN TUHAN...

Gambar-gambar ni aku snap di Pantai Manis, Papar. Dekat je rumah aku lebih kurang 4 km. Masa ni angin tengah kuat dan laut berombak. Aku akan rakamkan lagi keindahan pantai-pantai yang terdapat kat Sabah ni untuk santapan mata...













1.04.2009

RELEX SEBENTAR...

Gambar-gambar ni dah pernah aku postingkan dulu. Tapi aku tak touch up. Kali ni aku postingkan sekali lagi tapi aku dah edit gambar ni. Saja nak test sebab dah lama aku tak edit gambar-gambar. Dah hampir lupa macamana nak edit gambar ni. Tapi ni kira oklah... cuma nak recall balik...




Powered By Blogger