SURAH AL'ASR -
Memaparkan catatan dengan label ucapan khas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ucapan khas. Papar semua catatan
9.20.2009
SALAM AIDIL FITRI
Salam aidil fitri buat keluarga dan teman di seluruh Malaysia. Moga kehadiran syawal ini akan memberikan kita semangat untuk meneruskan kehidupan ini. Buat semua rakan guru, jadikanlah tugasan kita sesuatu yang terbaik untuk meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa. Jika ada kesilapan harap dapat dimaafkan. Jika ada yang termakan dan terminum harap dapat dihalalkan. Sekian, salam aidil fitri buat semua.
5.16.2009
SELAMAT HARI GURU...
GURU PENJANA
NEGARA BANGSA .


Aku nak ucapkan selamat Hari Guru kat semua cikgu-cikgu. Kat kekawan di Pontian - shukor, wak aji, ajeep, razlan dan azman. Kat Kulai - Rahimah & Shidah. Kat KL - Rosnah. Kat Batu Pahat - ani dan pinah. Semoga kau orang makin rajin bila dah dilantik ke 41. Buat sukor... relexlah bro... jangan tension sangat, luangkan sikit masa untuk berehat, nanti masuk hospital lagi bro. Buat ani, tahniah kerana dapat sambung buat master di UTHM. Kalau ada bahan jangan lupa email aku.
Apapun... walau apa yang kita lakukan, buatlah dengan jujur dan ikhlas. Masa depan murid-murid di tangan kita. Lastly aku nak ucap juga SELAMAT HARI GURU kat UTEH... kat SK SRi MELATI, JB. jangan tension.
Juga buat kekawan di SMK Labis, Johor, SMK Tenang Stesen, Segamat, SK Simpang Renggam 2, Kluang (SK Dato Onn Jaafar) dan juga SK St. John, Beaufort.
"""""""" SELAMAT HARI GURU""""""""
9.28.2008
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


MAAF ZAHIR DAN BATIN
Salam aidil fitri buat semua rakan dan family di mana sahaja kalian berada. Semoga aidil fitri yang bakal menjelang tak lama lagi akan menjadikan kita semua tabah dan sabar dalam menghadapi apa jua rintangan dan cabaran. Sekiranya selama ini ada yang tersalah dan tersilap kemaafan jua yang dipinta. Jika ada yang termakan dan terminum harap dapat dihalalkan.
5.16.2008
Selamat Hari Guru...


Tema Hari Guru 2008
Guru Cemerlang Negara Terbilang
Guru Cemerlang Negara Terbilang
IKRAR HARI GURU...
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjungPerlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun NegaraPada setiap masa.
Salam buat teman-teman semua...
Tak terlambat aku nak ucapkan selamat hari gur buat semua warga guru di seluruh Malaysia...Beberapa sms yang aku terima dari kekawan di Johor. Moga apa yang dipostingkan ni, boleh dijadikan panduan buat kita semua...
sms dari Tn. Hj. Nordin Suriff (wak aji) di Pontian...
Sweet things are easy to buy,
sweet words are easy to say,
but good teacher like you difficult to find...
Happy Teacher Day.
sms dari Cikgu Othman Md Lazim (seman) di SK Simpang Renggam 2 (SK Dato Onn Jaafar)..
Guru...
Dalam ajarnya ada harapan,
Dalam tegurnya ada doa,
Dalam marahnya ada sayang,
Dalam tawa ada mesranya,
Dalam diam ada bijaksana,
Dalam tangannya kita terbina,
Berbahagialah menjadi guru...
Selamat Hari Guru, Moga ceria, sukses dan dilindungiNYA...
Sebenarnya banyak lagi sms yang aku dapat dari kekawan... tapi tak dapat nak dipostingkan.
Kepada kekawan aku di seluruh Malaysia yang seprofesion dengan aku...
aku nak ucapkan "SELAMAT HARI GURU" ...
semoga kalian semua akan terus berjuang untuk mendidik anak -anak kita...
Sajak ni aku buat secara spontan...
Suara hati seorang guru...
aku tidak meminta sebuah hadiah,
aku bukan minta kurniaan dan pujian,
dan...
aku juga tidak minta diberi pingat...
apa yang aku pinta ialah,
anak-anak didikku
akan menjadi manusia yang berilmu,
dengan ilmu yang ku berikan...
Langgan:
Catatan (Atom)
