SURAH AL'ASR -

SURAH  AL'ASR -

Memaparkan catatan dengan label pertanian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pertanian. Papar semua catatan

12.21.2014

PERLINDUNGAN TANAMAN (BAH 2)...

SERANGGA

Serangga Menggigit

  1. Serangga akan memakan daun, diikuti dengan pengurangan tisu asimilasi serta pertumbuhan pokok menjadi bantut : contoh serangga :- lelompat daun, beluncas, semut pemotong daun, kumbang belalai.
  2.  Daun menjadi bergulung dan berkerekot serta dimakan : contoh serangga :- larva skippers, totricids, pyralids (lepidoptera).
  3. Daun akan dilombong secara terowong dan/atau melepuh : contoh serangga : larva Agromyzidae (Diptera), Beluncas dari famili Lyonetidae dan Gracillariidae dan sesetengah larva kumbang.
  4. Putik dimakan dan memusnahkan sama ada titik pertumbuhan bunga muda dan buah : contoh serangga :- lelompat daun, kumbang, larva totricids dan sesetengah beluncas.
  5. Bunga dan buah muda dimakan atau dikorek dan seterusnya dimusnahkan : contoh serangga :- Kumbang belalai, Penggorek lenggai kacang, Penggorek buah koko dan lalat buah.
  6. Buah dikorek dan gugur dalam keadaan pramatang : contoh serangga :- lalat buah mangga, kumbang kopi.
  7. Tangkai daun bagi tumbuhan berkayu dan herba dikorek : contoh serangga :- Earias spp (dalam tangkai bendi dan kopi).
  8. Tangkai anak benih dikorek : contoh serangga :- larva Atherigona spp.
  9. Tangkai daun tumbuhan berkayu dipotong secara bergelang : contoh serangga :- Anthores spp. (dalam tanaman kopi), Indarbella (dalam tanaman koko).
  10. Umbisi dan ubi dikorek : contoh serangga :- kumbang Cylas spp. (dalam ubi keledek), kumbang pokok keladi, larva rama-rama dalam buah tomato.

Serangga Menyucuk dan Menghisap serta Kesannya

  1. Kesegaran pokok menjadi terjejas akibat kehilangan sap yang berlebihan dan mengakibatkan pokok menjadi layu dan pertumbuhan pokok menjadi terbantut. Contoh serangan : kebanyakan spesies afid dan benah putih.
  2. Daun pokok menjadi keriting dan mengalami kecacatan. Contoh serangan : afid, berimbing, koya dan benah putih.
  3. Daun pramatang berguguran. 
  4.  Menyebabkan daun dan buah menjadi berkeruping.Contoh serangan : hamama, lelabah, berimbing dan teritip.
  5. Liur toksik daripada suntikan kepinding (Hemiptera) menyebabkan keguguran buah pramatang, nekrosis pada lenggai koko, bintik-bintik nekrosis pada daun muda.

Serangan Kulat

Mengikut Devarall (1969), antara simptom serangan kulat pada tanaman ialah :
  • Busuk pada akar dan daun
  • Karat pada daun
  • Keembunan (smut tongkol jagung)
  • Pembentukan spora atau miselium
  • Pembentukan tetikar spora (sklerotium hitam pada buah)
  • Akar membengkak (akarbelantan)
  • Bintik tar pada daun
  • Hawar kentang
  • Penyakit ketuat pada akar
  • Lecuh - kubis
Cacing Nematod
Sangat halus, boleh masuk ke dalam liang-liang halus dan bertelur
  1. Pemerhatian pemakanan in situ(setempat) bagi tahap tidak bergerak dan agregasi menular nematod di dalam, di atas dan di sekitar organ tumbuhan menandakan bahawa nematod makan dan membiak sebagai parasit.
  2. Simptom setempat yang khusus seperti pembengkakan, bintil, lesion dan pencanggaan tangkai (kesan pada tangkai) serta akar yang dikaitkan dengan populasi nematod monospesifik bagi sesuatu tumbuhan, tanda jelas bahawa kerosakan adalah berpunca daripada nematod. 
  3. Jika simptom pertumbuhan tanaman yang tidak memuaskan tetapi tidak dapat dikesan dengan jelas, sedangkan dipercayai terdapat nematod di tapak kebun dengan kepadatan yang tinggi dan jika korelasi ini boleh diberi kuantiti pada suatu julat kepadatan nematod maka pertumbuhan yang tidak memuaskan itu boleh dikaitkan dengan patogen tersebut.
  4. Jika kita mengetahui bahawa sesuatu tanah itu 'sakit' dan mendapati tanaman di atasnya tidak hidup dengan baik, maka ini mungkin berkait dengan nematod dalam tanah. Ujian dengan menggunakan racun nematod mungkin boleh dijalankan untuk mendapatkan kepastiannya.

12.27.2009

PERLINDUNGAN TANAMAN (BAH. 1)...

Perlindungan tanaman bermaksud memelihara, menjaga, mempertahankan dan mengekalkan kesihatan, keselamatan serta kesempurnaan fizikal tumbuhan yang memberi kepentingan kepada manusia dari pencerobohan dan ancaman musuh atau penyakit yang boleh menyebabkan kerosakan, kebinasaan, kecacatan, gangguan kesihatan, kemerosotan kualiti dan nilai atau sebarang akibat yang merugikan manusia.

Perlindungan tanaman boleh dikatakan sebagai sains pengkajian tentang aspek-aspek yang berkaitan dengan perosak dan penyakit tanaman. Kajian tentang perlindungan tanaman meliputi aspek pengenalpastian, pengurusan perosak penyakit, penilaian serangan dan penaksiran kerugian.

Kajian penyakit tanaman dikenali sebagai patalogi tanaman. Ianya meliputi kajian berbagai-bagai jenis organisma yang menyebabkan penyakit tanaman. Antara ialah virus, bakteria, kulat dan cacing nematod. Semua organisma ini dikenali sebagai patogen.

Pengurusan perosak dan penyakit merupakan satu aspek yang penting dalam perlindungan tanaman. Terdapat tiga elemen utama yang mesti ada bagi membolehkan perosak atau penyakit bertapak iaitu:

  1. perosak atau patogen
  2. tumbuhan perumah - contoh ; rumpai
  3. persekitaran yang menggalakan pertumbuhan perosak atau penyakit

Pengurusan perlindungan tanaman melibatkan empat pihak iaitu :

  1. perosak atau patogen
  2. tumbuhan perumah
  3. persekitara
  4. manusia (pengurusan tanaman)

Kesan hubungan persekitaran (ekologi) dengan manusia, tanaman dan perosak atau penyakit :
  • Perosak/penyakit : menyebabkan ancaman dan akibat yang buruk
  • Tanaman : menjadi sasarannya
  • Manusia : mengalami kerugian
  • Persekitaran : ruang antara ketiga-tiga dan kedinamikan yang merangkumi perkaitan antara ketiga-tiganya dikenali sebagai ekologi.

PEROSAK DAN PENYAKIT

DEFINISI PEROSAK

Menurut Hill dan Waller (1982) - perosak bermaksud sebarang haiwan atau tumbuhan yang boleh memudaratkan atau menyebabkan kerosakan terhadap manusia, haiwan, tanaman atau harta benda atau dengan hanya menganggu.

Horn(1988) pula menyatakan perosak ialah sebarang haiwan atau yang kepadatan populasinya melebihi suatu paras pegangan (treshold) yang diaktif secara arbitari (berlebihan). Apabila populasi berkenaan melebihi had, ianya akan menganggu kesihatan, kelegaan, keselesaan dan keuntungan manusia.

Flint dan Bocht (1981) pula menyatakan bahawa perosak ialah suatu makhluk yang mengurangi ketersediaan, kualiti atau nilai sesuatu sumber.

Berdasarkan dari ketiga-tiga pendapat tersebut, pendapat Hill dan Waller (1982) lebih keras mengenai istilah perosak berbanding dengan Horn(1988) dan Flint/Bocht(1981).

Manakala istilah perosak dari segi pertanian pula bermaksud organisma apabila kepadatan populasinya melebihi had tertentu yang diaktif secara arbitari (berlebihan) akan menyebabkan gangguan, ketidakselesaan, kemudaratan, kerosakan, pengurangan kuantiti serta kualiti dan nilai tanaman. Ini akan menyebabkan kerugian output dan akhirnya mengakibatkan kehilangan keuntungan kepada petani.

PENYAKIT

Istilah penyakit bermaksud penyimpangan mudarat daripada fungsi fisiologi yang biasa terhadap tanaman. Berpunca daripada tindakan organisma hidup, kesan fizikal mekanikal atau kimia dan akhirnya akan menyebabkan implikasi yang lebih kurang sama dengan implikasi perosak.

Tumbuhan akan dianggap berpenyakit apabila ianya tidak berkembang atau membiak secara biasa dengan mempertimbangkan keadaan pertumbuhannya.

Menurut Shurtleff (1966) sesuatu tumbuhan terganggu secara berpanjangan oleh beberapa faktor yang menganggu struktur atau aktivitinya yang biasa dan tumbuhan itu dikatakan berpenyakit.

Takrif yang dipersetujui oleh : Committee on Terminology of the American Phytopathological Society and British Mycological Society ; suatu proses salah fungsian yang disebabkan oleh iritasi berpanjangan, berkesudahan dengan beberapa kesengsaraan dan mengeluarkan simptom-simptom. (Horsefall dan Cowling; 1977).

JENIS-JENIS PEROSAK DAN PENYAKIT

  • Vertebrat (tikus, tupai, babi, pelanduk)
  • Moluska ( siput babi, siput paya)
  • Serangga (Kumbang, afid, rama-rama)
  • Nematod (cacing)
  • Bakteria
  • Virus
  • Mikoplasma
  • Kulat
  • Rumpai (lalang, rumput kerbau, rumput sambau)
  • Agen cuaca (suhu, air, angin dan kilat)
  • Penyakit akibat kekurangan atau ketoksikan nutrien
  • Penyakit akibat tindakan bahan kimia

Terdapat dua golongan penyakit iaitu :

  1. Biotik
  2. Abiotik

BIOTIK

Berpunca daripada organisma tertentu seperti nematod dan serangga. Ianya bersifat hidup dan biasanya berjangkit.

ABIOTIK

Berpunca daripada dua masalah utama, iaitu;

  1. Kekurangan nutiren seperti nitrogen (N), fosforus (P), kalium (K), Kalsium (Ca), magnesium (Mg) klorin (Cl) dan sebagainya.
  2. Kesan fizikal atau mekanikal seperti dahan patah, kemusnahan kulit akibat dimakan oleh haiwan, rekahan kulit akibat cuaca yang terlalu panas atau kelemahan genetik sesuatu tanaman.
Penyakit yang disebabkan oleh abiotik boleh berlaku akibat tindakan bahan-bahan kimia samaada di akibat penggunaan racum makhluk perosak yang berlebihan ke atas tanah pertanian atau akibat pencemaran daripada perindustrian di atmosfera.

KESAN DARIPADA PEROSAK DAN PENYAKIT

Implikasi perosak dan penyakit terjadi dalam tiga peringkat yang berturutan, iaitu :
  1. Menganggu dan melemahkan fungsi dan proses fisiologi - gangguan terhadap sistem pertumbuhan seperti pembahagian sel, perbezaan dan perkembangan dan sebagainya.
  2. Akibat dari gangguan atau kelemahan, terjadi pula gejala-gejala fizikal yang dapat dilihat dengan mata kasar - kebantutan, kekerdilan, kerosakan atau kecacatan, penurunan kualiti dan nilai tanaman dan sebagainya.
  3. Memberi implikasi terhadap ekonomi manusia - peningkatan kos pertanian , kerugian dan kemusnahan output pertanian
Kesan yang lebih besar lagi akibat perosak dan penyakit ialah menyebabkan kekurangan bahan makanan dan menyebabkan kebuluran. ianya juga mboleh menyebabkan implikasi psikologi seperti keresahan, kebimbangan dan sebagainya akibat serangan yang berpanjangan sehingga mengancam kedudukan ekonomi petani.

4.11.2009

PENGENALAN KEPADA PENGELUARAN SAYUR-SAYURAN

Bahan makanan yang mengandungi protein, serabut, vitamin, mineral, karbohidrat dan tenaga yang diperlukan untuk kesihatan badan

Penduduk Malaysia menggunakan lebih kurang 47 kg sayur seorang setahun

FAO mengesyorkan lebih kurang 140 kg setahun

Keluasan tanaman sayuran antara 10, 000 – 14,000 hakter setiap tahun

Kebanyakan ladang sayuran diusahakan kecil antara 0.2 – 1.2 hektar

Malaysia mengimport lebih kurang RM 180 juta terutama sayuran iklim sederhana seperti bawang, ubi kentang dan kubis.

Malaysia juga mengeksport sayur ke Singapura lebih kurang RM 27 juta.

MARDI merupakan agensi yang bertanggungjawab membangunkan industri pengeluaran sayur-sayuran dengan:

a) mempergiatkan penyelidikan varieti
b) teknologi pengurusan tanaman yang berkesan dari segi kos dan cara pengendalian
c) teknologi pemprosesan
d) mengadakan kursus-kursus teknik pengeluaran

Lebih 50 jenis sayur ditanam di Semenanjung Malaysia sama ada di tanah rendah atau di dataran tanah tinggi.

Lebih kurang 14 jenis sayur penting banyak sekali ditanam oleh petani.
Antaranya ialah:
i. asparagus
ii. bawang
iii. bayam
iv. bendi
v. cili
vi. halia
vii. kacang buncis
viii. kacang panjang
ix. kangkung
x. kubis
xi. sawi
xii. timun
xiii. tomato

Jenis-Jenis Perusahaan Sayur-Sayuran

1. Perusahaan Sendiri

Hasil sayur-sayuran untuk menampung keperluan sendiri dan
keluarga

2. Perkebunan Pasaran

Hasil dari perkebunan ini adalah untuk pasaran tempatan

3. Perkebunan trak

Hasil-hasilnya dipasarkan di pasaran jauh

Jenis Sayur-Sayuran

Sayur-sayuran terbahagi kepada 4 bahagian besar:

1. Jenis daun - sawi bunga, sawi putih, bayam, kangkong, kobis
dll

2. Jenis buah - Cili, terung, bendi, petola dll

3. Jenis kacang - kacang panjang, kacang buncis dll

4. Jenis akar umbisi dan bebawang - lobak putih, sengkuang,
keladi, halia bawang merah

Pemilihan Tapak Tanaman dan Penyediaan Batas

Bergantung kepada beberapa faktor berikut:

1, Tanah kawasan terbaik mestilah rata (memudahkan membuat
batas) Tanah/kawasan cerun
landai boleh juga digunakan tetapi tanaman memerlukan teres.
2. Mesti berdekatan dengan bekalan air
3. Tapak tanaman mestilah di tempat terbuka dan tidak terdapat
pokok-pokok besar atau bangunan yang melindungi cahaya
matahari.
4. Tanah yang baik untuk sayuran ialah tanah peroi yang subur.
Tanah peroi mudah dikerjakan sama ada ia basah atau kering

5. Berhampiran dengan jalanraya untuk kemudahan pemasaran
hasil dan juga membawa input pertanian (baja, racun serangga
dan alatan lading) ke kebun sayur.

Persediaan Tanah

1. Kawasan tanaman hendaklah dibersihkan dari sebarang
tumbuhan
2. Tanah dicangkul sedalam 30cm kemudian dibiarkan selama 1-2
minggu. Ia bertujuan untuk mendedahkan rumpai dan hidupan
perosak kepada cahaya matahari agar musnah.

Persediaan Batas

Batas diperlukan bagi memperbaiki saliran dan pengudaraan terutama bagi jenis tanah yang kurang baik salirannya. Bagi sayuran, saiz batas biasanya 91 cm – 152 cm (3-5kaki) lebar. Tinggi 23 cm (9 inci) atau lebih denngan lorong antara batas selebar 61 –122cm (2-4 kaki).

Persediaan Saliran

Saliran yang baik merupakan keperluan yang penting bagi pertumbuhan sayur. Aras air dalam tanah yang terlalu tinggi boleh merencatkan pertumbuhan akar atau penakungnan air menyebabkan akar terendam dan reput.

Masalah saliran biasanya terdapat pada kawasan tanah liat, tanah lembah atau yang mempunyai lapisan mampat tidak telus air.

Semaian Biji Benih

Biji benih boleh ditanam terlebih dahulu di tapak semaian ataupun ditanam ke ladang berdasarkan kepada beberapa ciri tertentu.

a) Menanam terlebih dahulu di tapak semaian bagi:

· Biji benih yang terlalu kecil untuk menggelakkan biji benih dilarikan atau dibanjiri air.
· Biji benih yang mahal dan susah diperolehi. Contoh: tomato, kobis
· Biji benih yang menghasilkan anak benih yang memerlukan penjagaan rapi sebelum diubah ke ladang, dimana ia mudah diserang penyakit atau serangga. Contoh: cili, tomato, dan terung.

b) Menanam terus ke ladang bagi:

· Biji benih yang besar, contoh: kacang buncis, bendi
· Biji benih yang murah dan mudah didapati
· Sayuran berakar supaya akar tunjangnya tidak rosak semasa mengalih
Contoh: lobak putih
· Anak benih sayuran tidak mudah diserang penyakit dan serangga

Menyemai di tapak semaian

a. Anak batas

Benih ditabur rata-rata dipermukaan batas yang telah
disediakan.
Kemudian ditutup nipis-nipis dengan tanah pasir halus. Jika
perlu buatkan lindungan atap, bagi mengelakkan timpaan hujan
yang kuat atau panas matahari yang terik.

b. Dalam kotak semaian atau pasu

Gunakan kotak plastik atau kayu berukuran 60cm x 45cm x
45cm dengan lantainya dilubangkan sedikit untuk air senang
turun ke bawah (meresap).

Campuran tanah untuk semaian adalah seperti berikut:

i) 2 bahagian tanah atas
ii) 1 bahagian bahan organan
iii) 1 bahagian pasir

Di lapisan bawah kotak, bubuhkan serpihan batu-batu atau
rumput kering. Kemudian dibubuh campuran tanah dan
tinggalkan 3 cm di permukaan kotak atau pasu itu.

Taburkan biji benih dan tutup nipis dengan tanah halus.
Letakkan semaian di bawah lindungan. Sebelum diubah ke
ladang, anak benih dibiarkan mengalami pengurangan
lindungan dan penyiraman air supaya anak benih lebih sesuai
dengan keadaan ladang.

Bila anak benih setinggi 8 –10cm, (berumur 3 – 4 minggu)
barulah diubahkan ke batas yang telah disediakan. Apabila
mengubah, hendaklah berhati-hati supaya akar tidak terusik,
lakukan semasa tanah lembab (disiram terlebih dahulu).

C. Semaian dalam polibeg

Gunakan polibeg berukuran 10cm x 15cm bergantung pada
jangka masa anak benih di tapak semaian.
Perlu disemai 1 – 2 biji setiap polibeg setelah disemai anak

benih yang lemah dicabut dan yang sihat dikekalkan sehingga
waktu mengubah.
Cara ini memerlukan belanja dan tenaga yang lebih tetapi
dapat mengurangkan gangguan akar semasa menanam ke
ladang.

Menanam terus ke ladang

A. Benih halus

Benih ditanam di atas 4 jalur. Benih dikambus dengan kadar tidak lebih dua kali ganda dari ketebalan biji benih tersebut. Benih tersebut dicampur dengan 9 bahagian pasir dan digaul rata untuk memudahkan kerja menabur rata biji benih ke dalam jalur.

Apabila anak benih setinggi 5-7cm penjarangan dilakukan mengikut jarak tanaman yang disyorkan.

Benih halus juga ditanam dengan menaburkan nipis-nipis pada permukaan batas, kemudian bila telah cambah, penjarangan dilakukan.

Penggunaan Bahan Tampang

a. Keratan - bagi kangukung atau keledek keratan sepanjang 20 –30cm yang mempunyai enam buku atau lebih adalah sesuai. Daun-daun dibahagian keratan yang hendak ditanamkan ke dalam tanah perlulah dibuangkan.

B. Sulur yang berumur dua bulan biasan ya digunakan bagi keladi

c. Bawang digunakan untuk membiakkan bawang putih, lobak merah dan sengkuang ditanam menggunakan biji benih.

PENJAGAAN ANAK BENIH

Sungkupan

Bila benih telah siap ditanam, batas yang terdedah hendaklah ditutup dengan rumput kering. Ini disebut sungkupan. Ketebalan sungkupan biasanya lebih kurang 1cm ke 2 cm tinggi.

Kebaikan Sungkupan ialah:

a. Melindungi tanah dari panas matahari yang terik. Ini akan menyebabkan tanah sentiasa lembab dan sejuk. Ini Penting bagi tanah liat sebab ia jadi keras dan retak bila kering.

b. Mengawal pertumbuhan rumpai. Benih rumpai yang cambah terpaksa menembusi sungkupan. Tanpa cahaya matahari yang cukup, rumpai akan lemah dan mudah dicabut.

c. Mengelakkan hakisan dan melindungi batas dari timpaan hujan yang kuat.

d. Mengurangkan kehilangan air pada permukaan tanah melalui proses evaporasi(pemeluapan).

Penjarangan:

Anak benih yang lemah, tidak sihat dan rosak mesti dibuang supaya anak benih yang sihat sahaja yang tinggal dengan jarak penanaman yang betul.

Kepentingan Penjarangan:

1. Ia mengurangkan pertandingan mendapatkan cahaya, air, zat makanan dan ruang. Jika ditanam secara rapat akan berlaku pertandingan dan ini akan mengakibatkan pengeluaran hasil yang rendah.

2. Anak benih yang lemah, kurang sihat dan rosak dibuang. Jika dibiarkan tumbuh, pengeluaran hasil juga berkurangan.

Merumput:

Kerja membersihkan rumput adalah penting kerana faktor-faktor berikut:

1. Mencegah rumpai dari bertanding dengan sayuran dari segi cahaya, air, makanan dan ruang. Jika dibiarkan tumbuh hasil akan berkurangan.

2. Menghapuskan tempat pembiakan perosak dan penyakit. Merumput hendaklah kerap dilakukan sama ada dicabaut dengan tangan atau menggunakan cangkul. (meracun kurang digalakkan kerana boleh merosakkan struktur tanah).

Menyiram:

Penyiraman hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu di sebelah pagi dan petang,kecuali hari hujan.

Pembajaan:

Tumbuh-tumbuhan memerlukan unsure-unsur pemakanan untuk pertumbuhan sempurna. Unsur-unsur ini boleh dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut kadar yang diperlukan oleh tumbuhan.
a. Unsur-unsur pemakanan makro:

Diperlukan dengan banyak

Nitrogen (N), Fosforus (P), Kalium (K), Kalcium (Ca),
Magnesium (mg) Sulfur (S), Hidrogen (H) dan Oksigen (O)

b) Unsur-unsur pemakanan mikro:

Diperlukan sedikit

Kuprum (Cu), Besi (Fe), Mangan (Mn), Molibdenum (Mo),
Zink (Zn), Boron (Bo), Klorida (Cl) dan Kobalt (Co).

Unsur-unsur karbon, hidrogen dan oksigen boleh didapati diudara dan air. Selalunya unsur-unsur mikro yang terdapat dalam tanah adalah mencukupi untuk pertumbuhan kerana jumlah yang diperlukan oleh tumbuhan sangat sedikit.

Unsur-unsur N, P, K dan kadangkala Ca dan Mg perlu dibekalkan kerana diperlukan dengan banyak. Oleh itu N, P, dan K dipanggil pemakanan utama.

Kegunaan unsur-unsur pemakanan utama:-

a. Nitrogen: menghijaukan daun
membentuk protein
mempercepatkan tumbesaran
melebihkan hasil daun, buah dan benih

b. Fosforus: mempercepatkan pengeluaran akar
mempercepatkan pengeluaran bunga/buah
menguatkan tangkai daun

c. Kalium: menambahkan kekuatan pokok
menambahkan ketahanan diserang penyakit
menambahkan pengeluaran benih.

Jenis-Jenis Baja:

a. Baja Organan

Baja organan berasal dari tumbuhan atau hidupan. Di antara bahan yang biasa digunakan ialah tahi lembu, tahi ayam, tahi kelawar, darah dan tulang ikan yang telah diproses sehingga boleh digunakan dengan selamat.

b. Baja Kimia

Baja kimia diperbuat daripada hasil-hasil logam atau dari perusahaan petroleum. Ia terdiri dari baja bukan organan, baja dagangan atau baja buatan dan dibahagikan kepada:

a Baja terus yang mengandungi hanya satu atau dua dari unsur pemakanan utama N, P, K. Ia dikenali dengan baja tidak lengkap.

Contoh: Urea = 45% N
TSP = 46% P2O5
MOP = 60% K2O

b. Baja lengkap (baja sebatian) ialah baja yang
mengandungi kesemua unsur-unsur utama N, P, K.

Contoh: NPK hijau = 15: 15: 15
NPK biru = 12: 12: 17: 2
CCM 33 = 15: 7: 18: 2

c. Baja campuran adalah baja tunggal yang dicampurkan
mengikut sesuatu kadar atau nisbah untuk mengadakan
zat-zat pemakanan yang diperlukan oleh sesuatu
tanaman.

Cara-Cara dan Masa Membaja:

Adalah mustahak untuk membahagikan penggunaan baja kepada dua ketiga kali penggunaan bergantung kepada jangka hidup tanaman.

Untuk kegunaan jangka pendek seperti sawi, satu taburan baja asas iaitu sebelum mengubah dan baja permukaan dua minggu sebelum memungut hasuil untuk menentukan kemampuan penggunaan unsur-unsur pemakanan digunakan.

Untuk sayuran yang jangka hidup panjang seperti cili, baja boleh dibahagikan kepada tiga iaitu satu bahagian untuk baja asas (digaul pada batas sebelum menanam) dan dua bahagian sebagai baja permukaan, iaitu ditabur dikeliling pokok sepanjang barisan pokok.

Kadar Baja.

Kadar baja adalah seperti berikut:

Jenis Sayuran
Kadar Pembajaan Untuk Sehektar (Kg)
N: P2o5: K2O
1
Sayur daun
140: 70: 70 890 gm baja campuran
2
Sayur kekacang
45 : 100: 100 749 gm baja campuran
3
Sayur buah
70: 140: 200 1220 gm baja campuran
4
Sayur akar
60: 110: 110: 853 gm baja campuran

Cara-Cara Membaja:

1. Baja Asas

Adalah baja yang dibubuh sebelum menyemai/ menanam untuk membantu pertumbuhan anak benih. Kebiasaannya baja ditabur rata-rata pada permukaan batas, Kemudian digaul dengan tanah untuk mempastikan pembahagian baja yang sama rata kadarnya bergantung pada jenis sayauran dan keluasan batas.

2. Baja Permukaan:

Adalah baja yang dibubuh selepas menyemai/menanam iaitu setelah tumbuhan telah tumbuh. Kadar dan cara pembajaan bergantung kepada jenis sayuran. Hendaklah berhati-hati bagi menggelakkan bahan kimia dari menyentuh tanaman. Baja kimia boleh dilarutkan menjadi cairan untuk disiram pada batas.

3. Cara membaja benih:

Benih halus - boleh ditabur dalam alur (cara parit)
Benih besar - cara tompok

KAWALAN PENYAKIT & SERANGGA PEROSAK

Bagi mendapatkan hasil yang memuaskan, tanaman hendaklah dijaga dengan baik supaya atidak diserang oleh musuh tanaman. Bahagian yang diserang ialah bahagian daun, ubi dan buah.

Amalan yang boleh digunakan untuk mengurangkan serangan musuh dan penyakit adalah seperti berikut:

a. tanaman secara pusingan (giliran)
b. selalu mengemburkan tanah, supaya dapat mendedahkan musuh penyakit pada cahaya matahari
c. musnahkan pokok yang dijangkiti perosak supaya tidak merebak
d. pembajaan pada masa yang tepat supaya dapat meninggikan daya tahan pokok tersebut
e. menggunakan jenis sayuran yang kebal.

Serangga Perosak Sayuran:

Kerosakan dilakukan oleh serangga ialah pada bahagian daun, bunga, batang, pucuk, buah dan akar.

Daun biasanya berlubang dan putus.

Buah dan akar sering berlubang-lubang dan menyebabkan kehidupan pokok teranggu, kurang mengeluarkan hasil dan mati.

TANAMAN GILIRAN:

Menanam tanam-tanaman secara bergilir-bergilir selepas semusim penuaian. Rangkaian tanaman giliran yang disyorkan adalah seperti berikut:

Sayuran daun

Sayuran buah Sayuran ubi

Sayuran kacang

Faedah Sistem Tanaman Giliran

a) Tanaman secara giliran dapat membantu mengekalkan kesuburan tanah dan dapat menggunakan sepenuhnya zat-zat dari baja dibekalkan:
b) Tanaman kekacang dapat mengikat nitrogen daripada udara ke dalam tanah(Rhizobium). Ia dapat menambah kandungan nitrogen dalam tanah.

PUNGUTAN HASIL & PEMASARAN

Memungut dan menyediakan hasil adalah untuk pasaran merupakan kerja yang terpenting. Pungutan hasil hendaklah dilakukan dengan cermat diperingkat yang betul. Keuntungan akan tinggi jika pemungutan dilakukan dengan sempurna.

Memungut hasil

1. Sayuran yang tahan lama di pokok seperti sawi, bayam, labu, bawang dan keladi hendaklah dipetik mengikut keperluan pasaran. Jika semua dipetik serentak akan menyebabkan terlalu banyak penawaran dan harga akan terjejas.

2. Sayuran seperti timun, petola, bendi, terung dan kekacang mempunyai peringkat penggunaan yang terhad dan jika lewat dipetik mutunya akan turun. Sayuran yang sesuai hendaklah dipetik setiap hari.

3. Peringkat yang sesuai dipetik juga dipengaruhi oleh jarak atau jauh pasarannya. Untuk pasaran jauh seperti cili dan tomato bolehlah dipetik pada peringkat pra matang (apabila buah mempunyai warna hijau kemerahan). Sayuran buah ini akan masak dalam simpanan dan pengangkutan. Tetapi untuk pasaran dekat eloklah dipetik pada peringkat masak (warna merah) untuk mendapatkan mutu dan harga yang tinggi. Buah yang dipetik terlalu muda tidak akan masak dalam simpanan.

Masa Pungutan Hasil

Sayuran cepat layu dan kecut seperti sayuran daun dan jagong hendaklah dipetik waktu subuh atau waktu matahari jatuh untuk mengelakkan pancaran matahari yang terik dan panas. Sayuran yang lambat layu, sayur jenis buah seperti terung, tembikai dana petola boleh dipetik bila-bila masa.

Pengendalian Lepas Tuai

1. Jangan biarkan sayuran terdedah kepada matahari kerana ia masih menjalani proses pernafasan dan perpeluhan.
2. Sayur-sayuran tidak boleh ditimbunkan terlalu tinggi kerana akan merosakkan timbunan bawahnya.
3. Elakkan menimbun dalam lori. Gunakan bakul-bakul
4. Persediaan pasaran, sayuran hendaklah dibersih dan dibasuh dari kotoran serta dikelaskan mengikut gred. Adalah lebih baik dibungkus dan diikat.
5. Letakkan di dalam suhu rendah
6. Sayur-sayuran berlebihan hendaklah diproses atau disimpan untuk mengawal harga pasaran.

PENGENALAN KEPADA PENGELUARAN
SAYUR-SAYURAN

PERCAMBAHAN

Percambahan hanya akan berlaku jika ada air, oksigen, cahaya (bagi sesetengah biji benih) dan juga suhu yang sesuai.

Dua jenis percambahan:

(a) Epigeal
(b) Hipogeal

EPIGEAL

Hipokotil akan memanjang, membengkok dan terus menarik serta melepaskan kotiledon yang melindungi plimul ke bahagian atas permukaan tanah.

Kotiledon terbuka untuk mendedahkan plumul yang seterusnya tumbuh membesar menjadi bahagian pucuk

Kotiledon mampu melakukan fotosintesis pada peringkat awal untuk digunakan dalam pertumbuhan bahagian pucuk

Akhirnya kotiledon akan mengecut dan gugur.

HIPOGEAL

Bahagian hipokotil tidak memanjang sebaliknya bahagian epikotil yang memanjang dan menembusi tanah dan membawa bahagian plumul ke atas permukaan tanah.

Bagaimanapun terdapat beberapa jenis monocot jenis epikotil tidak memanjang.

Dalam kebanyakan jenis hypogeal, bahagian kotiledon tetap berada di bawah permukaan tanah.

Koleoptil ialah selaput sementara untuk melindungi bahagian plumal semasa menembusi permukaan tanah.

Banyak terdapat dalam biji benih monokotiledon dan sebilangan dari jenis dikotiledon.

STRUKTUR BIJI BENIH

Persenyawaan di antara ovum dan debunga akan menyebabkan bahagian ovari menjadi buah, manakala ovul menjadi biji benih.

Pada amnya, biji benih terdiri daripada 3 bahagian utama iaitu:

· Embrio
· Tisu penyimpanan
· Kulit biji

Embrio

Terdiri daripada paksi embrio dan kotiledon. Bagaimanapun tidak semua biji benih mempunyai embrio yang lengkap khususnya jenis monokotiledon seperti padi dan jagung. Kotiledonya tidak sempurna dikenali sebagai skutelum.

Biji benih yang mempunyai kotiledon lengkap pula mempunyai bilangan kotiledon yang berbeza sama ada 1, 2 atau banyak seperti pokok pinus.

Embrio lengkap adalah terdapat pada pokok jenis kekacang seperti kacang panjang dan kacang buncis.

Paksi embrio terdiri daripada dua bahagian penting iaitu Plumul dan Radikel

Hipokotil ialah bahagian yang menyambung plumul dan radikel dan tempat terlekatnya kotiledon pada biji benih berkenaan.

Biji benih bijirin seperti padi dan jagung, plumulnya ditutupi sarung jernih disebut koleoptil dan radikel pula ditutupi selaput dipanggil koleoriza.

Plumul akan tumbuh menjadi daun pertama, manakala radikel akan menjadi bahagian akar.

TISU PENYIMPANAN

Terdapat tiga jenis tisu penyimpanan

· Endosperma (paling biasa didapati)
· Perisperma
· Gametofit

Endosperma sempurna terdapat dalam biji benih jenis monokotiledon seperti padi dan jagung.
Bagi biji benih jenis dikotiledon endospermanya kecil dan tidak penting dan fungsi endosperma ini diambil alih oleh kotiledon.

Endosperma biji benih monokotiledon terdiri daripada sel-sel mati kecuali lapisan luarnya disebut lapisan Aleuron. Lapisan ini mengandungi granul protein.

Endosperma dikotiledon biasanya terdiri sel hidup

Biji benih kopi pula terdiri daripada tisu penyimpanan dipanggil perisperma yang berasal daripada tisu nuselus yang terdapat dalam ovul.

Tisu penyimpanan pinus pula disebut megagametofit.

Tisu penyimpanan boleh terdiri daripada satu jenis tisu sahaja atau campuran beberapa jenis tisu berlainan (misalnya campuran endosperma dengan kotiledon dan endosperma dengnan perisperma).

Tisu penyimpanan merupakan bahagian penting membekalkan makanan kepada bahagian embrio yang akan membesar menjadi anak benih.

Bahan simpanan terdiri daripada karbohidrat, lemak, minyak serta protein.

KULIT BIJI

Kulit biji berasal daripada bahagian ovul disebut testa

Bagaimanapun, biji jagung, padi serta oat, kulit biji berasal dari dinding ovari disebut perikarpa yang berasal daripada dinding ovari.

Tempat melekat biji dengan biji tangkai yang terdapat pada kulit disebut hilum.

Fungsi kulit adalah melindungi embrio terdedah kepada persekitaran dan kerosakan.

Kulit biji diselaputi sejenis bahan seperti lilin, lemak, lignin dan suberin. Bahan ini dapat melindungi biji daripada pergerakan gas, air dan mikroorganisma masuk ke dalam biji benih dan menghalang biji benih bercambah pada masa yang tidak sesuai

10.25.2008

TANAMAN SAYURAN SISTEM HIDROPONIK

HIDROPONIK.

DEFINISI:

Secara am ialah sains menanam pokok tanpa tanah dengan hanya memberi unsur-unsur makanan dan mineral dalam larutan air.

HIDROPONIK diambil dari perkataan Yunani ‘HUDOR’ bererti air, ‘PONOS’
bererti kerja. Apabila disatukan perkataan ini ia membawa maksud “kerja air”.

SEJARAH HIDROPONIK.

Eksperimen pertama bermula tahub 1699 oleh John Woodward,
seorang Fellow dari Royal Society, England.Ia berjaya menanam pokok
dalam air yang telah ditambah berbagai jenis tanah.Beliau ingin memastikan
sama ada air atau tanah yang diperlukan untuk tumbesaran pokok.
Penyelidikan oleh dua saintis Jerman Julius Von Sachs (1860)
ahli botani dan W. Knop (1861-1865) ahli kimia pertanian adalah amat
penting.Ia dianggap suatu permulaan sebenar sains hidroponik.Dalan tahun
1860-an mereka mencipta cecair mengandungi nutrien yang diperlukan
untuk tumbesaran pokok berupaya menjadi dewasa dalam cecair tersebut

KEBAIKAN SISTEM HIDROPONIK.

• Bersih dari kekotoran yang biasa dikaitkan dengan tanah dan selamat
dimakan.
• Cara pengambilan baja oleh tumbuhan lebih cekap kerana baja diserap melalui larutan.
• Serangan perosak dan penyakit kurang dibandingkan dengan tanah yang menjadi pelindung
organisasi merbahaya.
• Sistem ini tidak perlu penyelenggaraan rapi.
• Hasil diperolehi dengan cepat dan lebih banyak serta berkualiti
tinggi.
• Tumbuhan lebih ringan dan mudah alih.Keupayaan ini penting untuk
penanaman dalam bangunan yang selalu di ubah kedudukannya.
• Tumbuhan tidak perlu disiram.
• Tumbuhan boleh ditanam dalam berbagai jenis bekas yang menarik.
• Tumbuhan boleh ditanam di kawasan yang tiada tanah atau tidak
subur, berbatu, berpasir atau tidak mempunyai saliran yang baik.
• Pengawalan rumpai tidak perlu dilakukan.
• Pencemaran alam dari racun-racun dapat dielekkan.
• Hasil pengeluaran adalah seragam.

KEBURUKAN HIDROPONIK.
• Kos pembinaan memerlukan modal yang lebih dari penenaman biasa.
• Dari segi teknikal, pengetahuan mendalam perlu terutama dalam
pengurusan nutrien.
• Jika sistem yang menggunakan pam untuk menjalankan saliran air,
tenaga elektrik diperlukan.Dalam keadaan bekalan terputus atau
sistem rosak lebih dari masa yang ditentukan pokok akan mati.
• Dari segi jenis tanaman, sayuran berakar panjang atau berubi tidak
sesuai seperti lobak, ubi kentang dan ubu keladi.

STRUKTUR PEMBINAAN HIDROPONIK.
Komponen asas yang perlu disediakan untuk kaedah hidroponik adalah
seperti berikut:-
• Bekas Takungan
• Medium
• Larutan Zat
• Air
• Alatan Khas

BEKAS TAKUNGAN.
• Takung ialah suatu bekas di mana larutan disimpan atau tempat medium
diisi.
• Takung boleg dibuat daripada konkrit, papan atau boleh dibeli siap seperti
plastik atau fiberglass.
• Bentuk dan saiz takung ikut keperluan sendiri.
• Elak guna takung diperbuat dari zink, tembaga, besi atau keluli.
• Bahan yang sesuai ialah plastik, tembikar, kaca, konkrit dan fiberglass.
• Bahan yang lutsinar perlu dicat untuk mengelakkan pertumbuhan alga.

MEDIUM.
• Medium ialah bahan untuk menyokong pokok dan sebagai tapak untuk
menyemai biji benih.
Bahan-bahan yang sesuai mempunyai ciri-ciri berikut:-
a.Bahan bukan organan atau tidak mudah reput.
b.Berupaya menahan kelembapan.
c.Mempunyai saliran yang baik.
d.Mempunyai ruang rongga untuk pengudaraan.
e.Tidak mengeluarkan bahan beracun.
f.Senang untuk dicuci.

LARUTAN ZAT.
Larutan zat ( nutrien ) mengandungi makanan seimbang untuk tanaman.
Tanaman memerlukan unsur nutrien untuk hidup.Unsur-unsur yang
diperlukan ialah:-
• NITROGEN - Pembentukan daun dan batang.
• FOSFORUS - Pembentukan bunga, buah dan akar, cepat matang dan
menguatkan tangkai tanaman.
• KALIUM - Mempercepatkan tumbesaran tisu, mengawal pergerakan
stoma, tahan penyakit dan menambah kebernasan.
• KALSIUM - Tumbesaran pucuk dan akar, juga bantu proses menyerap
unsur Magnesium.
• MAGNESIUM - Satu komponen klorofil.Aktif dalam proses penyebaran
Fosforus dalam tumbuhan.
• SULFUR - Pengeluaran tenaga dan pembentukan protien.
• FERUM - Pembentukan klorofil.
• MANGANUM - Membantu penyerapan Nitrogen.
• ZINK - Komponen yang diperlukan dalam proses pemindahan
tenaga.
• BORON - Perlu, tetapi proses khusus belum ditemui.
• KUPRUM - Pembentukan Klorofil.

AIR.
Sumber air yang bersih adalah penting dalam penanaman hidroponik.
Kandungan klorin dalam air paip perlu diberi perhatian.Jika kandungan
klorin tinggi biarkan air disinari cahaya matahari beberapa waktu dan ia
akan hilang atau boleh diuji dengan kimia Ortho-Tolidine

ALATAN KHAS ( OPSIONAl )
Alatan yang diperlukan ialah:-
a.Pam Air - untuk menentukan peredaran larutan zat sekata
- pengudaraan lebih berkesan.
- mengawal suhu larutan.
b.Pam Udara – membantu menambah kandungan oksigen dalam larutan.
c.Penyukat Jangka ( timer ) – mengawal waktu perjalanan pam air.

PENGURUSAN HIDROPONIK DAN TANAMAN.
Persediaan Sebelum Menanam:-
1.Pembersihan
- semua peralatan mesti dicuci untuk menghilangkan bekas-bekas akar
atau kotoran.
2.Sterilisasi
- semua peralatan perlu disterilisasi untuk menghapuskan organisma
yang mengakibatkan serangan penyakit.
3.Menanam
- a. Semaian Terus
- b. Biji benih dipracambah
4.Pemilihan Anak Benih
5.Persediaan Baja.

4.12.2008

TEKNOLOGI TANAMAN TANPA TANAH

Pendahuluan

Penanaman tanaman tanpa tanah bermaksud menanam tanaman menggunakan

bahan-bahan lain tanpa mencampurkan dengan tanah atau tidak menggunakan medium tanah.

Antara teknologi tanaman tanpa tanah yang biasa digunakan ialah:

· Hidroponik
· Coco-peat (habuk sabut)
· Kultur in-vitro

Teknologi ini penting dan diperkenalkan disebabkan:

a) Kekurangan kawasan penanaman
b) Nilai harta tanah yang meningkat
c) Kepelbagaian teknik penanaman
d) Memudahkan penyelengaraan
e) Mengawal penyakit yang berpunca dari tanah

HIDROPONIK

· Berasal dari istilah greek “hidro” bererti air dan “ponos” berti
kerja.Membawa maksud air yang bekerja.
· Kajian telah bermula sejak 1600 sm
· Belgian Jan Van Helmout (1600) ahli sains terawal mengkaji
hubungan tumbuhan dan air. Beliau mendapati bahan-bahan
diperlukan oleh tumbuhan sebenarnya didapati oleh air
daripada tanah.

· Sachs dan Knop (1860) mengkaji menggunakan larutan
nutrien yang mengandungi unsur pemakanan seperti
Nitrogen, Fosforus, Kalium, Kalsium dan Magnesium.
· W.F. Gericke (1930) telah menjalankan kaedah tanpa tanah
secara komersial dan dinamakan “hidroponik”. Beliau telah
berjaya menanam sayur-sayuran termasuk sayuran berakar
seperti lobak, kentang sayuran kekacang, buah-buahan dan
bunga-bungaan menggunakan medium sokongan kerikil dan
pasir.

Kelebihan dan Kelemahan Sistem Hidroponik

Kelebihan:

1. Mengeluarkan hasil tanaman yang lebih tinggi
2. Nutrien yang seimbang dapat dibekalkan secara berterusan
3. Penanaman tanpa musim
4. Buah yang dihasilkan lebih seragam dari segi bentuk dan rasa
5. Lebih berkualiti
6. Penyakit tanaman dapat dikurangkan
7. Tidak memerlukan pengawalan rumpai, menyiram, membajak

Kelemahan:

1. Pembinaan system hidroponik memerlukan kos pembelian
alatan dan bahan yang tinggi daripada penanaman biasa.
2. Penyakit cepat merebak dan sukar dikawal jika diserang
bakteria, kulat.
3. Pengetahuan teknikal diperlukan untuk menyediakan larutan
nutrien, menguji pH dan keberaliran elektir (EC) serta
penambahan baja.

Jenis-Jenis Sistem Hidroponik:

Tidak semua tanaman sesuai menggunakan sistem hidroponik.
Antara tanaman yang sesuai adalah:

* Pokok bunga-bungaan

Contoh: Marigold, kekwa dan ros

* Sayur-sayuran (jenis berbuah dan jenis berdaun)

Contoh: Salad, Kubis, brokoli, bayam, timun.

* Pokok jenis herba/pokok renek

Contoh: Kesum, padi, aloe vera.

Keperluan Asas Sistem Hdiroponik:

* Keperluan hidroponik ringkas adalah:

- bekas takungan
- alat dan radas
- bahan kimia
- medium sokongan

* Bekas takungan diperlukan untuk:

a) Menyimpan larutan

b) Mengisi medium sokongan

· Bekas biasanya diperbuat dari bekas plastik, gentian kaca atau kaca berlubang.

· Bekas yang boleh bertindakbalas dengan larutan nutrien tidak
sesuai.

Bahan Kimia:

* Larutan nutrien

i. Makronutrien - N, P, K, Ca, Mg, dan S
- diperlukan dengan lebih banyak

ii, Mikronutrien - fe, Mn, B, Cu, Zn, Cl, Mo, I, Co

* Unsur-unsur nutrien boleh dibekalkan melalui bahan kimia
seperti berikut:

Unsur Nutrien
Bahan Kimia
Nitrogen (150 – 250 ppm)
Kalsium nitrat
Kalium nitrat
Ammonium fosfat
Ammonium sulfat
Fosforus (130 – 60 ppm)
Monokalium fosfat
Super fosfat
Kalium 9300 – 500 ppm)
Kalium nitrat
Monokalium fosfat
Kalium Sulfat
Magnesium (50 – 100 ppt)
Magnesium sulfat
Sulfur
Magnesium sulfat
Mangan (1-4ppm)
Mangan sulfat
Zink (0.05 – 2ppm)
Zink sulfat
Molibdenum (0.01-0.005 ppm)
Ammonium molibdat
Boron 90.3 – 0.5 ppm)
Asid boric
Ferum ( 4 – 6 ppm)
Ferum EDTA
Ferum sulfat

Medium Sokongan:

· Bahan yang digunakan untuk menyokong pokok
· Span, pasir, kerikil, pecahan batu-bata, rockwool, guli atau sebarang bahan

yang mempunyai ciri berikut:

- Berupaya menyimpan kelembapan
- Bahan tidak organik dan tidak mudah reput
- Mempunyai sliran yang baik
- Mempunyai ruang pengudaraan
- Tidak mengeluarkan bahan beracun
- Mudah dicuci
- Tidak mengandungi kalsium yang tinggi
- Poros
- Tidak bertindak balas dengan nutrien

Sistem Hidroponik Yang Lengkap:

* Sistem pengeluaran hidroponik mempunyai berbagai kaedah iaitu:

a. Kultur cecair
b. Kultur pasir
c. Kultur kerikil

A. Kultur Cecair

* Direka oleh Allen Cooper (1965). Dikenali sebagai nutrien
film technique (NFT) atau nutrien flow technique kerana
larutan nutrien disalirkan secara berterusan.

* Asasnya: pergerakan larutan nutrien yang berulangalik dari
tangkai tadahan yang dipam ke palung dan balik semula ke
tangki tadahan.

* Pergerakan larutan memberikan kelembapan dan
pengudaraan yang optimum kepada tumbuhan. Kecerunan
optimum adalah kurang daripada 1:100 (2-3 liter sahaja).

* Bagi 1 hektar tanaman memerlukan 10,000 – 15,000 liter
isipadu larutan.

Unit Hidroponik Ringkas:

* Mudah disediakan dan sesuai untuk penanaman di kawasan
Bandar seperti di pangsapuri.

* Memerlukan takungan, takung medium sokongan, medium dan
larutan bahan nutrien.

B. Kultur Kerikil

· Menggunakan kerikil sebagai medium sokongan
· Memerlukan penjagaan terhadap perubahan suhu, kandungan dan paras larutan nutrien.
· Perlu distril selepas digunakan dan untuk penanaman seterusnya.

Pengurusan Sistem Hidroponik:

1. Menyemai

· Menggunakan biji benih yang baik
· Menggunakan span atau rockwool yang dimasukkan ke dalam takungan yang berair.
· Lubang hendaklah tiada melebihi 6 mm dalam
· Kelembapan perlu dikawal
· Sehari selepas ditanam larutan nutrien digantikan dengnan larutan nutrien yang

sama kadar dengan tumbuhan dewasa.
· Setelah pasangan daun kedua tumbuh, bolehlah dipindahkan.

2. Memindah

· Gunakan sudip tangan untuk menjalankan kerja-kerja memindah
· Elakkan kecederaan kepada daun anak benih
· Masukkan anak benih bersama span atau rocklwool
· Pastikan larutan nutrien telah disaliran dengan baik.

3. Melatih dan Mengikat

· Penting bagi tanaman jenis menjalar atau berbatang seperti tomato, timun dan musk malon.
· Melatih dimulakan apabila pokok mencapai ketinggian 15 – 20 cm (4-5 helai daun).
· Tujuan supaya pokok dapat tumbuh tegak dan tidak menjalar. Tidak

menganggu pertumbuhan pokok lain.
· Kaedah: Mengikat tali raffia pada pangkal pokok dan penyokong atas.

4. Mencantas dan Mengutil

· Mencantas: kerja membuang cabang sisi
· Cantasan dibuat terhadap cabang sisi pertama hingga keempat sebelum cabang sisi

mencapai 5 cm panjang
· Bekas cantasan hendaklahj dirawat dengan racun kulat

5. Mendebunga

· Proses pendebungaan berbantu
· Dilakukan dengan menggunakan debunga jantan pada stigma bung betina yang cukup kembang.

6. Mengawal Serangga Perosak dan Penyakit

· Serangga yang kerap menyerang seperti belalang, kumbang makan daun, ulat bulu,

kutu daun dsb.
· Menggunakan tangnan atau racun serangga seperti Sevin, Diptrex dan Malathion.
· Penyakit yang biasa menyerang seperti kulat jelaga, bintik daun, mozek daun

dan bintik hitam.
· Kawal dengan racun kulat seperti Benlate, Captan dan Redomil.

7. Memilih dan Menggantung Buah

· Mengikat cabang buah ke penyokong atas semasa buah masih kecil
· Perlu tentukan buah yang sesuai dan yang lain hendaklah dibuang

8. Memungut Hasil

· Sayuran boleh dicabut dengan mencabut keseluruhan pokok
· Buah seperti timun dan tomato hanya petik buahnya sahaja.

9. Pengurusan Larutan Nutrien

Penting bagi menentukan keberaliran elektrik (EC) larutan
nutrien
· EC – electric conductivity menggunakan Meter EC
· Nilai yang sesuai 2.4 – 2.7 milisimen/cm
· Nilai piawai ialah 2.4 milisimen/cm
· Jumlah bahan kimia yang perlu ditambah

= Berat bahan kimia asal (g) x EC Piawai – Bacaan EC baru
EC Piawai

· Nilai EC perlu diuji 2 kali sekali

Tanda-Tanda Kekurangan Larutan

Kekurangan Nutrien
Simpton
Nitrogen dan kalium
Tumbuhan lambat membesar
Daunya hijau kekuningan dan
Lebih kecil
Ferum dan mangan
Daun kekuningan bermula dari daun muda
Fosforus
Daun berwarna kekuningan dan terdapat tompok-tompok perang pada daun
Kalsium
Tepi dan hujung daun bergulung

10. Menentukan pH Larutan

· Skala bacaan pH yang sesuai adalah 5.5 – 6.5
· Menggunakan analisis komputer, kertas nitrazin, kertas litmus dan meter pH
· Jika bacaan pH kurang 5.5 kawal dengan menambah kalium hidroksida atau

natrium hidroksida pada kadar 10g untuk 1,000 liter bagi kenaikan pH 0.5.
· Jika bacaan pH melebihi 6.5 turunkan dengan larutan asid hidroklorik cair (250ml)

atau asid sulfik kepekatan 10% ke dalam 1,000 liter bagi penurunan pH 0.5.

2.24.2008

PEMBIAKAN DAN PENGURUSAN TANAMAN

DEFINISI PEMBIAKAN

Proses memanjangkan kewujudan sesuatu spesis tumbuhan

Dua cara utama tumbuhan membiak:

a)Pembiakan secara seks
b)Pembiakan secara aseks

Pembiakan secara seks = biji benih
Pembiakan secara aseks = keratan, tut, cantuman dan pembiakan mikro

PENGURUSAN TANAMAN

Meliputi pengendalian proses dari awal iaitu penyediaan kawasan sehingga akhir penanaman/harvesting/jualan.

Pengurusan tanaman yang cekap dapat menambahkan hasil ladang dan memberikan keuntungan.

ANTARA PERKARA YANG DIPERLUKAN DALAM PENGURUSAN

TANAMAN ADALAH:

a) Menggunakan segala input secara optimum
b) Melakukan kerja mengikut jadual terancang
c) Menyimpan rekod
d) Menanam pada jarak yang sesuai
e) Menggunakan varieti tanaman yang baru
f) Melakukan pembajaan dengan betul
g) Mengawal perosak dan penyakit
h) Mengawal rumpai
i) Mengadakan sistem pengairan dan saliran

Penyenggaaraan tanaman penting bagi memastikan tumbuhan yang ditanam dapat hidup dengan sempurna.
Antara aktiviti yang terlibat adalah:
- Penyediaan sungkupan dan naungan
- Penyiraman
- Pengawalan rumpai
- Pembajaan
- Pengawalan perosak dan penyakit
- Pemangkasan
- Penyulaman
- Penjarangan
- Kerja-kerja penyelenggaran lain seperti memancang.

KEPENTINGAN PEMBIAKAN TANAMAN

1. Memastikan pokok-pokok atau spesis-spesis tertentu
terus wujud.
2. Menggandakan kewujudan sesuatu spesis tumbuhan
3. Mengenal pasti kaedah terbaik untuk membiak
tumbuhan
4. Penghasilan baka baru

KEPENTINGAN PENGURUSAN TANAMAN

1. Memastikan tumbuhan berada dalam keadaan sempurna
2. Memberikan hasil pulangnan yang menguntungkan
3. Mengurangkan kos perbelanjaan
4. Menggelakkan serangan perosak dan penyakit
5. Meningkatkan kecekapan ladang.

PEMBIAKAN SECARA SEKS

Proses pembiakan yang melibatkan persenyawaan di antara gamet jantan dengan gamet betina untuk membentuk zigot.

Tiga peringkat pembiakan seks.

a) Aruhan dan pembentukan bunga

- Berlaku selepas tumbuhan mencapai peringkat dewasa
- Ia dipengaruhi oleh rangsangan dari luar seperti perubahan
suhu tumbuhan
ataupun perubahan jangka masa siang
- Rangsangan ini akan menyebabkan tisu tumbuhan
menghasilkan tisu baru dan aktif membentuk bahagian-
bahagian tampang seperti pucuk. Bahagian tisu ini disebut
meristem dan akan membentuk bahagian-bahagian lain
bunga.

b) Pendebungaan

- Proses pemindahan debunga yang matang dari bahagian anter
ke bahagian permukaan stigma yang telah matang
- Proses ini dibantu oleh agen pendebungaan seperti serangga,
angin dan manusia (pendebungaan bantu)
- Debunga melekat pada permukaan stigma kemudian akan
mengeluarkan tiub bahagian ovul bunga. Gamet jantan
daripada debunga kemudiannya akan turun menerusi tiub
debunga sehingga bertemu dengan gamet betina di dalam
ovul.

Terdapat dua jenis pendebungaan:

i) Pendebungaan Sendiri
ii) Pendebungaan Kacuk

Pendebungaan Sendiri

Pemindahan debunga dari anter ke permukaan stigma pada bunga yang sama

Pendebungaan Kacuk

Pemindahan debunga dari anter sekuntum bunga stigma sekuntum bunga yang sama (monoesius/serumah) atau berlainan (diesius/dua rumah)

c) Pembentukan Embrio

- Pembentukan embrio bermula apabila gamet jantan daripada debunga bercantum dengan gamet betina di dalam ovul melalui proses yang dipanggil persenyawaan
- Persenyawaan menghasilkan pembentukan zigot yang kemudiannya menghasilkan pembentukan embrio
- Embrio membesar di dalam ovul dan ovul bertukar menjadi biji benih.

Bahagian-Bahagian Biji Benih:

Tiga bahagian: a) embrio
b) bahagian penyimpanan makanan
c) perikarpa

a) Embrio

- Embrio mempunyai bahagian plumel dan radikel
- Plumul membentuki bahagian pucuk
- Radikel membentuk bahagian akar
- Di bahagian embrio terdapat satu atau dua kotiledon
- Kotiledon merupakan daun-daun awal tumbuhan

b) Bahagian Penyimpanan Makanan

- Digunakan oleh embrio ketika membesar
- Dikenali sebagai kotiledon atau endosperma

c) Perikarpa

- Bahagian kulit biji yang terbentuk daripada dua atau
lebih lapisan.
- Lapisan luar keras, kering dan tebal
- Lapisan dalam nipis dan lutsinar
- Memberi perlindungan kepada biji benih.

Sumber-Sumber Biji Benih

- Kawasan hutan
- Kawasan taman
- Kilang memproses buahan-buahan
- Beli di kedai

Panduan Mengutip Biji Benih

- Biji benih cukup matang
- Bebas daripada tanda penyakit dan perosak
- Tidak mempunyai sebarang kecacatan
- Pastikan sepsis yang diperlukan

Rawatan Biji Benih

Tujuan: menggelakkan serangan serangga dan kulat sewaktu penyimpanan dan
mengatasi masalah kedormanan yang wujud pada setengah-setengah
biji benih.

A) Rawatan Biji Benih Semasa Disimpan

- Dapat memanjangkan hayat biji benih

Langkah-langkah rawatan:

a) biji benih dibersihkan
b) jemur selama 2-3 hari sehingga kering
c) digaul dengan racun kulat Thiram. Captan dan Benlate
d) Disimpan dalam botol, balang kedap udara
e) Disimpan di tempat sejuk dan kering 3 – 5 darjah Celcius

B) Rawatan Biji Benih Untuk Mengatasi Masalah
Kedormanan

- Keadaan apabila biji benih tidak bercambah dalam keadaan biasa. Ia merupakan satu mekanisma yang terdapat pada biji benih bagi mengelakkan biji benih bercambah sekiranya tidak wujud faktor-faktor persekitaran yang unik untuk sesuatu habitat.

Sebab-sebab kedormanan wujud

a) kulit biji benih terlalu keras dan tebal
b) embrio belum cukup membesar
c) mekanisma kawalan dalam biji benih

Cara mengatasi kedormanan

a) Mengikis kulit luar

- gunakan kertas pasir, kikir,
- meretakkan dengan tukul
- menggunakan mesin pembancuh simen bersama pasir
dan kerikil.

b) Merendam dalam air

Dapat melarutkan kimia perencat
- kaedah merendam air panas (77 - 100 darjah farenheit)
beberapa minit. Dibiarkan sejuk. Air biasa 1 – 2 jam
- Merendam dalam asid( Bagi kulit yang terlampau
Keras,

c) Melembabkan biji benih pada suhu yang rendah

- ia dikenali sebagai pelintapan untuk merangsang perubahan dari segi fisiologi.

- Hanya untuk benih yang memerlukan suhu rendah untuk
bercambah sahaja

Kaedah:

i) Rendam dalam air biasa 12 – 24 jam dan kemudiannya
digul dalam medium lembab seperti habuk papan reput.
(1 bahagian benih dan 3 bahagian medium)

ii) Campuran Diletak di tempat sejuk, lembap dan mempunyai
pengudaraan baik. Suhu antara 2 – 7 darjah Celcius selama
1 hingga empat tahun.

2.07.2008

KULTUR TISU

KULTUR TISU

DEFINISI KULTUR TISU
Bidang kultur tisu telah mengalami perkembangan ynag begitu pesat, begitu jugalah di negara kita, Malaysia. Idea dan metodologi baru telah diperkenalkan dan berikutan dengan ini pelbagai terminologi dan definisi baru digunakan.
Kultur tisu ini digunakan secara umumnya untuk menghuraikan semua jenis kultur in vitro. Kultur membawa maksud jaga atau didik, manakala in vitro bermaksud " di dalam kaca" . la digunakan untuk merujuk kepada sebarang pengkulturan tisu yang dijalankan dalam keadaan steril.

JENIS-JENIS KULTUR TISU

Terdapat pelbagai jenis kultur tisu di antaranya ialah :

Kultur Kalus

Kalus merupakan kumpulan tisu yang tidak berorganisasi dan tidak mempunyai bentuk. la dihasilkan oleh pembahagian sel yang giat. Di dalam suatu kultur, proses terbentuknya kalus diaruh dengan meletak kepingan kecil tisu atau eksplan ke dalam medium yang mengandungi sebatian tumbesaran atau bahan kimia pengawal atur. Proses pembezaan sel tumbuhan diterbalikkan. Tisu eksplan dikatakan mengalami penyahbezaan. Kalus bertambah isipadunya, tetapi ia masih tidak berorganisasi.
Kultur Sel atau Kultur Ampaian

Sel tumbuhan yang tidak berorganisasi dapat dikulturkan bukan sahaja sebagai kalus pada medium pepejal, tetapi juga sebagai sel bebas di dalam medium cecair yang digoncangkan. Kultur sel atau kultur ampaian biasanya didapati dengan memindahkan kalus yang rapuh ke dalam medium cair. Melalui goncangan, sel tunggal akan tercerai dan membentuk rantai atau kumpulan sel apabila sel-sel itu membahagi.
Kultur sel dapat dikekalkan sebagai:

Kultur Sekelompok

Ini adalah suatu bentuk kultur sel, iaitu sel disimpan di dalam sesuatu medium yang mempunyai isipadu yang tetap sehingga pertumbuhan berhenti. Tumbesaran berhenti kerana setelah habisnya nutrien di dalam medium, atau berkumpulnya metabolit yang merencatkan tumbesaran.
Kultur Selanjar

Dalam kaedah ini medium steril dibekalkan secara berterusan.
Kultur Sel Tunggal

Kultur ini boleh dimulakan daripada sel tunggal tumbuhan. Ini dilakukan denean cara menaois airmaian sel melalui satu nenanis. Hanva sel tuneeal dan kumpulan sel yang kecil sahaja yang dapat melalui penapis itu. Ampaian yang diperoleh kemudiannya diplatkan ke atas medium pepejal di dalam piring petri. Koloni kalus yang berasingan dapat dikesan di bawah mikroskop dan dipindahkan ke dalam medium baru. Suatu strain atau klon sel tunggal dapat diperoleh dengan cara ini.

Kultur Protoplas

Protoplas terdiri daripada sitoplasma dan nukleus tanpa dinding sel. la amat mudah mengalami kerosakan kimia atau fizikal. Protoplas berupaya menumbuhkan semula dinding sel yang baru dan kemudian membahagi. Setiap protoplas dapat menghasilkan satu koloni sel, dan kemudian suatu koloni kalus. Suatu tumbuhan keseluruhan, dapat dihasilkan daripada kalus yang berasal daripada kalus yang berasal daripada suatu protoplas tunggal.

Kultur Organ

Organ tumbuhan juga dapat dikulturkan. Organ tumbuhan yang digunakan terdiri daripada dua jenis:

Organ determinat

Tisu yang telah pun membentuk struktur khas yang mempunyai saiz dan bentuk yang khusus, contohnya daun, bunga dan buah.
Organ inderminat
Tisu yang belum membeza dan tidak terhad pertumbuhannya contohnya meristem apeks daripada akar dan pucuk.
Beberapa jenis kultur ogan ialah:

Kultur Meristem atau Kultur Hujung Pucuk

Apeks pucuk yang terdiri daripada meristem apeks dengan beberapa primordium daun dipencilkan dan dikulturkan. Kadangkala, meristem tunas aksil juga digunakan.
Pengkulturan hujung pucuk dapat menghasilkan pucuk yang kecil dan berorganisasi, dan kemudian proses terbentuknya akar dapat diaruh. Pengkulturan apeks meristem juga merupakan satu cara untuk membebaskan tumbuhan darinada penyakit atau jangkitan virus.

Kultur Nod Tunggal

la merupakan pengkulturan satu atau dua bahagian nod dengan tunas.
Kultur Embrio

Embrio dipencilkan daripada biji yang berkembang dan dikulturkan secara in-vitro sehingga terbentuk anak pokok.
Kultur Hujung Akar

Eksplan akar dapat dipencilkan daripada hujung akar yang diperoleh daripada akar primer atau akar sisi. Sekiranya meristem akar terus berkembang di dalam medium yang sesuai, suatu sistem akar yang terdiri daripada akar primer dan sisi akan terbentuk. Tunas pucuk tidak akan terbentuk. Kultur akan terpencil telah digunakan untuk pelbagai tujuan penyelidikan, terutamanya untuk kajian tentang jangkitan nematod. la juga digunakan untuk mengkulturkan kulat pembentukan nodul oleh bakteria pengikat nitrogen, Rhizobium, di dalam tumbuhan legum.

Kultur Haploid atau Kultur Anter
Kultur anter ialah pengkulturan keseluruhan anter yang mengandungi mikrospora yang belum matang. Tujuannya ialah memperoleh tumbuhan haploid melalui pembentukan embrio somatik, secara langsung daripada debunga. Kadangkala, debunga yang telah diasingkan daripada anter dikulturkan. Ini dinamakan kultur debunga.

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN

Kelebihan

1. Pengkulturan tisu dapat memberikan kadar pembiakan yang cepat iaitu
daripada bilangan yang kecil kepada bilangan yang banyak iaitu beribu-ribu
anak tumbuhan dapat diperolehi dalam satu jangka masa.

2. Kaedah pengkulturan tisu hanya memerlukan kepingan tisu yang kecil sebagai
tisu permulaan. Ini bermakna sedikit sahaja bahan tumbuhan induk yang
diperlukan.

3. Kerja pengkulturan dilakukan dalam keadaan steril. Ini bermakna anak
tumbuhan yang dihasilkan itu bebas daripada organisma yang dpat
menyebabkan penyakit kepada pokok.

4. Penghasilan bahan tumbuhan ini dijalankan dalam keadaan terkawal dan dapat
dijalankan sepanjang tahun. Ia tidak bergantung kepada keadaan musim dan
cuaca. Penghasilan anak tumbuhan dapat juga diaturkan atau diubahsuai
mengikut kehendak.

5. Dalam kes tertentu dan untuk tumbuhan tertentu, kaedah kultur tisu mungkin
merupakan satu-satunya cara yang digunakan untuk menghasilkan bahan klon,
contohnya pokok betik.

6. Benihnya mudah didapati dalam kuantiti yang banyak

7. Mudah dikendalikan di ladang

8. Kurang risiko penyakit.

Kelemahan

1. Kerjanya dilakukan di dalam makmal. Oleh yang demikian, ia memerlukan
pekerja yang terlatih dan peralatan yang lengkap serta ruang khas untuk
operasi yang berjaya.

2. Teknik kultur diperolehi oleh pengalaman. Oleh itu, keberkesanan kos
operasi itu harus dipertimbangkan.

3. Teknik kultur tisu memerlukan kos yang tinggi untuk menyediakan peralatan
dan bahan-bahan, jadi tidak semua pihak mampu mengadakan satu makmal
tisu yang lengkap.

4. Tisu kultur merupakan kaedah yang saintifik, jadi ia sangat
memerlukan kepakaran yang sangat tinggi untuk menjayakannya. Di
Malaysia kaedah tisu kultur merupakan perkara yang masih baru, jadi kita
masih kekurangan pakar di dalam bidang ini.

5. Tisu kultur ini adalah tidak ekonomik digunakan bagi perusahaan secara
kecil-kecilan kerana adalah tidak berbaloi dengan kos yang dikeluarkan.

6. Kelemahan tisu kultur kadangkala menghasilkan klon yang tidak sesuai
dengan persekitaran dimana ia beracun.

COCO PEAT

COCO PEAT
Pengenalan

Coco peat adalah media tanaman organik. Ia dihasilkan melalui proses pereputan sabut kelapa dalam keadaan lembab dan berudara.

Pada asasnya, coco peat digunakan untuk memperbaiki stuktur tanah dan menyuburkan semula tanah. Ia adalah pembekal nutrien yang baik kerana mempunyai ciri-ciri pelepasan yang perlahan walaupun kandungan bajanya rendah. Dewasa ini coco peat boleh dikomersilkan kerana ia menjadi media penting dalam industri pertanian terutama dalam bidang landskap, semaian, pertanian, pertanian organic dan di kawasan pertanian.

Bahan mentah untuk membuat coco peat secara komersil terdiri daripada kelapa kering yang mudah diperolehi dengan jumlah yang banyak dan berharga murah. Coco peat merupakan bahan buangan daripada bahan lembut sabut kelapa. Ia boleh digunakan sebagai medium pertumbuhan atau sebagai campuran pemasuan. Coco peat dapat memperbaiki struktur tanah dan pasir dimana bahan ini baik dalam pengeluaran pertanian terutamanya untuk tanaman sayur dan buah-buahan.

Sebanyak 30 % coco peat boleh diguna atau dicampurkan dalam media penanaman untuk menambah baikkan. Tumbuhan boleh membesar di dalam medium coco peat. Tanaman yang mempunyai rumah hijau, kawasan yang mempunyai udara yang kering dan kerap mengalami banjir adalah ideal dan sesuai menggunakan kaedah penanaman jenis ini.

Jenis Tanaman

Antara jenis-jenis sayuran yang boleh ditanam dengan menggunakan kaedah ini adalah :
a. Sayuran jenis daun
i. Keluarga sawi (Crusifer)
-sawi putih
-sawi hijau
-sawi cina
ii. Bayam
iii. Kailan
iv. Kangkung

b. Sayuran jenis buah
i. Tomato
ii. Cili
iii. Terung
iv. Timun
v. Bendi
vi. Peria

Bagaimana Coco Peat Berfungsi ?

a. Coco peat boleh digunakan untuk penyemaian biji benih, sebagai tapak tanaman, taman dan medium penanaman.
b. Coco peat boleh bertindak sebagai pemegang air dan ia boleh memegang 8-9 kali beratnya air. Ia bersifat seperti span yang boleh menyerap air dengan cepat tetapi ia tidak menyebabkan air bertakung dan membenarkan pengaliran air berlebihan.

c. Coco peat berkeupayaan sebagai tempat simpanan dan pengeluaran tanaman untuk jangkamasa yang panjang. Ia mengandungi kandungan lignin yang tinggi (lebih kurang 45 %) yang mana tidak sesuai untuk pertumbuhan bacteria dan kulat. Ia juga tidak mengecut.

d. Ia mengandungi bahan pengoksidaan yang mana penting untuk pertumbuhan akar yang sihat. Biasanya ia mempunyai 96% ruang liang dan ini membenarkan air melaluinya dengan mudah dan menghalang air daripada bertakung. Dalam masa yang sama ia dapat memegang air yang banyak dan dapat digunakan oleh tumbuhan sekiranya diperlukan.

e. Ia mempunyai pH yang ideal iaitu antara 5.2 – 6.8 yang mana bersifat sedikit berasid dan sesuai untuk pertumbuhan pokok.

f. Ia senang digunakan. Ia boleh di dapati dalam bungkusan atau guni. Hanya perlu dicampurkan dengan bahan organik seperti tahi lembu dan sekam padi.

g. Coco peat boleh digunakan semula dalam tempoh 4 tahun. Proses pereputan yang agak lambat dan ia sesuai untuk tanaman dalam bekas seperti pokok bunga ros yang boleh hidup dalam jangkamasa yang panjang.

Kebaikan Coco Peat

a. Membekalkan bahan organik dan perapi semulajadi kepada tanah.
b. Berkeupayaan untuk memegang nutrien dan oksigen dengan baik.
c. Mempunyai pH antara 5.2 – 6.8
d. Perubahan kation yang baik.
e. Memegang kelembapan yang lebih baik dan lama
f. Memastikan perkembangan akar yang baik
g. 100% tulen dan bebas daripada rumput, menjadi busuk dan jangkitan toksid
h. Disarankan supaya dicampurkan dengan tanah dengan nisbah 1:3
i. Tahan lama
j. Mudah digunakan
k. Proses penyiraman yang mudah
l. Tidak mengecut

Teknik Penanaman

Bahan-bahan asas penanaman dan peralatan yang digunakan.

1. Habuk sabut
2. Bahan organan (tahi ayam atau lembu)
3. Tahi lembu adalah lebih sesuai digunakan kerana bahan makanan lembu adalah daripada sumber organan.
4. Polibeg ( 18cm x 15cm)
5. Kotak semaian biji benih
6. Tali raffia ( untuk sokongan)
7. Dawai penyokong
8. Kayu penyokong
9. Gelen air
10. Pam
11. Saluran paip titisan

Langkah-langkah penanaman

a. Penyediaan anak benih
i. Semai biji benih ke dalam kotak semaian
ii. Selepas dua minggu percambahan atau anak benih telah mempunyai 2 hingga 3 helai daun, pindahkan ke dalam polibeg.

b. Penyediaan medium penanaman
i. Buat campuran medium polibeg yang mengandungi (80% COCO-PEAT’ + 20% Bahan organik)
ii. Masukkan ke dalam polibeg setinggi ¾ saiznya.
iii. Letakkan di tempat yang dikhaskan.

c. Penyelenggaraan tanaman
i. Jalankan kerja-kerja pengerasan anak benih selama satu hingga 2 minggu
ii. Pindahkan anak benih di dalam polibeg ke kawasan tapak penanaman.
iii. Lakukan kerja-kerja penyiraman sekurang-kurangnya dua kali sehari (sebaik-baiknya tiga kali sehari)
iv. Membina alat sokongan
v. Memasang dan mengikat tali sokongan pada pokok
vi. Menjalankan kerja-kerja pengawasan dan pemungutan hasil

Kebaikan Penanaman Secara Coco Peat

Penanaman dengan menggunakan kaedah coco peat mempunyai kebaikan-kebaikan tertentu. Di antara kebaikan tersebut adalah :

a. Peningkatan hasil dan kualiti

Hasil pengeluaran menggunakan kaedah ini adalah lebih tinggi berbanding dengan kaeda biasa di atas tanah yang sama. Di samping itu, kualiti tanaman yang dihasilkan juga lebih baik dengan berat dan bentuk yang lebih seragam.

b. Kawalan penyakit dan serangga perosak

Kawalan penyakit dan serangga perosak adalah mudah kerana keadaan persekitaran yang lebih terkawal. Oleh hal yang demikian penggunaan racun ditahap minima.

c. Kawalan kesuburan tanaman

Zat-zat makanan telah disediakan dalam medium-medium khas (dalam polibeg) dan terkawal serta mencukupi untuk sepanjang tempoh penghidupan semusim.

d. Penjadualan tanaman

Tanaman ini boleh dilakukan sepanjang masa dan hasil-hasil dapat dikeluarkan dengan lebih konsisten.

e. Persekitaran yang lebih bersih serta bebas dari gangguan perosak dan Penyaki tanaman.
Sistem ini tidak melibatkan penanaman di atas tanah. Ia hanya perlu diletakkan di satu kawasan khas yang bebas dari rumai serta lapang bagi membolehkan ia mendapat cahaya matahari yang cukup. Kawasan persekitaran juga akan kelihatan bersih dan bebas dari gangguan perosak dan penyakit.

f. Pengawasan yang minima

Sistem ini tidak memerlukan pekerja yang ramai kerana ia tidak melibatkan kerja-kerja pembajakan, meracun rumpai dan juga serangga. Kerja-kerja penjagaan pokok akan menjadi lebih mudah jika menggunakan siraman automatik. Secara tidak langsung pengguna bebas menjalankan tugas-tugas yang lain.

g. Kerjaya sebagi petani moden

Projek ini merupakan contoh yang nyata kepada peladang-peladang, bahawa kerjaya sebagai petani moden bukanlah bergelumang dengan Lumpur dan menggalas cangkul semata-mata. Malahan kaedah pertanian kini lebih bersih, mudah dan menjamin pendapatan yang lumayan.

Powered By Blogger