SURAH AL'ASR -
Memaparkan catatan dengan label kongsi ilmu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kongsi ilmu. Papar semua catatan
10.17.2015
12.21.2014
PERLINDUNGAN TANAMAN (BAH 2)...
SERANGGA
Serangga Menggigit
Serangga Menyucuk dan Menghisap serta Kesannya
Serangga Menggigit
- Serangga akan memakan daun, diikuti dengan pengurangan tisu asimilasi serta pertumbuhan pokok menjadi bantut : contoh serangga :- lelompat daun, beluncas, semut pemotong daun, kumbang belalai.
- Daun menjadi bergulung dan berkerekot serta dimakan : contoh serangga :- larva skippers, totricids, pyralids (lepidoptera).
- Daun akan dilombong secara terowong dan/atau melepuh : contoh serangga : larva Agromyzidae (Diptera), Beluncas dari famili Lyonetidae dan Gracillariidae dan sesetengah larva kumbang.
- Putik dimakan dan memusnahkan sama ada titik pertumbuhan bunga muda dan buah : contoh serangga :- lelompat daun, kumbang, larva totricids dan sesetengah beluncas.
- Bunga dan buah muda dimakan atau dikorek dan seterusnya dimusnahkan : contoh serangga :- Kumbang belalai, Penggorek lenggai kacang, Penggorek buah koko dan lalat buah.
- Buah dikorek dan gugur dalam keadaan pramatang : contoh serangga :- lalat buah mangga, kumbang kopi.
- Tangkai daun bagi tumbuhan berkayu dan herba dikorek : contoh serangga :- Earias spp (dalam tangkai bendi dan kopi).
- Tangkai anak benih dikorek : contoh serangga :- larva Atherigona spp.
- Tangkai daun tumbuhan berkayu dipotong secara bergelang : contoh serangga :- Anthores spp. (dalam tanaman kopi), Indarbella (dalam tanaman koko).
- Umbisi dan ubi dikorek : contoh serangga :- kumbang Cylas spp. (dalam ubi keledek), kumbang pokok keladi, larva rama-rama dalam buah tomato.
Serangga Menyucuk dan Menghisap serta Kesannya
- Kesegaran pokok menjadi terjejas akibat kehilangan sap yang berlebihan dan mengakibatkan pokok menjadi layu dan pertumbuhan pokok menjadi terbantut. Contoh serangan : kebanyakan spesies afid dan benah putih.
- Daun pokok menjadi keriting dan mengalami kecacatan. Contoh serangan : afid, berimbing, koya dan benah putih.
- Daun pramatang berguguran.
- Menyebabkan daun dan buah menjadi berkeruping.Contoh serangan : hamama, lelabah, berimbing dan teritip.
- Liur toksik daripada suntikan kepinding (Hemiptera) menyebabkan keguguran buah pramatang, nekrosis pada lenggai koko, bintik-bintik nekrosis pada daun muda.
Serangan Kulat
Mengikut Devarall (1969), antara simptom serangan kulat pada tanaman ialah :
- Busuk pada akar dan daun
- Karat pada daun
- Keembunan (smut tongkol jagung)
- Pembentukan spora atau miselium
- Pembentukan tetikar spora (sklerotium hitam pada buah)
- Akar membengkak (akarbelantan)
- Bintik tar pada daun
- Hawar kentang
- Penyakit ketuat pada akar
- Lecuh - kubis
Cacing Nematod
Sangat halus, boleh masuk ke dalam liang-liang halus dan bertelur
- Pemerhatian pemakanan in situ(setempat) bagi tahap tidak bergerak dan agregasi menular nematod di dalam, di atas dan di sekitar organ tumbuhan menandakan bahawa nematod makan dan membiak sebagai parasit.
- Simptom setempat yang khusus seperti pembengkakan, bintil, lesion dan pencanggaan tangkai (kesan pada tangkai) serta akar yang dikaitkan dengan populasi nematod monospesifik bagi sesuatu tumbuhan, tanda jelas bahawa kerosakan adalah berpunca daripada nematod.
- Jika simptom pertumbuhan tanaman yang tidak memuaskan tetapi tidak dapat dikesan dengan jelas, sedangkan dipercayai terdapat nematod di tapak kebun dengan kepadatan yang tinggi dan jika korelasi ini boleh diberi kuantiti pada suatu julat kepadatan nematod maka pertumbuhan yang tidak memuaskan itu boleh dikaitkan dengan patogen tersebut.
- Jika kita mengetahui bahawa sesuatu tanah itu 'sakit' dan mendapati tanaman di atasnya tidak hidup dengan baik, maka ini mungkin berkait dengan nematod dalam tanah. Ujian dengan menggunakan racun nematod mungkin boleh dijalankan untuk mendapatkan kepastiannya.
12.06.2013
12.05.2013
12.02.2013
11.20.2012
ASAS ADOBE PHOTOSHOP CS5... bahagian 1
| Foto 1 (klik gambar untuk paparan lebih besar). |
Adobe Photoshop...perkataan yang biasa kita dengar dari photographer atau graphic design. Apabila seseorang itu menyebut perkataan photoshopped... semua orang akan faham dengan segera sama ada foto tersebut telah diupgradekan atau dimanipulasi dengan menggunakan komputer. Saya bukanlah seorang yang pro dalam bidang ini, tetapi untuk berkongsi ilmu saya akan cuba memberikan beberapa penerangan tentang asas penggunaan adobe photoshop ini secara mudah. Sebenarnya terdapat banyak versi adobe dan setiap satunya mempunyai kelebihan yang tersendiri... Asasnya semua adalah sama cuma kita perlu memahami beberapa ikon dan layer bagi memudahkan kita menggunakan perisian ini. Bagi permulaan saya akan menerangkan tentang ikon yang terdapat pada perisian ini :
1. Perlu ada perisian adobe photoshop... jika tiada bagaimana hendak buat kerja...
2. Perlu mengetahui serba sedikit ikon yang terdapat pada paparan
| Foto 2 (klik gambar untuk paparan lebih besar). |
3. Perhatikan pada gambar foto 2 di atas... terdapat tiga anak panah yang telah saya labelkan.
4. Anak panah A : menunjukkan ikon-ikon asas dan perlu diketahui serba sedikit fungsi-fungsinya.
Anak panah B : butang untuk melukis dan megedit.
Anak panah C : Ikon Layer (lapisan)
Anak panah B : butang untuk melukis dan megedit.
Anak panah C : Ikon Layer (lapisan)
![]() |
| Foto 3 (klik gambar untuk paparan lebih besar). |
5. Apabila kita klik pada ikon "File" : paparan adalah seperti di atas
![]() |
| Foto 4 (klik gambar untuk paparan lebih besar). |
6. Klik ikon " Image" : paparan adalah seperti di atas
7. Klik pada ikon seterusnya seperti bahagian A di gambar foto 2 maka anda akan dapati pelbagai paparan
lagi dan jangan takut untuk mencuba.
![]() |
| Foto 5 (klik gambar untuk paparan lebih jelas) |
8. Apabila anda klik di sebelah kanan tetikus pada ikon pada anak panah B; maka paparan seperti foto 5
akan dipaparkan.
9. Ikon pada bahagian B digunakan bagi memudahkan mengedit gambar.
| Foto 6 (klik gambar untuk paparan lebih jelas) |
10. Paparan pemilihan warna yang diperlukan apabila anda klik pada warna di bahagian B.
Langgan:
Catatan (Atom)







