SURAH AL'ASR -

SURAH  AL'ASR -

6.17.2021

Selepas subuh....


Musim pkp ni... ronda-ronda belakang rumah... Jangan terlalu stress... 🙋







 

5.02.2019

Selepas subuh... Pasar Tani Papar

Selepas subuh... ronda sekejap di Pasar Tani Papar. Dengan S10... gunakan night view tanpa ubah appeture dan iso...





4.24.2019

MATEMATIK... susah atau senang

 Agak lama aku tak update blog ni... macam hampir terlupa kata kunci... tapi ada buat catatan... kira oklah... topik aku kali ini... matematik ... susah atau senang... bagi murid-murid sekolah rendah. Aku bukan opsyen matematik, tapi dipaksa rela mengajar matematik tahun 5 dan 6. Kenalah akur arahan pentadbir.

Sepanjang pemerhatian aku sepanjang mengajar matematik ni, banyak benda yang aku pelajari dan perlu aku atasi ketika mengajar subjek tersebut. Aku terpaksa mencari satu kaedah bagi menarik minat murid untuk belajar matematik. Antara kelemahan yang agak ketara dikalangan murid-murid dalam subjek ini ialah:
1. Tidak menghafal/menguasai sifir
2. Tidak mahir pecahan
3. Tidak mahir peratus
5. Malas berfikir
dan bermacam-macam lagi alasan yang malas aku nak taipkan. Saranan aku ialah jadikan matematik itu sebagai matapelajaran yang menyeronokan... barulah ada semangat nak belajar... sekian.

9.14.2018

TERAPI SANTAI...

Mengisi masa lapang di hujung minggu dan waktu cuti,  santai-santai membuat landskap yang dipenuhi oleh tanaman-tanaman bagi kegunaan harian.  satu terapi buat diriku sambil mengajar anak-anak berkebun.  Keseronokan itu hadir bila melihat tanaman tersebut mula hidup menghijau.  Syukur ya Allah...  kerana meminjamkan kepada diriku sedikit nikmat hidup bagi meneruskan sisa kehidupan ini.  



KEHIDUPAN...

Hidup ni macam roda...  kejap di atas...  kejap di bawah...  kalau di atas,  jangan lupa orang di bawah,  kalau di bawah,  jangan lupa tidak selamanya kita berada
di bawah.  Apa yang penting kita redha dengan apa yang kita ada di samping terus berusaha untuk memajukan diri. 
Powered By Blogger