SURAH AL'ASR -

SURAH  AL'ASR -

5.16.2008

Selamat Hari Guru...






Tema Hari Guru 2008
Guru Cemerlang Negara Terbilang



IKRAR HARI GURU...
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjungPerlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun NegaraPada setiap masa.

Salam buat teman-teman semua...
Tak terlambat aku nak ucapkan selamat hari gur buat semua warga guru di seluruh Malaysia...Beberapa sms yang aku terima dari kekawan di Johor. Moga apa yang dipostingkan ni, boleh dijadikan panduan buat kita semua...

sms dari Tn. Hj. Nordin Suriff (wak aji) di Pontian...

Sweet things are easy to buy,
sweet words are easy to say,
but good teacher like you difficult to find...
Happy Teacher Day.

sms dari Cikgu Othman Md Lazim (seman) di SK Simpang Renggam 2 (SK Dato Onn Jaafar)..


Guru...
Dalam ajarnya ada harapan,
Dalam tegurnya ada doa,
Dalam marahnya ada sayang,
Dalam tawa ada mesranya,
Dalam diam ada bijaksana,
Dalam tangannya kita terbina,
Berbahagialah menjadi guru...
Selamat Hari Guru, Moga ceria, sukses dan dilindungiNYA...


Sebenarnya banyak lagi sms yang aku dapat dari kekawan... tapi tak dapat nak dipostingkan.
Kepada kekawan aku di seluruh Malaysia yang seprofesion dengan aku...
aku nak ucapkan "SELAMAT HARI GURU" ...
semoga kalian semua akan terus berjuang untuk mendidik anak -anak kita...
Sajak ni aku buat secara spontan...

Suara hati seorang guru...
aku tidak meminta sebuah hadiah,
aku bukan minta kurniaan dan pujian,
dan...
aku juga tidak minta diberi pingat...

apa yang aku pinta ialah,
anak-anak didikku
akan menjadi manusia yang berilmu,
dengan ilmu yang ku berikan...

5.05.2008

Seni Khat...

Semalam aku dapat sms dari Razlan di Pontian. Thanks lan ingat lagi kau kat aku... Semuga kau sukses hendaknya. Oklah kat sini aku postingkan seni khat yang aku dapat dari seorang rakan ustaz yang mengajar di SK St. John, Beaufort. Dia tak beri aku mention nama dia... tapi aku nak ucapkan tq kat ustaz kerana beri aku bahan untuk aku postingkan. Aku harap dapat digunakan kerana kita nikan cikgu kena serba boleh walaupun kadang-kadang boleh menyebabkan fikiran kita jadi haru biru kerana disebabkan oleh anak murid... Aku cuma dapat postingkan lima je pasal bateri laptop aku dah tinggal separuh, kena cari tempat nak charge... yang lain akan menyusul kemudian...






5.03.2008

Sejarah Beaufort... gambar-gambar lama

Gambar-gambar lama ini aku dapat dari sahabat aku yang sama bertugas cikgu Jacob @ Nazeri Jaimis ( SK. St. John, Beaufort). Terima kasih diucapkan atas kesudian cikgu Jacob meberikan gambar-gambar ini untuk dipostingkan. Gambar tidak akan menipu kita, betul ke ... he... he... he... Sekadar berkongsi maklumat dengan semua.



















5.02.2008

Sejarah Beaufort...

Bahan ni aku dapat dari Cikgu Jacob @ Nazri Jaimis, SK St. John, Beaufort. Thanks aku ucapkan pada Cikgu Jacob. Moga-moga dengan bahan ini dapat menambahkan lagi ilmu kita.




Pak Musa Background/HistoryKg. BambanganMembakut


One of Beaufort District most colorful historical personality is Pak Musa. According to history, Pak Musa originally from Paitan . After 7 years opposing the British, he surrendered and was ordered to move to another area . He decided to move to the southern interior by going through Kota Kinabalu from Paitan using a British ship. During his search for a place to settle down at the southern interior, Pak Musa stayed at a few places including Papar before settling down at Membakut in a place called Kuala Sungai Angitan. This place today is known Kg Bambangan Membakut, taking its name from a the bambangan tree.
Pak Musa's entourage included his wife, Mualas, Sulaiman, Musit Selair and Absar . Seven years later, he went back to Paitan to bring his other kin to Bambangan . Among those who followed Pak Musa back to Bambangan were Nailih Mandut, Tikon Mandut, Kuloi, Tutung, Majir Panjang, Amboi, Diah, Ower, Atong, Arat Maning and Salleh Tabatu . All of them settled down in Kg Bambangan, even today their descendants still live there. Pak Musa was believed to have an extraordinary power during the time opposing the British and Japanese . A story goes that Pak Musa could jump across a 200 feet wide river at Sungai Kanibungan, Sandakan . Another tale about Pak Musa in Membakut was that he once stopped a moving train. He had a child with a black tongue but the child passed away. Pak Musa was believed to have disappeared and until today no one knows where he is.
Pak Musa’s Hall (Dewan Pak Musa) in Beaufort was named after one of the town most famous resident. The suggestion to the hall was raised up by the late Orang Tua Udin, the village head of Kampung Bambangan and was agreed to by a vote from the committee.
Note : This history/background information including Pak Musa’s picture from KK Jabah bin Amat, the present Ketua Kampung Bambangan .



PANGERAN SYAHBANDAR HASSAN DAN WILAYAH SUNGAI PADAS


Tidak banyak yang diketahui mengenai latar belakang dan peribadi mengenai tokoh ini. Di Beaufort sendiri Pangeran Syahbandar adalah nama orang dan pemimpin yang menguasai Padas Damit yang menentang Kompeni Inggeris dalam peperangan yang dikenali sebagai perang Padas Damit.
Tetapi apa yang jelas tokoh ini bukan bernama Pangeran Syahbandar kerana dalam heiraki pemerintahan Sultan Brunei, Pangeran Syahbandar adalah satu gelaran atau pangkat yang dikurniakan oleh Sultan dari keluarga diraja.
Seperti tercatat dalam buku peristiwa-peristiwa Berdarah di Sabah, tokoh ini hanya dikenali sebagai Hassan.
Adinda perempuan Sultan Jamil Ul-Alam Akemedin yang telah diberi ‘Hak Tulin’ untuk dijadikan ‘pusaka’ keatas Wilayah Sungai Padas telah melantik seorang pembesar kepercayaannya yang bernama Hassan dengan gelaran Pangeran Syahbandar sebagai wakil dan pemerintah di Wilayah Padas Damit. Pengiran Syahbandar Hassan mempunyai kuasa memerintah serta bertindak menjaga hasil yang dikeluarkan dari wilayah itu.Kawasan Padas Damit di Kg. Balai dijadikan pangkalan pusat pemerintahannya, kawasan-kawasan ini termasuk sepanjang tebing Sungai Padas hingga ke Kg. Bangkalalak dan ke timur Jimpangah dikira sebagai jajahan takluknya.
Sebagai pemerintah, Pangeran Syahbandar adalah kuasa tunggal di Sungai Padas sebelum Chartered Company bertapak di situ. Beliau menganggap beliau adalah pemerintah yang sah dan berhak keatas Sungai Padas kerana beliau adalah Wakil Adinda Sultan Brunei.
Hak pemilikan ini dapat dibuktikan melalui petikan surat/warkah Sultan Brunei kepada Konsul British C.C. Lee yang menerangkan peraturan tanah (sungai/wilayah) dan hak pemilikan. Dilampirkan bersama.
………kami mahu memberitahu/ menerangkan kepada kawan (Konsul British) kami berkenaan dengan peraturan adat Negara Brunei dari turum temurun yang masih digunakan sehingga sekarang.


1. Terdapat Pangeran-Pangeran memiliki ‘sungai tulin’(tanah/wilayah) & ‘hamba tulin’ (rakyat/ penduduk) yang diwarisi daripada moyang atau bapa mereka.
bermaksud pemilikan peribadi golongan Pangeran sama ada diwarisi atau dibeli, dimana mereka berhak menjual atau pindah milik.
Dan Raja (Sultan) pemerintahan Brunei, tiada hak untuk mengutip cukai daripada sungai dan rakyatnya.
Pemilikan Pangeran-Pangeran ini adalah untuk pemerintahan sendiri tanpa kedaulatan kerana Raja tetap sebagai Ketua Negara.
Apabila Pangeran-Pangeran yang memiliki sungai itu meninggal dunia maka warisnya berhak menuntut dan menggantikan tempatnya.
2. Terdapat juga sungai-sungai dan rakyatnya adalah kepunyaan Raja Sungai ini disebut ‘Sungai Kerajaan’ dimana Raja berhak memungut cukai, dan apabila Raja itu mangkat hanya pewarisnya yang sah boleh menggantikan tempatnya.
3. Terdapat juga sungai dan rakyatnya yang dimiliki oleh Wazir-Wazir disebut ; ‘Sungai Kuripan’. Wazir berhak memungut cukai, tetapi apabila meninggal dunia, kuasa pemilikan adalah terpulang kepada Raja.
Petikan surat dari Sultan Brunei kepada Konsul British di Brunei bertarikh 1881.
Bahan Rujukan
Buku Brunei 1839 – 1983
Problem & Political Survival oleh D.S Ranjit Singh 1884



ASAL USUL NAMA PADAS DAMIT


Apabila Pangeran Shahbandar Hassan dihantar ke Wilayah Sungai Padas, beliau telah mencari sebuah tapak pusat pemerintahannya di wilayah ini.
Beliau telah memilih sebuah kawasan yang tidak jauh dari Sungai Padas dan dinamakan PADAS DAMIT sempena nama Wilayah Sungai Padas dan Damit bermaksud kecil dalam bahasa Brunei menunjukkan pusat pemerintahan Wilayah Padas adalah di Padas Damit. Sebuah Kota telah dibangunkan di Padas Damit dan di situ juga letak Istana Pangeran Shahbandar.




PERANG PADAS DAMIT


DIS.1888 – MEI 1889
Sebagai orang yang berkuasa di Wilayah Sungai Padas, Pangeran Syahbandar Hassan telah mengistiharkan bahawa seluruh kawasan dan rakyat di Padas Damit hingga ke timur Sungai Padas adalah dibawah kekuasaannya, baginya ini adalah tanah bebas ia akan melindung dan mempertahankan kedaulatannya dengan cara apa sekali pun.
Chartered Company telah menidakkan pengiktirafan dakwaan Pangeran, Kompeni tetap mengatakan bahawa kawasan Padas Damit telah dipajakkan kepada mereka. Setiap penduduk-penduduk yang tinggal di tebing Sungai Padas adalah rakyat Kompeni, oleh itu mereka yang berkuasa keatas penduduk di situ yang mana kebanyakannya terdiri dari suku Dusun dan Murut.
Pihak Kompeni terus menghasut rakyat di situ supaya terus membenci Pangeran Syahbandar, mereka menghantar tali barut dikalangan orang-orang tempatan dengan memberitahu rakyat bahawa sekiranya mereka menjadi rakyat Pangeran Syahbandar mereka akan dijadikan hamba abdi. Hasutan ini telah menampakkan kesan dimana ramai orang Dusun dan Murut telah mengistiharkan mereka adalah rakyat Kompeni bukan lagi rakyat Pangeran.
Kompeni bukan sahaja menghasut tetapi juga mengenakan tekanan kepada rakyat di Sungai Padas dengan memperkenalkan undang-undang baru dengan mengenakan beberapa cukai seperti cukai kepala dan cukai tanah, peraturan ini amat menyusahkan rakyat di situ disamping mengawal dan menghadkan bebebasan hidup.
Perbuatan Kompeni telah menimbulkan kebencian dan permusuhan yang dalam kepada Pangeran Syahbandar dan rakyatnya. Sebagai seorang pemimpin adil dan bijaksana, Pangeran telah mengadakan mesyuarat dengan rakyatnya mengenai pencerobohan Kompeni dan menerangkan niat jahat Kompeni yang ingin menjajah di kawasan itu.
Rakyat Pangeran Syahbandar yang setia terdiri dari orang-orang suku Bisaya yang terkenal dengan ilmu batin dimana mereka kebal dengan senjata dan mempunyai tenaga luar biasa, telah memberi pengakuan bahawa mereka lebih rela mati untuk tanah air tercinta dari menjadi hamba Kompeni. Pangeran Syahbandar mempunyai keyakinan tinggi kepada orang-orangnya telah mengambil keputusan untuk menentang/ perang dengan Kompeni.
Pangeran Syahbandar Hassan telah mengarahkan orang-orangnya menentang hasrat kotor dan niat jahat Kompeni, dengan luapan rasa marah yang amat sangat serta semangat cintkakan tanah air telah dengan berani, setiap malam mereka telah menyerang penduduk-penduduk yang belot dan menawan beberapa orang yang kononnya setia pada Kompeni, tindakan ini adalah kemuncak kemarahan dan ketidak puas hati terhadap penjajah Chartered Company.
Kesan dari serangan-serangan ini membuatkan Kompeni merasa bimbang dan menganggap perbuatan itu sebagai menceroboh serta mencabar pihaknya. Kompeni yang diwakili oleh Konsul Besar British di Brunei, Sir Hugh Low telah membuat bantahan kepada Sultan Hashim Jalil Ulalam berhubung dengan kekacauan dilakukan oleh Pangeran Syahbandar, mereka mendakwa bahawa Sultan telah memperkenan kawasan Semenanjung Klias melalui pemajakan 1884.





KOTA MANGGALELA DI KAMPUNG GALILA, PADAS DAMIT


Pangeran Syahbandar Hassan telah menjangkakan bahawa Kompeni akan bertindak balas dengan menyerang kawasannya, beliau telah lama mengadakan persediaan pertahanan perang dengan mengarahkan orang-orangnya membina Kampung Galila, Padas Damit. Kesan Kota ini masih lagi dapat dilihat sekarang.
Orang-orang Pangeran Syahbandar telah membina benteng-benteng pasir di tebing sungai, parit dikorek panjang benteng ini dianggarkan 1 rantai, di sekeliling benteng dicacak kayu-kayu bulat yang besar dengan tinggi 8 kaki. Kota ini digelar Kota Manggalela dibuat dengan kukuh sebagai menahan serangan Kompeni daripada memasuki Padas Damit.
Pengkalan Kompeni di Kg. Gadong, telah dipersiapkan sebagai markas untuk menyerang ke Padas Damit. Kompeni telah mengumpul senjata-senjata, peluru dan meriam 7 paun ke dalam kubu disamping bekalan makanan bagi peperangan yang lama. Barang-barang ini dibawa melalui Sungai Padas.
Gabenor Kompeni di Labuan C. V Creagh telah mengarahkan satu pasukan Polis yang terdiri dari mata-mata Dayak berjumlah 100 orang untuk membuat serangan balas ke atas Kubu Manggalela yang dibina oleh Pangeran Syahbandar Hassan.
Dengan menggunakan perahu-perahu mata-mata Kompeni, mata-mata Dayak telah cuba menyerang Kota Manggalela pada bulan Januari, 1889. Oleh sebab Kota Manggalela begitu teguh binaanya serta orang-orang dari suku Bisaya berperang dengan gagah berani bagi mempertahankan tanah air yang tercinta maka serbuan tersebut telah tidak memberi kesan sedikit pun. Setelah mengalami kehilangan ramai nyawa pihak Kompeni telah mengarahkan mata-matanya berundur kembali ke Gadong. Serangan itu tidak memberi apa-apa kepada Kompeni danKota Manggalela tidak dapat ditembusi oleh mereka biarpun mempunyai senjata-senjata yang moden di masa itu.
Pangeran Syahbandar dan orang-orang bertambah yakin dapat mengalahkan Kompeni walau pun hanya bersenjata seperti parang, pisau, pedang, panah dan sedikit senjata api yang dirampas dari Mata-mata Dayak yang mati tidak dapat mengalah atau menawan kubu mereka.
Pangeran terus menyuruh orang-orang memperbaiki dan mengukuhkan lagi benteng-benteng Kota Manggalela kerana menjangkakan Kompeni akan menyerang lagi.
Apabila Konsul Besar British di Brunei, Sir Hugh Low mendengar kegagalan Creagh menawan dan merobohkan Kota Manggalela, merasa amat marah beliau hairan mata-mata Kompeni yang lengkap bersenjata tewas dengan penduduk pribumi hanya menggunakan senjata kuno. Sir Hugh Low telah mengarahkan dan mengirim 100 orang anggota Polis Sikh dari Perak, dengan membawa peralatan perang yang banyak.
Pasukan Kompeni diketuai oleh Kapten R.D Beeston dibantu oleh D. Daly dengan kekuatan tambahan. Kekuatan mata-mata Kompeni dianggarkan berjumlah 225 lengkap bersenjata telah menyusur Sungai Padas bagi serangan kali kedua ke atas Kota Manggalela.
Kompeni menuntut supaya Pangeran Syahbandar memberhentikan perbuatannya dan membebaskan orang-orang Kompeni yang ditawannya.
Baginda Sultan Brunei telah melakukan seperti apa yang dituntut oleh Kompeni dengan melarang dan menasihatkan Pangeran Syahbandar menghentikan perbuatannya. Sebagai rasa hormat kepada Sultan Brunei, Pangeran telah mematuhinya namun begitu Pangeran Syahbandar menganggap bahawa baginda Sultan Brunei telah dipaksa oleh Kompeni untuk berbuat demikian.
Apabila Kompeni mendirikan beberapa markas atau kubu di Sungai Padas terutama di Gadong, dekat dengan Padas Damit, perbuatan Kompeni telah menambahkan perasaan benci kepada Kompeni, Pangeran Syahbandar telah terpaksa tidak mematuhi nasihat serta larangan Sultan Hashim, sebaliknya beliau telah giat meningkatkan serangan-serangan ke pangkalan-pangkalan Kompeni. Kali ini serangan-serangan itu tidak lagi sembunyi-sembunyi pada waktu malam, tetapi dilakukannya terang-terang pada waktu siang.
Tindakan Pangeran Syahbandar menyerang dan memusnahkan harta benda Kompeni dan penduduk-penduduk di tebing Sungai Padas telah memberi kesan dan tamparan hebat kepada maruah pemerintahan Chartered Company dimana Kompeni bukan sahaja mengalami kehilangan jiwa, kerosakan dan kemusnahan harta benda juga kehilangan wang ringgit yang bukan sedikit jumlahnya.
Pihak Kompeni telah membuat keputusan untuk menyerang balas biar pun Kompeni sedar jika mereka menyerang wilayah yang di luar takluk Chartered Company adalah perbuatan menceroboh hak orang lain, tetapi atas dasar sikap penjajah bagi mereka perbuatan itu bukanlah menjadi satu kesalahan.
Namun begitu Kompeni terus mendesak melalui Sultan Hashim supaya Pangeran Syahbandar berunding dengan Inggeris. Namun begitu Pangeran Syahbandar tetap enggan menyetujui perundingan itu kerana baginya ianya hannya menguntungkan satu pihak saja, iaitu pihak Kompeni.
Seperti yang kita sedia maklum penjajah Inggeris amat terkenal strategi-strategi menggunakan diplomasi, taburan budi dan dasar pecah perintah serta kekuatan tentera untuk menundukkan lawan mereka dengan cara-cara ini. Amalan-amalan ini biasa dilakukan oleh pentadbir Inggeris bagi melemahkan penduduk-penduduk pribumi sendiri dan menguatkan kedudukan mereka di atas tanah jajahan. Orang-orang difikir berpengaruh dalam masyarakat dijadikan kawan dan sesiapa sahaja menentang dasar mereka adalah lawan dan dicap sebagai musuh yang harus ditumpaskan, istilah yang digunakan dengan mengisytiharkan penentang Kompeni sebagi perompak dan lanun yang kejam, dengan cara ini orang itu harus diburu dan ditangkap atau dibunuh. Cara ini juga telah digunakan oleh Kompeni dalam perang Padas Damit.
Apabila dasar diplomasi tidak berkesan, pihak Kompeni telah mengistiharkan Pangeran Syahbandar dan orang-orangnya adalah perompak dan lanun yang kejam tiada belas kasihan kepada mangsa-mangsanya. Ianya bertujuan supaya rakyat di Sungai Padas takut dan tidak mahu bekerjasama bagi menentang Kompeni. Pihak Kompeni sedar kini mereka berhadapan dengan seorang pahlawan tempatan yang degil, bijak dalam strategi perang gerila juga mahir dalam ilmu peperangan.
Gabenor Labuan telah didesak supaya bertindak dengan apa cara sekali pun bagi menjaga dan mengembalikan maruah British di Wilayah Padas Damit


MURUT DI SEMENANJUNG KLIAS


Di Semenanjung Klias terdapat 2 puak suku kaum Murut yang tinggal di bahagian Kuala Sungai Padas di Jimpangah dikenali sebagai MURUT TIMOGUN atau Ulun Dabugus dan satu puak lagi tinggal di Limbawang, Lumadan dan Bukau dikenali sebagai MURUT PELUAN.
Kedua pihak ini sering bertelingkah, dimana mereka akan menyerang antara satu sama lain jika terjumpa. Salah satu budaya suku kaum ini ialah Tradisi potong kepala dimana satu puak akan berkumpul dan menyerang satu puak lain untuk mendapat kepala musuh mereka. Pada masa itu tradisi ini melambangkan kedewasaan, kegagahan dan bila seorang lelaki Murut hendak berkahwin ia hendaklah membuktikan dengan menyerang dan memanggal kepala musuh. Senjata utama suku kaum Murut ialah Sumpitan, Pedang Panjang.
Pada tahun 1895 terjadi satu pergaduhan besar di mana Murut Timogun di Jimpangah telah menyerang perkampungan Suku Kaum Murut Peluan di Limbawang hingga mengakibatkan kematian yang banyak, juga menjadi mangsa ialah Suku Kaum Cina yang tinggal dan berniaga di Limbawang.
Kompeni telah menghantar seorang Pegawai menyiasat kejadian itu dan mendapati ianya amat serius dan tradisi potong kepala amatlah mengerikan.
GABENOR LEICESTER P. BEAUFORT 1895
Gabenor L.P. Beaufort telah menghantar seorang Pegawai yang tahu Hal Ehwal Tempatan dimana Pegawai tersebut telah menyelesaikan pergaduhan antara kedua puak ini dengan cara rundingan. Ketua kedua belah pihak telah dipanggil dan pihak British telah bertindak sebagai orang tengah, sikap diplomasi penjajah telah berjaya mendamaikan puak ini.
L.P. Beaufort telah mengambil keputusan untuk mendirikan Pejabat Pentadbiran di Wilayah Semenanjung Klias yang diperolehi pada tahun 1894.
Beliau telah memilih Lembah Padas (Padas Valley) terletak di tebing Sungai Padas dimana Pejabat Daerah dan sebuah Balai Polis telah didirikan beberapa buah deretan kedai juga dibina.
Suku kaum Murut Peluan dari Limbawang diperintahkan untuk berpindah ke kawasan Padas begitu juga segelintir peniaga Cina dan kaum yang lain kerana kepentingan Suku kaum Murut Peluan dari Limbawang diperintahkan untuk berpindah ke kawasan Padas begitu juga segelintir peniaga Cina dan kaum yang lain kerana kepentingan perniagaan. Disamping itu British juga dapat mengawal kedudukan dan pergaduhan puak di Semenanjung Klias.
Pada 4hb Januari 1898 kawasan ini telah dirasmikan dan dinamakan BEAUFORT sempena mana Gabenor Chartered Company. Secara perlahan Beaufort telah berkembang menjadi satu kawasan penting di kawasan Semenanjung Klias dari segi ekonomi kerana menjadi pusat perniagaan di antara daerah-daerah Sipitang, Weston, Tenom dan Mempakul yang bertumpu ke Beaufort bagi menjalankan perniagaan.
Disusun dan disediakan oleh Rhymie Abdul Rahman, Pejabat Daerah Beaufort.



Tokoh Sejarah Daerah Beaufort


Latar Belakang/Sejarah Pak MusaKg. BambanganMembakut
Pak Musa mengikut sejarah adalah berasal dari Paitan. Setelah menentang British di Paitan selama 7 tahun akhirnya beliau menyerah dan diarah berpindah ke lain tempat oleh British. Berikutan daripada arahan tersebut, Pak Musa telah mengambil keputusan untuk berpindah ke kawasan pedalaman bawah melalui Kota Kinabalu. Perjalanan Pak Musa dari Paitan ke Kota Kinabalu adalah menggunakan kapal air kepunyaan British. Dalam usaha beliau mencari tempat utnuk tinggal di kawasan pedalaman bawah, beliau telah tinggal di beberapa buah tempat seperti Papar teatapi beliau tidak berminat untuk tinggal id sana dan akhirnya memilih Membakut iaitu Kuala Sungai Angitan yang kini dikenali sebagai Kg. Bambangan Membakut mengambil nama sebatang pokok bambangan yang memang berada di sini.
Rombongan Pak Musa sampai ke Bambangan seramai lima orangi aitu Pak Musa sendiri, isteri Pak Musa, Mualas, Sulaiman, Musit Selair dan Absar. Setelah 7 tahun berkampung di Bambangan, beliau kembali semula ke Paitan untuk membawa sanak saudara serta suku-sakat beliau ke Bambangan. Di antara yang menyertai Pak Musa ialah Nailih Mandut, Tikon Mandut, Kuloi, Tutung, Majir Panjang, Amboi, Diah, Ower, Atong, Arat Maning dan Salleh Tabatu. Mereka ini akhirnya beranak-pinak dan beranak cucu di Bambangan hinggalah pada hari ini. Kelebihan yang ada pada Pak Musa pada zaman dahulu ialah beliau dipercayai mempunyai kelebihan yang luar biasa iaitu dianggap sangat kuat menentang British dan Jepun. Ada cerita mengatakan bahawa beliau dapat melompat sungai yang selebar 200 kaki iaitu Sungai Kanibungan, Sandakan. Selain daripada itu, satu kisah lagi berlaku di Pekan Membakut, beliau dikatakan pernah menarik sebuah keretapi yang sedang berjalan sehingga berhenti. Beliau mempunyai anak berlidah hitam tetapi anak tersebut telah meninggal dunia. Beliau dipercayai ghaib dan tidak diketahui di mana beliau berada sehingga sekarang.
Dewan Pak Musa Beaufort sekarang ini ialah mengambil sempena nama Pak Musa yang diceritakan ini. Cadangan ini telah dikemukakan oleh Allahyarham Orang Tua Udin iaitu Ketua Kampung Bambangan yang telah dipersetujui oleh Ahli Jawantakuasa berkenaan melalui cabutan undi.

Nota:-
Sejarah/ latar belakang ini telah diperolehi maklumat-maklumatnya termasuk gambar Pak Musa sekali daripada KK Jabah Bin Amat, Ketua Kampung Bambangan sekarang ini.



Sejarah Beaufort
Daerah Beaufort pada awalnya telah diterokai pada tahun 1898. Daerah ini pada masa itu tertakluk di bawah pentadbiran Kerajaan British North Borneo (Syarikat Borneo Utara). Panggilan nama kepada daerah ini adalah mengambil sempena nama seorang Pegawai tertinggi British North Borneo yang menjadi salah seorang Gabenor dalam jajahan dan takluk Borneo Utara pada masa itu yang bernama L.P. Beaufort. Sebelum itu daerah ini hanya dikenali sebagai Padas sahaja.- Dipetik dari:Buku Cenderamata Beaufort 100 Tahun dan Tamu Besar 21-23 November, 1998 - Pencetak Kerajaan. 1998 ms19
Gambar di sebelah kiri adalah Beaufort pada awal 1930an yang dilihat dari atas bukit. Hadapan adalah Padang Bandar. Disebelah kiri adalah Rumah Pegawai Daerah.

Kemudahan Perhubungan dan komunikasi


Pada masa yang lalu penduduk di Daerah Beaufort menggunakan sungai sebagai kemudahan perhubungan, satu-satunya sungai yang terpenting pada waktu itu ialah Sungai Padas dan Sungai Klias. Segala hasil dan pengeluaran penduduk diangkut menggunakan perahu untuk dibawa ke pekan. Keistimewaan yang terdapat pada sungai-sungai tersebut ialah boleh menghubungi beberapa buah Daerah. Sungai Padas boleh menghubungi Daerah Tenom, Sipitang, Weston, Menumbok dan Labuan sementara Sungai Klias boleh menghubungi Daerah Kuala Penyu, Menumbok dan juga Labuan. Ini memudahkan penduduk pada masa itu membawa hasil dan pengeluaran barangan ke Daerah-Daerah tersebut.
Selain daripada perhubungan menggunakan sungai, pembinaan landasan keretapi pada tahun 1900 oleh Chartered Company, Beaufort ke Jesselton (Kota Kinabalu), Beaufort ke Tenom dan Weston ke Beaufort telah juga memberikan kemudahan perhubungan pada masa itu. Landasan keretapi Weston ke Beaufort telah diadakan pada tahun 1963 apabila permulaan pembinaan jalan raya Beaufort ke Weston dan ke Daerah Sipitang telah siap dibina pada tahun 1963.



Majlis Daerah Beaufort



Pada tahun 1951, orang Inggeris mula menjadi Pegawai Daerah bagi Beaufort hingga ke tahun 1968. Bermula dari tahun 1970, penduduk Sabah telah mula menjadi Pegawai Daerah Beaufort sehingga kini.



Sejarah Tokoh-Tokoh


Diantara Tokoh-tokoh bersejarah di Beaufort, disini tergandung maklumat tentang Pak Musa dan Pangeran Syabhabar Hassan:
Pak Musa
Di Beaufort, anda boleh nampak sebuah bangunan yang dinamakan Dewan Pak Musa Beaufort, tentu anda tertanya-tanya siapa itu Pak Musa. Ikutilah
kisahnya.
Pangeran Syahbandar Hassan
Di Beaufort sendiri Pangeran Syahbandar adalah nama orang dan pemimpin yang menguasai Padas Damit yang menentang Kompeni Inggeris dalam peperangan yang dikenali sebagai perang Padas Damit.




Beaufort, Sabah
From Wikipedia, the free encyclopedia


Beaufort is a town and a district located in Interior Division of Sabah in east Malaysia on the island of Borneo. Its population was estimated to be around 61,698 in 2000. It is a quiet provincial town about 90 kilometres south of Kota Kinabalu, with shophouses built high above the roads to avoid the periodic floods of the Padas River (Sungai Padas).
Beaufort is a stop on the
North Borneo Railway operated by Sutera Harbour Resort. The railway station in Beaufort dates from 1905. The normal daily service is operated by the Sabah State Railway Department (Jabatan Keretapi Negeri Sabah).
Medical services are provided by the 140 bedded government hospital which has primary care and basic secondary care services. There are three private practitioners within the town area.
Beaufort is normally visited by tourists for the
white-water rafting through the nearby Padas Gorge on the Padas River which is rated Grade 2 to 3. The recent development of river rides on the Klias River about 20km away also attract tourists to view the probocis monkeys and fireflies. The ride takes about an hour through pristine mangrove wetlands, with small examples estuarine crocodiles occasionally sighted.
Further afield is Pulau Tiga or Survivor Island (made famous by Mark Burnett: Reality Adventure TV series in 2001). This island is 30 minute boat ride from the jetty at Kuala Penyu 30 km west from Beaufort.
The open-air market, locally known as Tamu is held weekly on every Friday evening until Saturday afternoon. Local produce such as fresh fruits, vegetable, fresh meat and live poultry are sold. The days of this weekly community occasion differ from district to district.
The local dish
satay is one of the local delicacies not to be missed. It is sold in open air stalls near the local mosque.

5.01.2008

Berita menarik...

Berita ini aku ambil dari Mingguan online... Sekadar sebagai renungan kita semua...


Aliran Vokasional lebih awal atasi masalah keciciran pelajar - Najib
30/04/2008 7:40pm

KUALA LUMPUR 30 April — Kementerian Pelajaran diminta menambah dan memperkenalkan aliran vokasional kepada pelajar lebih awal bagi mengatasi masalah keciciran 83,000 pelajar dari sekolah rendah sehingga tingkatan lima dalam sistem persekolahan di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan juga memutuskan satu unjuran guna tenaga untuk keperluan negara dibuat secara lebih khusus dan terperinci bagi kategori tertentu di institusi latihan dan pendidikan negara.
"Ia supaya setiap latihan institusi dapat menentukan peranan masing-masing bagi menampung keperluan guna tenaga negara termasuk bidang industri dan sektor perkhidmatan.
"Kita ambil kira perkembangan ekonomi negara yang menghala kepada perkembangan industri perkhidmatan. Oleh itu peranan insitusi kita mestilah mengambil kira aliran sedemikian,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Kebangsaan Mengenai Pendidikan dan Latihan hari ini.
Mengenai keciciran pelajar yang berada di luar sistem persekolahan, Najib berkata jumlahnya adalah dua peratus daripada keseluruhan lima juta yang berada dalam sistem persekolahan di semua peringkat di seluruh negara.
"Mereka yang tidak ada minat dalam bidang akademik dengan itu boleh memulakan dalam aliran itu (vokasional) dengan lebih awal,” katanya.
Najib berkata mesyuarat hampir tiga jam itu juga menekankan supaya kerjasama institusi swasta dengan sektor awam akan diperluaskan lagi.
Katanya elaun dalam Skim Latihan Dual Nasional (SLDM) diberi nafas baru dengan kerajaan meluluskan kadar elaun sebanyak RM300 bagi seorang perantis yang mengikuti program SLDM melalui syarikat kecil dan sederhana (SME).
“Dengan ini bererti program ini akan mendapat sambutan yang lebih meluas dan akan menampung keperluan tenaga mahir terutama sekali di SME,” katanya.
Elaun sebelum ini ialah RM200.
— BERNAMA

4.28.2008

Catatan aku...

Aku berdiri di sini
melihat di sekeliling
memerhatikan keindahan alam
sambil mendengar kicauan burung...

Aku masih di sini
melihat bagaimana disekelilingku
dimusnahkan oleh tangan-tangan mereka
yang rakus dan tamak
memusnahkan khazanah alam...

Aku masih di sini
melihat bagaimana mereka yang tamak
menyatakan bahawa kemusnahan terpaksa dilakukan
demi sebuah pembangunan...

Aku masih di sini
masih lagi berdiri
melihat mereka-merera
yang tamak dan haloba
memusnahkan keindahan ini

Aku masih di sini
bertanya kepada diriku sendiri
sampai bilakah ianya akan berakhir....

beaufort,
28/04/2008

4.24.2008

Berita dari Johor...

Tengahari tadi aku dapat miss call dari sukur. Lepas tu alu call dia balik. Ingatkan ada cerita penting. cuma sekadar nak tanya kabar... ini posting aku yang pertama menggunakan celcom broadband. Tadi pagi aku register dan beli device kat pejabat celcom. sebelum ni aku posting gunakan tmnet.

Tapi kadangkala aku nak buat posting terpaksa balik baru boleh buat. Pas ni, tak perlu balik rumah kalau nak post gambo atau cerita yang menarik. kat mana-mana je boleh buat post. Ok sukur bila kau nak guna broadband... save sikit kalau nak serve internet tiap-tiap ari beb... ok ajip... pasal dah lama tak update blog kau tu. tak benda yang sama je. boringlah woi...

OK buat member-member kat sk simpang renggam 2 ( Dato On Jaafar) macam wak sudin, seman, rahim, kak nor, alex, boh, wan, ijal, ustaz, amin dan ramai lagi, amacam... kat simpang. Jadi tak turun ke Sabah cuti bulan Mei ni. Kalau jadi email atau contact aku. Kalau keje tu berpada-pada beb, ingat diri sendiri tu. Buat Alex dapat tak kau pindah bulah Jun ni? Usaha kena lebih beb kalau nak pindah sini... Boh dah kawin ke belum kau tu... tak kan nak kena timbang kilo kot...

4.12.2008

Yang indah di mata 8











TEKNOLOGI TANAMAN TANPA TANAH

Pendahuluan


Penanaman tanaman tanpa tanah bermaksud menanam tanaman menggunakan

bahan-bahan lain tanpa mencampurkan dengan tanah atau tidak menggunakan medium tanah.

Antara teknologi tanaman tanpa tanah yang biasa digunakan ialah:

· Hidroponik
· Coco-peat (habuk sabut)
· Kultur in-vitro

Teknologi ini penting dan diperkenalkan disebabkan:

a) Kekurangan kawasan penanaman
b) Nilai harta tanah yang meningkat
c) Kepelbagaian teknik penanaman
d) Memudahkan penyelengaraan
e) Mengawal penyakit yang berpunca dari tanah



HIDROPONIK

· Berasal dari istilah greek “hidro” bererti air dan “ponos” berti
kerja.Membawa maksud air yang bekerja.
· Kajian telah bermula sejak 1600 sm
· Belgian Jan Van Helmout (1600) ahli sains terawal mengkaji
hubungan tumbuhan dan air. Beliau mendapati bahan-bahan
diperlukan oleh tumbuhan sebenarnya didapati oleh air
daripada tanah.

· Sachs dan Knop (1860) mengkaji menggunakan larutan
nutrien yang mengandungi unsur pemakanan seperti
Nitrogen, Fosforus, Kalium, Kalsium dan Magnesium.
· W.F. Gericke (1930) telah menjalankan kaedah tanpa tanah
secara komersial dan dinamakan “hidroponik”. Beliau telah
berjaya menanam sayur-sayuran termasuk sayuran berakar
seperti lobak, kentang sayuran kekacang, buah-buahan dan
bunga-bungaan menggunakan medium sokongan kerikil dan
pasir.


Kelebihan dan Kelemahan Sistem Hidroponik


Kelebihan:

1. Mengeluarkan hasil tanaman yang lebih tinggi
2. Nutrien yang seimbang dapat dibekalkan secara berterusan
3. Penanaman tanpa musim
4. Buah yang dihasilkan lebih seragam dari segi bentuk dan rasa
5. Lebih berkualiti
6. Penyakit tanaman dapat dikurangkan
7. Tidak memerlukan pengawalan rumpai, menyiram, membajak


Kelemahan:

1. Pembinaan system hidroponik memerlukan kos pembelian
alatan dan bahan yang tinggi daripada penanaman biasa.
2. Penyakit cepat merebak dan sukar dikawal jika diserang
bakteria, kulat.
3. Pengetahuan teknikal diperlukan untuk menyediakan larutan
nutrien, menguji pH dan keberaliran elektir (EC) serta
penambahan baja.

Jenis-Jenis Sistem Hidroponik:

Tidak semua tanaman sesuai menggunakan sistem hidroponik.
Antara tanaman yang sesuai adalah:

* Pokok bunga-bungaan

Contoh: Marigold, kekwa dan ros

* Sayur-sayuran (jenis berbuah dan jenis berdaun)

Contoh: Salad, Kubis, brokoli, bayam, timun.

* Pokok jenis herba/pokok renek

Contoh: Kesum, padi, aloe vera.

Keperluan Asas Sistem Hdiroponik:

* Keperluan hidroponik ringkas adalah:

- bekas takungan
- alat dan radas
- bahan kimia
- medium sokongan

* Bekas takungan diperlukan untuk:

a) Menyimpan larutan

b) Mengisi medium sokongan

· Bekas biasanya diperbuat dari bekas plastik, gentian kaca atau kaca berlubang.

· Bekas yang boleh bertindakbalas dengan larutan nutrien tidak
sesuai.


Bahan Kimia:

* Larutan nutrien

i. Makronutrien - N, P, K, Ca, Mg, dan S
- diperlukan dengan lebih banyak

ii, Mikronutrien - fe, Mn, B, Cu, Zn, Cl, Mo, I, Co


* Unsur-unsur nutrien boleh dibekalkan melalui bahan kimia
seperti berikut:

Unsur Nutrien
Bahan Kimia
Nitrogen (150 – 250 ppm)
Kalsium nitrat
Kalium nitrat
Ammonium fosfat
Ammonium sulfat
Fosforus (130 – 60 ppm)
Monokalium fosfat
Super fosfat
Kalium 9300 – 500 ppm)
Kalium nitrat
Monokalium fosfat
Kalium Sulfat
Magnesium (50 – 100 ppt)
Magnesium sulfat
Sulfur
Magnesium sulfat
Mangan (1-4ppm)
Mangan sulfat
Zink (0.05 – 2ppm)
Zink sulfat
Molibdenum (0.01-0.005 ppm)
Ammonium molibdat
Boron 90.3 – 0.5 ppm)
Asid boric
Ferum ( 4 – 6 ppm)
Ferum EDTA
Ferum sulfat

Medium Sokongan:

· Bahan yang digunakan untuk menyokong pokok
· Span, pasir, kerikil, pecahan batu-bata, rockwool, guli atau sebarang bahan

yang mempunyai ciri berikut:

- Berupaya menyimpan kelembapan
- Bahan tidak organik dan tidak mudah reput
- Mempunyai sliran yang baik
- Mempunyai ruang pengudaraan
- Tidak mengeluarkan bahan beracun
- Mudah dicuci
- Tidak mengandungi kalsium yang tinggi
- Poros
- Tidak bertindak balas dengan nutrien


Sistem Hidroponik Yang Lengkap:

* Sistem pengeluaran hidroponik mempunyai berbagai kaedah iaitu:

a. Kultur cecair
b. Kultur pasir
c. Kultur kerikil

A. Kultur Cecair

* Direka oleh Allen Cooper (1965). Dikenali sebagai nutrien
film technique (NFT) atau nutrien flow technique kerana
larutan nutrien disalirkan secara berterusan.

* Asasnya: pergerakan larutan nutrien yang berulangalik dari
tangkai tadahan yang dipam ke palung dan balik semula ke
tangki tadahan.

* Pergerakan larutan memberikan kelembapan dan
pengudaraan yang optimum kepada tumbuhan. Kecerunan
optimum adalah kurang daripada 1:100 (2-3 liter sahaja).

* Bagi 1 hektar tanaman memerlukan 10,000 – 15,000 liter
isipadu larutan.



Unit Hidroponik Ringkas:

* Mudah disediakan dan sesuai untuk penanaman di kawasan
Bandar seperti di pangsapuri.

* Memerlukan takungan, takung medium sokongan, medium dan
larutan bahan nutrien.

B. Kultur Kerikil

· Menggunakan kerikil sebagai medium sokongan
· Memerlukan penjagaan terhadap perubahan suhu, kandungan dan paras larutan nutrien.
· Perlu distril selepas digunakan dan untuk penanaman seterusnya.

Pengurusan Sistem Hidroponik:

1. Menyemai

· Menggunakan biji benih yang baik
· Menggunakan span atau rockwool yang dimasukkan ke dalam takungan yang berair.
· Lubang hendaklah tiada melebihi 6 mm dalam
· Kelembapan perlu dikawal
· Sehari selepas ditanam larutan nutrien digantikan dengnan larutan nutrien yang

sama kadar dengan tumbuhan dewasa.
· Setelah pasangan daun kedua tumbuh, bolehlah dipindahkan.


2. Memindah

· Gunakan sudip tangan untuk menjalankan kerja-kerja memindah
· Elakkan kecederaan kepada daun anak benih
· Masukkan anak benih bersama span atau rocklwool
· Pastikan larutan nutrien telah disaliran dengan baik.


3. Melatih dan Mengikat

· Penting bagi tanaman jenis menjalar atau berbatang seperti tomato, timun dan musk malon.
· Melatih dimulakan apabila pokok mencapai ketinggian 15 – 20 cm (4-5 helai daun).
· Tujuan supaya pokok dapat tumbuh tegak dan tidak menjalar. Tidak

menganggu pertumbuhan pokok lain.
· Kaedah: Mengikat tali raffia pada pangkal pokok dan penyokong atas.


4. Mencantas dan Mengutil

· Mencantas: kerja membuang cabang sisi
· Cantasan dibuat terhadap cabang sisi pertama hingga keempat sebelum cabang sisi

mencapai 5 cm panjang
· Bekas cantasan hendaklahj dirawat dengan racun kulat


5. Mendebunga

· Proses pendebungaan berbantu
· Dilakukan dengan menggunakan debunga jantan pada stigma bung betina yang cukup kembang.


6. Mengawal Serangga Perosak dan Penyakit

· Serangga yang kerap menyerang seperti belalang, kumbang makan daun, ulat bulu,

kutu daun dsb.
· Menggunakan tangnan atau racun serangga seperti Sevin, Diptrex dan Malathion.
· Penyakit yang biasa menyerang seperti kulat jelaga, bintik daun, mozek daun

dan bintik hitam.
· Kawal dengan racun kulat seperti Benlate, Captan dan Redomil.


7. Memilih dan Menggantung Buah

· Mengikat cabang buah ke penyokong atas semasa buah masih kecil
· Perlu tentukan buah yang sesuai dan yang lain hendaklah dibuang


8. Memungut Hasil

· Sayuran boleh dicabut dengan mencabut keseluruhan pokok
· Buah seperti timun dan tomato hanya petik buahnya sahaja.


9. Pengurusan Larutan Nutrien

Penting bagi menentukan keberaliran elektrik (EC) larutan
nutrien
· EC – electric conductivity menggunakan Meter EC
· Nilai yang sesuai 2.4 – 2.7 milisimen/cm
· Nilai piawai ialah 2.4 milisimen/cm
· Jumlah bahan kimia yang perlu ditambah

= Berat bahan kimia asal (g) x EC Piawai – Bacaan EC baru
EC Piawai

· Nilai EC perlu diuji 2 kali sekali


Tanda-Tanda Kekurangan Larutan

Kekurangan Nutrien
Simpton
Nitrogen dan kalium
Tumbuhan lambat membesar
Daunya hijau kekuningan dan
Lebih kecil
Ferum dan mangan
Daun kekuningan bermula dari daun muda
Fosforus
Daun berwarna kekuningan dan terdapat tompok-tompok perang pada daun
Kalsium
Tepi dan hujung daun bergulung


10. Menentukan pH Larutan

· Skala bacaan pH yang sesuai adalah 5.5 – 6.5
· Menggunakan analisis komputer, kertas nitrazin, kertas litmus dan meter pH
· Jika bacaan pH kurang 5.5 kawal dengan menambah kalium hidroksida atau

natrium hidroksida pada kadar 10g untuk 1,000 liter bagi kenaikan pH 0.5.
· Jika bacaan pH melebihi 6.5 turunkan dengan larutan asid hidroklorik cair (250ml)

atau asid sulfik kepekatan 10% ke dalam 1,000 liter bagi penurunan pH 0.5.

4.05.2008

Untuk ajeep...

Pagi tadi aku check email ajeep. Ok aku dah balas email kau... check jangan tak check email tu...

Apa-apa hal kau email atau sms je aku... welcome to the club...


kita meriahkan alam maya kita dengan berblog...




4.03.2008

Yang indah di mata 7

Tengahari tadi aku dapat cd dari mah. Tq mah pasal kau copykan gambar kita masa konvo kat utm. Untuk kekawan... kenangan dengan kau orang semua merupakan satu pengalaman yang paling berharga buat aku kat Sabah. Cuma yang tak ada dalam gambar lan dengan wak. Aku tengah tunggu gambar wak konvo hari tu. jangan lupa wak kau attachkan aku gambar kau.

















Powered By Blogger